Thursday 24 November 2011

Malaysia 0-2 Syria

Yaaahhh! Begitu lama aku tidak mengarang. Ok, straight to the point! Akan kita analisa perlawanan kelayakan pra-Olimpik tempoh hari. Pertama sekali, player-player negara kita yang menyerlah. Mereka yang dimaksudkan adalah :

Khairul Fahmi Che Mat
Walaupun diselubungi pelbagai kontroversi, tapi kau memang luar biasa la Apex. Kau makan apa sampai jadi power macam ni? Biawak? Dubuk? Kekalkan prestasi kau, gentle kau boleh pergi jauh. (Malas nak komen banyak-banyak sebab semua dah tau dia ni memang power)



Zubir Azmi
Orang ganu memang nelang belake! (Sori kalau salah,aku baru nak belajar telo ganu) Persembahan mantap pada final SEA Games tempoh hari ditunjukkan sekali lagi pada pertemuan menentang Syria. Boleh melakukan overlap dan juga boleh membuat larian solo dari kawasan sendiri. Nok wak guane kalu dah nelang?

Nazmi Faiz Mansor
Nama yang kian menjadi sebutan peminat bola sepak tanah air. Daripada budak sekolah menengah sampai la warga emas. Dia ni special. Something else. Rare! Kena gilap betul-betul. Partner dengan Safiq Rahim. Memang pergi! Cuma jangan selalu tunggu bola kat kaki dik. Abang tengok game kau. Run for the ball, don't wait for it! (Bak kata Shebby). Lagi satu, bila nak jawab SPM? Hahah. Gurau, jangan kecik hati tau dik.

Fakri Saarani
Yaaa. Mesti ramai yang tak setuju dengan aku dan mengatakan aku bangang. Biar aku jelaskan kenapa aku memilih mamat ni. Sebab pertama, dia ni antara FAVOURITE PLAYER aku. Hahah. Walaupun aku gelak, tapi aku serius ni. Banyak memenangi header dalam 1st half untuk flick kepada Thamil. Terkencing jugak defender Syria masa 1st half tu. Perbaiki touch kau! Kadang-kadang aku pun menyampah tengok first touch kau. Tapi kau tetap aku minati.

Kita tengok perkara positif Harimau Muda pulak.

Pada separuh masa pertama, Harimau Muda bermain sangat baik. Mereka berjaya meyakinkan aku bahawa mereka mampu menang pada malam tersebut. Pertahanan bertahan dengan cemerlang kerana Syria gagal menembusi barisan pertahanan langsung! Kalau lepas pun sebab mereka offside. 

Nak menunjukkan bahawasanya pemain kita bagus ialah ketika syria menjaringkan gol. Tengok bench diorang celebrate macam mana. Nampak sangat susah gila diorang nak dapat gol.

Rembatan terus Fakri dari luar kotak penalti baik tetapi terus kepada penjaga gol Syria. Sepakan percuma daripada Fandi pada minit akhir babak hampir memberi gol tetapi tandukan salah seorang pemain kita gagal menemui gawang.

Perkara yang perlu diperbaiki :

- Komunikasi antara pemain amat kurang sehingga pihak lawan mudah mencuri bola daripada kaki pemain kita.
-Wan Zack Haikal perlu lebih bijak dengan decision making dia sebab banyak peluang dibazirkan daripada  right wing kita.
- Pemain kita terlalu mementingkan individual skill berbanding dengan teamwork terutamanya Mahali. Hantaran dekat seharusnya jadi keutamaan pemain kita.
- Penyerang yang one-dimensional dan tidak versatile. (Mungkin kerana kecederaan kepada Izzaq, Syahrul dan Irfan)
- Beban terlalu tinggi diberikan kepada Nazmi. Ketika dia mendapat bola, tiada pemain lain yang mencari ruang untuk menerima hantaran dan hanya menunggu through ball ala Iniesta dan Xavi daripada beliau yang mengakibatkan bola dapat kepada pihak lawan semula.
- Fitness kurang. (ketara sangat bahawa penat beraksi di SEA Games tak hilang lagi. So, pekara ini boleh dimaafkan oleh fans yang macam aku)

