Wednesday 11 January 2012

Negeri Sembilan 2-2 Selangor

Same old story!
Walaupun mendahului dengan 2-0 pada separuh masa, namun 'kehilangan' pemain midfield Negeri Sembilan menyebabkan 3 mata dikurangkan menjadi 1.

Prediction semalam


- Se banggo sobab penakulan se sobagai pominat Nogori topat apobilo Nismilan sokadar sori dongan Selangor. Heh heh.

- Rekod menunjukkan bahawa memang amat sukar Negeri menewaskan Selangor tidak kira di Paroi mahupun di Shah Alam. Ternyata, rekod tidak menipu kita.


Laporan perlawanan


Negeri Sembilan bermula garang sebaik sepak mula dengan menutup ruang midfield Selangor untuk merencanakan permainan mereka. Pada minit ke-4, Effa menjaringkan gol pembukaan dengan menanduk masuk dari jarak 3 ela hasil bola hantaran Zamani (agak eh la. Tak porasan lak tadi kek stadium).

Gandingan Shakir dan Effa tampak kian serasi kerana kombinasi permainan mereka tidak dapat dikekang oleh pertahanan Selangor yang diketuai oleh pemain import mereka iaitu Ramez Dayoub. Persembahan hambar daripada Razman dan Nasriq juga turut membolehkan Negeri Sembilan mengasak gawang Selangor bertubi-tubi.

Gol kedua Negeri Sembilan adalah menerusi sepakan penalti Effa pada minit ke berapo ntah tadi. Tak kuaso se nak check maso tadi. Hantaran pendek daripada Shahurain kepada Rasyid di luar kotak penalti sebelum Rasyid melakukan defence splitting pass kepada Shahurain semula sebelum Shahurain dijatuhkan di dalam kotak penalti. Effa dengan mudah menyempurnakan sepakan tersebut.

Tamat separuh masa pertama. (Time ni se dah kompon Nismilan monang. Tetapi se lupo, langit tak solalu eh corah!)


Selangor memulakan separuh masa kedua seperti Negeri memulakan separuh masa pertama. Agresif dalam menyerang dan juga bertahan. Mereka menutup ruang pemain midfield Negeri. Gol pertama mereka diperolehi menerusi Amirulhadi. Pada minit ke-54 (kot), Amirul mendapat bola dari bahagian kiri dan kemudian melepasi pertahanan Muzaki sebelum melakukan rembatan leret dari luar kotak penalti untuk menewaskan Farizal Marlias di near post.


Gol kedua Selangor diperolehi menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Safiq Rahim. Bagaimana perkara ini boleh terjadi se tak tau. Se tongah sibuk melayan budak kocik sobolah se main topuk amai-amai. 


Sampai tamat perlawanan, Selangor terus menguasai perlawanan.

Key player


Effa ledak 2 gol lagi.
Effa score 2 gol lagi. 2 perlawanan, 4 gol. Kalau 10 perlawanan, 20 gol. Kalau 20 perlawanan? 200 perlawanan? 2 juta perlawanan? Osah gilo eh tu! Tidak dapat dikekang terutamanya pada separuh masa pertama.

Amirul memberi semangat kebangkitan
Red Giants.
Oleh kerana perwatakan sebeginilah Amirul merupakan salah seorang pemain kesebelasan utama kebangsaan. Laju, skillful, dan decision making yang tepat. Gol penyamaan beliau membuatkan kira-kira 20-25 ribu penyokong Negeri terdiam sambil mengunyah kuaci.

Farizal beraksi dengan baik.
Khairul Fahmi kena up kan lagi performance dia kalau tak nak title penjaga gol utama negara jatuh ke mamat ni. Banyak melakukan acrobatic save terutamanya pada separuh masa kedua. Kalau yang jadi keeper Negeri tadi Sharbinee ataupun De Gea, Negeri sudah pasti tewas mudah ditangan Selangor dengan straight set 2-21, 2-21. Confirm!

Flop player

*ini sekadar pendapat se. Kalau ada yang tak puas hati, nak buek cano.

Nasriq dikeluarkan ketika usia perlawanan
hanya separuh pada separuh masa pertama.
Adakah atas sebab kecederaan? Ataupun kurang sefahaman dengan Ramez? Ataupun Effa terlalu gagah ibarat sang kerbau yang menyondol si gergasi merah? Ataupun sebenarnya pertukaran taktikal? Se tak kona bona dongan player Selangor, kot boto nak tau kono tanyo Irfan Bakti.

Maha yang under perform 
malam tadi.
Dalam pre-match report telah diberitahu bahawa Mahathevan perlu bermain dengan baik untuk Negeri menang. Ternyata dia bermain kurang baik. First touch yang poor kerap mengundang masalah kepada pertahanan Negeri. 