Terima kasih kepada UM kerana memeriahkan stadium dan menaikkan moral penyokong dengan chant yang bersemangat terutamanya aku yang begitu sedih kerana kalah. Satu je yang aku nak tegur. Ketika player warm-up. Pemain Syria datang memberi tepukan kepada kita tetapi kita tunjuk jari tengah pula kepada mereka. Tak manis la kot. Time game nak buat macam tu tak apa. Untuk bagi tekanan. Tapi ketika warm-up macam tak patut pulak. Dia respect kita, kita respect la dia betul tak? Brader-brader UM jangan hangin pulak, ini pendapat gua je.




But all and all, a brilliant performance from the Young Tigers, UM, and the fans. Bring on Bahrain!


Oh Malaysia~...Kau kebanggaanku~


* nota tambahan - adakah aku seorang sahaja yang merasakan SNBJ boleh menjadi fortress kita? Nampak macam susah pasukan lain nak menang di SNBJ. Kalau dapat jadi fortress mantap geng. Boleh jadi macam Stadium Merdeka suatu ketika dahulu!

Monday 31 October 2011

Hai-O berhijrah? Baddrol ke Nismilan?

Hai-O setelah menjaringkan gol kemenangan Nismilan
pada Sabtu lalu.

Mungkin ramai dah dengar khabar angin bahawa penyerang prolifik Nismilan iaitu Hairuddin Omar akan berhijrah musim depan. Dongar cerito eh, nak poie ATM. Menurut jurulatih Azraai Khor, pihak PBNS telah menawarkan kontrak baru kepada beliau dan kini hanya menunggu jawapan daripada Hai-O. 

Sebagai peminat Nismilan, sodih tu memang ado kalau Hai-O pindah. Tapi momandangkan usio eh yang dah tak mudo, se sebagai peminat faham kalau dio pindah sobab tawaran yang lumayan. Kepada Hai-O se ucapkan terimo kasih banyak-banyak dan semoga berjayo pado maso akan datang.

Pendapat aku, MASALAH UTAMA Nismilan sekarang bukanlah kehilangan Hai-O. Striker Nismilan banyak pada aku (selagi tak ada injury crisis macam awal season hari tu).

MASALAH UTAMA Nismilan berada pada bahagian tengah mereka iaitu central midfield mereka.

Shukor*, Idris, Mahathevan, Halim, Zamani*,dan Qhairul*. (* - turut boleh bermain sebgai pertahanan)

Playmaker utama Nismilan ialah Boss (Idris) dan juga Shukor. Masing-masing dah 30 lebih umurnya. Maknanya, khidmat mereka kepada kita memang tak lama lagi. Justeru yang akan mengganti mereka ialah Maha dan Halim. Pada aku belum cukup mantap untuk bersaing mendapatkan kejuaraan. Nismilan memerlukan seorang midfielder yang bukan sahaja mampu untuk mengawal tempo perlawanan malahan juga boleh membuat larian berbahaya ke dalam kotak penalti lawan dan menjaringkan gol. Antara calon yang aku cadangkan ialah :

Baddrol Bakhtiar

Sedar tak bahawa beliau ni sangatlah power? Aku ada dengar rumors mengatakan Nismilan ingin memancing beliau. Kalau betul,harap-harap dapat. Beliau boleh bermain di kedua-dua belah sayap, di belakang striker dan sebagai striker pun boleh. Dia kan power. Apa ada hal? Bukti kepoweran beliau :


Calon kedua ialah :

Kenal?

Disebabkan beliau ni dah famous, malas la aku nak komen banyak. Video dia pun berlambak dekat youtube. Pergi la cari sendiri. Tapi aku lebih prefer Baddrol daripada beliau ni. Jangan tanya kenapa. Aku sendiri tak tahu jawapan dia.

Khabar angin mengatakan bahawa PBNS akan menggunakan khidmat 2 pemain import. Aku pun tak tahu siapa dan apakah posisi mereka. Kalau midfield, harap-harap adalah ciri-ciri attacking midfielder yang berkualiti. Barulah mantap Nismilan nanti. Kiri,kanan dongan tongah bahayo. Kompom cirit defender lawan nak menjago eh. 

Akhir kata, tak boleh ke season Liga Super start hujung minggu ni? Sangap la tengok bolaaaaaaaaaa! Terpaksa layan BPL ke sampai tahun depan? Hadoooiiiihhhhh!

Sunday 30 October 2011

Malam Final PM 2011

Eh? Baju kuning? Dalam paper heboh cakap
baju putih menang. Apa kes ni?

Nismilan juaro PM buek kali keduo dalam maso tigo tahun! Terengganu mendapat gol pertama melalui Ashaari Samsuddin yang membuatkan SSA gegak gempita dengan sorakan penyokong skuad penyu. Namun 15 minit kemudian, giliran penyokong Nismilan pula bersorak akibat kegagalan Syarbinee Alawi menangkap kemas hantaran lintang Kunalan. Kepada Syarbinee, kami penyokong Nismilan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda! 5 minit sebelum tamat perlawanan, muncul wira Nismilan apabila Hai-O merembat masuk hantaran silang daripada Shukor Adan lalu membuatkan lebih kurang 40 000 penyokong Terengganu terkesima.

Aku tak nak penyokong Nismilan happy sangat dengan kemenangan malam tadi. Ada banyak kejadian yang pada fikiran aku amat bangang berlaku sebelum, semasa dan selepas perlawanan malam tadi. GADUH!

Aku tak nak marah langsung penyokong Terengganu. Aku rasa kalau aku tegur, confirm diorang melenting. Biar mereka yang menegur sesama mereka sendiri. Baik aku tegur orang-orang aku.

Ok waghieh, korang takdo dapek apo-apo pongajaran ko daripado final PM 2009 tatkalo kito kalah an Kelantan? Pongajaran yang se dapek malam tu iolah diorang tak pandai nak handle provokasi. Dio kutuk kito buleh, tapi bilo kito kutuk dio tak buleh.

Waghieh-waghieh sumo kono ingat yang caro kito begurau lain dongan diorang sumo. Kalau kito memprovoke (ado ko porkataan ni dalam kamus?) penyokong yang dokek-dokek dongan kito contoh eh Selangor ko, Perak ko, Johor ko, Kolumpo ko, se ghaso takdo masalah sobab caro kito begurau lobih kurang samo yo, (Se bercakap berdasarkan pongalaman ni.)

So, kito dah tau yang diorang ni tak buleh nak tahan provokasi, YANG KITO POIE PROVOKE BUEK APO? Sobab bondo tu fun? Sobab kalau tak ado provokasi mako bola Malaysia tak best? Macam tu? Lopeh tu bilo jadi macam kes somalam, heboh kito dok maki orang-orang dio. Cakap bondo-bondo tak elok kek orang dio? 

Agak-agak eh, waghieh buleh terimo tak se togur ni? Tak buleh? Waghieh ingat tak maso kito lawan Selangor kek Paroi? Time tu FA Cup semi-final 2nd leg. Kito kalah 0-1 malam tu. Kito lawan provoke dongan penyokong Selangor malam tu yo tak? Ado tak jadi bondo tak elok lopeh game malam tu? Ado? 

Kito heboh dok cakap orang tu takdo tamadun, orang ni orang kampung, walhal, ghaso se, KITO YANG KAMPUNG! Gurau tak kono tompek dongan orang eh. Orang tuo-tuo dah posan dah kek kito :

"Jangan bermain dengan api"

Tapi kito ni begar! Nak jugak molawan cakap orang tuo. Kalau malam tadi yang kek stadium tu sumo orang mudo, takpo la nak botumbuk ko, nak bogaduh ko, nak main caklempong ko, ikut waghieh la. Tapi kono ingat, bilo final ramai yang bawak family datang sekali. Gadis-gadis pun ramai. Kono la jugak pikir an kosolamatan diorang. 