Halim yang 'halimunan' pada
separuh masa kedua.
Ke'halimunan'an Halim pada separuh masa kedua antara sebab Negeri gagal mengutip mata penuh. Kalau midfield tak dapat bola, macam mana striker nak dapat bola betul tak? 


Punca Negeri gagal mengutip mata penuh.

Walaupun mempunyai kelebihan 2 gol dan perlawanan berbaki 45 minit sahaja lagi, antara sebab Negeri gagal mengutip mata penuh ialah (sekali lagi se tokan an, ini pondapat se. Bukan se kutuk team yang se sokong tau. Kiro cam analisa la ni) :

1) Terlalu mengharapkan Effa.
               Flick header Effa pada separuh masa pertama menjadi punca utama Negeri dapat 2 gol. Mungkin kelemahan taktik ini berjaya dikesan oleh pertahanan Selangor dan juga Irfan Bakti lalu mereka langsung menyekat bola tinggi kepada Effa dan mematikan serangan Negeri.

     Solution
               Harus ada back up plan. Contohnya, revert kepada cara asal Negeri menyerang. Melalui wing!

2) Central midfield menjadi halimunan.
               Sebelum ingin menyerang menggunakan wing, central midfield sesuatu pasukan itu seharusnya mengawal tempo perlawanan. Tak percaya? Tengok siapa control first half? Berapa score? Tengok pulak siapa control second half. Berapa score?

     Solution
               Tak ghoti se apo solution deh. Kot ghoti, se yang duduk kek tompek Coach Azraai tu poit. 

3) Bahagian kanan Negeri mudah ditembusi.
               Kedua-dua gol Selangor diperoleh dengan melakukan serangan di sebelah kanan Negeri. Hal ini kerana (eceh,ayat karangan sekolah!), Shahurain terlalu eager untuk melakukan counter attack dan apabila kehilangan bola, bahagian kanan Negeri sudah rapuh kerana ketiadaan Shahurain untuk membantu Muzaki bertahan.

     Solution
               Control game sudah. Tapi kalau dah coach suruh main counter attack nak buat macam mana kan? Se tak tau la apo yang coach koba kek dalam locker room time half time. Tapi nak control game  macam mana kalau midfield tak hidup kan?

4) Kecederaan Qayyum
               Menyebabkan Kunalan terpaksa mengisi posisi left back dan sedikit menumpulkan serangan Negeri. Dah injured memang tak boleh buat apa la. 

*Sesiapa ada info tentang injury Qayyum sila maklumkan kepada se yo? Nampak gayo tadi macam hamstring. Tak tau la. Sila maklumkan apakah kecederaan beliau dan berapa lama beliau tidak dapat beraksi.

Kesimpulan

Membungak la kalau koba an tak sodih kito sori tadi. Buleh monang patut eh. Tapi nak buek cano? Kito lawan King of Malaya tadi poit. Kiro ok la Chempiyen sori dongan King. Gilo handa sori dongan rajo Malaya. Hahah. 

Walau bagaimanapun, persembahan yang baik oleh skuad Negeri pada separuh masa pertama. Negeri berjaya membuatkan Selangor ibarat kapal kehilangan nakhoda. Untuk yang separuh masa kedua, pandai la coach Azraai selesaikan masalah tu :)

A good start to the season as we manage to avoid defeat. Hopefully, and i mean hopefully, Negeri will stay unbeaten at the STAR of Paroi for the whole season including during the FA Cup and Malaysia Cup matches. 

"Offense sell tickets, defense win championships!" - Coach Davis

Untuk jadi juara, kena ada kubu yang kuat. Di mana harus kita bina kubu yang kuat? Di rumah kita! STAR of Paroi adalah rumah kita! 

Sekian.

MUSUHNYA HABIS BINASA!

*Buffalo Souljah ada chant baru. Keep it up! Kalau rajin, buat la chant untuk player pulak. Setiap pemain ada chant dia. Mungkin boleh naikkan lagi semangat mereka. An? An? An?

3 comments:

  1. buleh tahan yo analisa ekau nie.
    pondapat peribadi den lak:
    "halim xpatut diturnkan dr awal. if dio main yo tongah confirm xjalan. hancuss..."

    dulu maso awal2 dio main ok gilo. tp sojak taun lopeh, den xbapo nak goma.

    ReplyDelete
  2. terpakso diturunkan gak eh. shukor dongan dorih bolun fit kot.

    ReplyDelete
  3. sometimes xboley nk harapkan effa sgt.. sbb ape yg aku perasan la.. even aku x tgk game...what's lack in N9 midfield is creative midfielder... problem ni xpernah solve even dr zaman Karathu sampai la sekarang...

    ReplyDelete