Se ado simpan sedikit pujian buek UN9 ni. Timo kasih banyak-banyak kek brader-brader yang sanggup jugak masuk stadium malam tadi (tak tau la berbayar atau tak, hahah). Sebelum brader-brader masuk malam tadi, penyokong kito punyo chant bortorabur. Bilo brader-brader masuk, baru la toratur kito nak bersorak. Semangat penyokong pun lain macam bilo UN9 dah masuk stadium. Kudos to you guys! Dah buleh nampak dah yang tanpo UN9, penyokong hilang arah. Ibarat kapal yang tidak bernakhoda. Kami penyokong Nismilan amat memerlukan brader-brader sentiasa bersama di stadium.

Akhir kato, untuk waghieh-waghieh sumo, kito dah monang PM dah. 2 kali dalam 3 tahun. Dah handa dah se ghaso tu. Justeru, se morayu kepado waghieh agar tolong la ponuhkan STAR of Paroi untuk perlawanan liga. Kito jadikan Paroi tu kubu pasukan Nismilan. Biar sampai jadi macam Kota Bharu. Kalau buleh, biar sampai tak ado team yang sanggup main kek Paroi. Bukan tak sanggup sobab kito baling morcun, baling botol air apo bagai. Tak sanggup sobab penyokong ramai dan diorang akan ghaso tertekan bilo main kek Paroi. Masih ingatkah waghieh akan kejadian di bawah ini? Bayangkan setiap kali perlawanan di Paroi situasinya begini. Sekian.






Gambar diambil daripada http://www.facebook.com/n9futbol

Friday 28 October 2011

Pre-Match Final PM 2011



Ok. Aku dah nak demam bila memikirkan esok final PM 2011. Jantung terus berdegup laju bila membayangkan bola akan menerjah jaring pada malam esok. Aku akan cuba kupas pemain yang akan memberikan impak besar pada malam esok. Kita mulakan dengan pemain Terengganu.

P/S : Semua imej dalam blog ini diambil secara rawak melalui enjin pencari google. Manakala video diambil dari youtube.

Terengganu


Manaf Mamat yang tengah on form sekarang ni. 

Natural born striker. Instinct menjaringkan gol yang sangat tinggi. Gol backheel dia masa lawan Selangor kat Shah Alam tempoh hari membuktikannya. Walaupun dah terjatuh menyembam tanah, dia masih mampu mengangkat kakinya untuk menampan bola ke dalam gol. Walaupun pada mulanya aku anggap nasib, setelah melihat goal celebration dan ulang tayang, ternyata beliau berusaha untuk membackheel bola tersebut. Tak percaya? Tengok video atas ni, 1.08-1.12. Sebelum dia backheel, dia tengah pandang bola tu.

Ismail Faruqi yang akan menggerakkan 
serangan Terengganu.

Belum sebagus Safiq Rahim. Sekali je aku tengok dia ni main. Time lawan Singapore. Aku rasa dia ni power la jugak. Larian solo yang akan disudahi dengan through ball kepada Hadi,Ashaari, dan juga Manaf akan membuatkan pertahanan Negeri Sembilan bercerai-berai. Kalau beliau sentiasa diberi game time dan Rajagobal bagi kepercayaan pada beliau untuk mengemudi midfield Malaysia, kita mungkin tidak perlu mengharap kepada Safiq sahaja selepas ini.

Hadi akan menjadi focal point
of attack untuk Terengganu.

Pemenang kasut emas Liga Super 2011 dengan 20 gol. Ayat ini sudah mampu untuk membuatkan Aidil dan Zamani resah. Untuk menampakkan beliau ni lagi hebat, beliau score dalam debut beliau bersama Malaysia. Tak ke hebat namanya tu? Beliau akan bertindak sebagai target man untuk Terengganu dan akan membuka ruang untuk pemain sayap mereka iaitu Manaf dan Ashaari untuk peluang menjaringkan gol.(Tengok kat sini kalau tak percaya!) Dua-dua gol beliau yang assists. Kalau mamat dua orang tu tak lari, beliau pun boleh score sendiri. Apa ade hal? Beliau top scorer kot!

Ashaari Samsuddin meledak gol ketiga Malaysia
ketika menentang Indonesia.

Ashaari Samsuddin. Favourite player aku di Terengganu. Boleh merembat dengan kedua-dua belah kakinya. Beliau mempunyai larian laju, kawalan bola yang amat baik, dan rembatan kaki kiri yang boleh buat penjaga gol mengucup keluarga mereka sebagai tanda perpisahan. Tak percaya? Tak tengok ke video Hadi Yahya kat atas tu? Tak perasan ke bagaimana beliau score gol kedua? Sebab beliau player favourite aku, aku tambah satu lagi video untuk buat beliau nampak lebih hebat!


Negeri Sembilan.

"Cewah,cewah!" kata Kunalan sambil menggelecek.

Kunalan a/L Subramaniam a.k.a Semenyih Ekspres @ Kuna. Prestasi Negeri Sembilan bergantung kepada posisi beliau pada malam final. Jika berada di sayap, maka pertahanan Terengganu berada dalam keadaan bahaya. Pemain yang amat konsisten dalam permainannya. Mempunyai kelajuan angin monsun barat-daya dan mampu membuat pertahanan yang mengejarnya mengunyah rumput. Jarang menjaringkan gol kerana lebih efektif membuat cross untuk disudahkan rakan sepasukan.

Penjaring terbanyak untuk Negeri Sembilan dalam
saingan PM 2011 dengan 7 gol.

Hairuddin Omar a.k.a Hai-O. Beliau ni memang special. Kelebihan beliau adalah di udara. Susah nak cari pemain Malaysia yang handal di udara. Beliau juga mampu menghold bola untuk menunggu support daripada rakan sepasukan. Seperti Hadi, beliau juga menjadi target man untuk Negeri Sembilan dan kesemua serangan Negeri Sembilan akan dimulakan daripada beliau. Andai kata beliau berjaya membuatkan Marzuki Yusof menyembah bumi seperti mana beliau lakukan kepada pertahanan T-Team di SSINS dalam separuh akhir pertama, maka sang penyu hanya mampu melihat si rusa angkat piala.

Sila lihat gol ketiga!

Shukor Adan. Wild card Negeri Sembilan (pada pendapat aku). Persembahan beliau kurang konsisten pada musim ini. Tatkala beliau on form, maka gol yang dalam video di atas dapat dilihat. Tapi bila form tak baik, nescaya lebih eloklah kita menyaksikan awan berarak. Lebih banyak manfaatnya. Betul. Keputusan pada malam final itu bergantung juga kepada prestasi Shukor. 

Shahurain ketika membuka jaringan di
final 2009 menentang Kelantan.

Shahurain Abu Samah a.k.a Kecik. Beliau merupakan favourite player aku dalam skuad rusa. Jika sebelum ini beliau digeruni dengan larian solo berbahaya ke dalam kotak penalti dan juga hantaran silangya, namun pada musim ini beliau menambah satu lagi attribute beliau iaitu rembatan jarak jauh. Selain pasangan kembar Aidil dan Zaquan, Kecik juga merupakan fan favourite di Paroi. Ini merupakan gol-gol beliau. Sila lihat gol yang KETIGA.

Pemain-pemain ini merupakan pendapat aku sahaja. Aku pun bukannya professional dalam bab-bab macam ini. Cuma apa yang aku nampak, aku luahkan.

Akhir kata, harap-harap malam final nanti tiada kejadian yang tak diingini berlaku. JANGAN BAKAR MERCUN! JANGAN BALING OBJEK KE DALAM PADANG! Semoga kita semua ke sana untuk menonton perlawanan bolasepak yang menarik.

Thursday 27 October 2011

Tiket Oh Tiket!

Se tidak akan mengulas perlawanan separuh akhir keduo menentang T-Team di Paroi memandangkan STAR of Paroi pado malam tersobut dibanjiri dongan warno kuning dan keputusan pado malam itu momihak kepado Nismilan dengan jaringan 2-1. Kito ko hal yang lobih ponting. Hal yang berjayo menggomparkan bolasepak Malaysia iaitu hargo tiket final Piala Malaysia 2011 di stadium Shah Alam.


Kain rentang di STAR of Paroi pada
25 Oktober 2011.

"Mahal!". Inilah reaksi yang diberikan rata-rata penyokong bolasepak Nismilan dan Terengganu apabila FAM memaklumkan bahawa tiket final Piala Malaysia 2011 dijual dengan harga RM50. Maka bermulalah rentetan peristiwa memboikot perlawanan tersebut oleh kelab penyokong dan ultras negeri kedua-dua pasukan. Mereka melabelkan FAM sebagai 'zalim', 'cekik darah' dan mengecam tindakan FAM yang meletakkan harga tiket sesuka hati ibarat meletakkan harga hantaran kahwin anak dara mereka. (Boleh jadi quote of the year ni.)

Suasana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah 
di Kuala Terengganu.

Apabila kempen boikot dimulakan, maka ramailah peminat setia dan peminat "setia" turut menyokong dan melibatkan diri dan berjaya membuatkan kelab penyokong dan ultras negeri mengukir senyuman. Panas yang disangka sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Kerajaan Terengganu memberikan subsidi sebanyak 50% kepada penyokongnya yang membeli tiket. Ibarat pisang goreng panas, maka terjuallah 30 000 tiket yang telah diagihkan kepada PBSNT.

Penyokong Nismilan mula tidak senang duduk dengan berita yang tersebar. Risau jika stadium Shah Alam hanya akan dibanjiri oleh penyokong Terengganu. Maka mereka cuba mencari "hero" yang dapat menyelamatkan tiket dan duit mereka. Kegusaran mereka hilang apabila MB pula mengisytiharkan PBNS akan menanggung 40% harga tiket final PM 2011 untuk penyokong setia Nismilan. Maka bertepuk soraklah penyokong Nismilan sambil mengucapkan terima kasih kepada MB mereka.

Stadium Shah alam juga tidak terlepas menjadi tempat
kain rentang dinaikkan tanda protes.

Maka terdetiklah di hati aku, adakah penyokong bolasepak Malaysia benar-benar mengecam FAM kerana menaikkan harga tiket ataupun mereka sekadar kedekut? Alasan penyokong adalah tidak berbaloi membayar tiket sehingga RM50! Aku setuju memang benar-benar ada golongan yang kurang upaya untuk mengeluarkan duit sebanyak itu dan sokongan mereka terhadap pasukan mereka amat hebat. Ada kenalanku yang tidak langsung mengikuti BPL,Serie A, Primera Liga atau mana-mana liga lain dan hanya mengikuti perkembangan Liga Super Malaysia. Namun, kemanakah hilangnya semangat memboikot perlawanan dan mengecam tindakan FAM?

Sedarkah penyokong jika diberikan subsidi, maka mereka tetap membayar RM50? Cuma tak nampak la macam diorang bayar. Dah duit tu kita tak pegang. Bukan duit tu diperuntukkan untuk kita ke? Maka bukankah kita masih dirompak oleh "mereka"?

Aku sokong tindakan kelab penyokong dan ultras untuk memboikot perlawanan tersebut. Niat mereka murni kerana tidak sanggup lagi ditindas golongan aristokrat. Alasan mereka, andai kita termakan dengan "taktik subsidi" ini, tidak mustahil untuk tahun-tahun akan datang, penyokong tetap akan memenuhi stadium walaupun harga tiket tatkala itu mencecah ratusan ringgit.

 Namun, aku tak sanggup untuk tidak ke stadium demi menyokong negeri aku beraksi. (RM50 ni pun aku rasa limit aku dah. Kalau harga dia RM60, aku pun tak nak pergi!)

Wakil FAM menjelaskan dalam berita bahawa mereka tidak ambil langsung duit dari hasil jualan tiket. Kata wakil berkenaan, duit tersebut akan dibahagi tiga iaitu kepada kedua-dua persatuan bola sepak yang bertanding dan kepada stadium (Sekuriti,sewa stadium dan sebagainya. aku malas nak dengar dia membebel tadi sebab susah aku nak percaya cakap dia!)

Kita fikirkan secara logik. Sewa sSadium Bukit Jalil lagi murah berbanding Stadium Shah Alam ke? Ataupun Stadium Bukit Jalil tak perlu disewa? Kalau dah bayar kepada pihak stadium, bukankah stadium tersebut diselenggarakan oleh FAS? Makanya,bukankah duit tersebut dapat kepada mereka? Betulkan aku kalau aku salah sebab aku langsung tak tahu menahu tentang sistem-sistem macam ni. Aku cuma berfikir menggunakan akal sendiri je ni. Tanpa dalil dan nas yang sah!

Adakah ini situasi kita?

Sebelum meninggalkan stadium, aku terdengar satu laungan daripada salah seorang penyokong :

"Boleh lah kitorang undi tahun depan. Boleh tambah lagi 5 tahun lagi!"

Apakah situasi ini sudah direncanakan dengan baik oleh pihak tertentu dengan melabelkan FAM sebagai kambing hitam? Apakah FAM rela di'kambinghitam'kan tanpa mendapat hatta sedikit pun ganjaran? Adakah ini semua propaganda demi memancing undi pada pilihan raya tahun hadapan? 

Walaupun kelihatan kepada banyak penyokong bahawa masalah harga tiket sudah selesai, namun jika direnungkan semula, semakin banyak persoalan yang timbul daripada "penyelesaian" ini. apakah kita semua masih tidak sedar? Jika semua yang aku karang ini tidak benar belaka, maka FAM sepatutnya bagi jawapan yang jujur! Bukannya sekadar cakap,

"Penyokong harus maju seiring dengan kemajuan bola sepak kita."

Maju ke kita ni? Renung betul-betul! Maju ke bola sepak kita ni? Mana bukti kemajuan kita? Ranking 140 lebih tu? Menang AFF Suzuki Cup itu maju? Menang emas Sukan Sea itu maju? Menang Pestabola Merdeka itu maju? Wakil liga kita yang kena kitai dekat AFC/ACL itu maju? Betul ke kita maju?

Sekali lagi aku tekankan bahawa aku bukan MENUDUH mana-mana pihak, aku cuma MENGAJUKAN SOALAN! Soalan yang pada pendapat aku memerlukan jawapan yang jujur!

Akhir kata, aku ucapkan tahniah,syabas dan semoga berjaya kepada kelab penyokong dan ultras negeri yang memboikot perlawanan final pada Sabtu ini. Aku tidak dapat bersama kamu pada perjuangan kali ini. Muungkin dalam perjuangan akan datang aku akan bersama kamu. Sekian.

TERIMA KASIH FAM! Kami memang suka harga tiket RM50! Murah sangat! 



Friday 21 October 2011

T-Team 2-4 Nismilan!

Pertamo sekali se nak mintak maap sobab lambek update pasal Nismilan ni! Lotih poie Kualo Terengganu baru hilang! ;)

Jurulatih pasukan Negeri Sembilan. (credit untuk n9kini.com)

KUALA TERENGGANU, 18 OKTOBER - Rombongan penyokong Nismilan yang turun ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah akan pulang ke tanah bumi berdaulat dengan senyuman lebar dan harapan menggunung untuk ke final setelah skuad "hoben jang hoben" melakarkan kemenangan 4-2 menewaskan pasukan T-Team. Gol-gol Nismilan dijaringkan oleh Shahurain ('7), Hairuddin Omar ('25 & '45) dan S.Kunalan ('52). Sementara Indra Putra Mahyuddin dan Nor Farhan Muhammad menjaringkan gol untuk pasukan T-Team.

Lopeh abeh yo game kat stadium SINS marin, muko coach nampak macam tak percayo yang Nismilan buleh monang 4-2. Taktik beliau untuk bermain secaro agressif pado separuh maso pertamo ternyato mombuah an hasil. T-Team macam tak dapek nak buek apo bilo Nismilan main cross dari bahagian wing untuk Hai-O menanduk. Kuek bona ko Hai-O ni? Solambo dio yo main lompek-lompek dalam kotak penalti tu nak tanduk bola. Defender T-Team tak terjago ko? Ataupun maleh nak jago? Haa,persoalan ni kono la tanyo defender T-Team tu sendiri. Se ghaso, Hai-O ado bawak an masak lomak cili api untuk defender-defender tu. Itu yang dorang buek ontok yo bilo Hai-O nak tanduk bola. Keh keh keh.

Coach mombuek duo pertukaran berbanding line-up ketiko Nismilan menewaskan Felda kek Paroi tempoh hari iaitu dongan morehatkan Firdaus Azizul dan Idris Karim demi memberi ruang untuk Khairul Ridwan dan Abdul Halim Zainal mempamerkan kebolehan mereka. Khairul Ridwan ataupun lebih dikenali sebagai Jibam di kalangan penyokong tegar skuad rusa kelihatan agak gugup dalam separuh masa pertama sehingga terpaksa digantikan oleh Firdaus Azizul ataupun King sebaik separuh masa kedua bermula.

Halim pulak maintain cool yo main sebagai defensive midfielder ataupun kalau nak nampak bijak, guno lah perkataan holding midfielder. Satu yo silap si Halim ni marin, dapek kad kuning. Berkobar na nak dapek an bola,abih ditakik eh kaki Nor Farhan. Hahah. Takpo. Somangat tu ponting!

S.Kunalan yang menjadi igauan buruk pemain pertahanan.

Kito masuk bab yang lobih ponting! Pado pandangan se, Kunalan ni man of the match! Maun eh tak man of the match, duo assists, satu gol. Dah macam Giggs dongan Gerrard time memudo dulu la. Kalau main fantasy football maun moncanak point si Kuna ni! Dah la dio assist kek Kocik dongan Hai-O bukan main brilliant laie. Gol deh pon dah tahap world class dah! Kono simpan dio ni. Kot dibori pindah pasukan lain, silap bosar la Nismilan!

Ni sorang lagi pemain yang menonjol.

Hai-O ketika menjaringkan gol ketiga Nismilan.

Se dah tak tau la nak komen apo laie kek dio ni. Dah abih kato-kato pujian dah. Segalo sorangan Nismilan akan tertumpu kepado dio! Ini bukan membungak. Ini boto. Asal nak attack yo,bola kompom dapek kek dio dulu baru buleh attack. Kawalan bola ala-ala Berbatov (kalau nak ikut first touch,tak ado sapo buleh lawan Berbatov ghaso se), kebolehan menanduk ala-ala Tim Cahill,dan kebolehan menjaringkan gol seakan Messi. Tak pecayo? Tengok video kek bawah ni ha.


Highlights pertemuan separuh akhir pertama antara
T-Team dan Nismilan.

Kito dah suko hati monang, tibolah maso eh untuk menganalisa beberapa kelemahan Nismilan.

1) Kedua-dua gol T-Team adalah berpunca daripada bahagian kiri Nismilan.

- gol pertamo diorang disobab an oleh Irwan gagal membaca gerakan lawan sehinggakan winger mereka mudah melepasi Irwan sebelum membuat hantaran ke tengah untuk Indra menjaringkan gol penyamaan. Barulah se tau kenapo coach lotak Kuna main left back marin. Kuna ni laju dapek la koja winger yang terlopeh tu! Tapi kalau dio main left back, susah la Nismilan nak dapek gol. Dah duo game Kuna main wing,  duo-duo game dio dapek duo assists. Game yang ni siap dapek gol laie. Gol cantik lak tu. Hmm. Mungkin Irwan kono laie fokus time tongah game.

2) Kalau Shukor,Idris dongan Hai-O dah tak ado nanti macam mano?

- yang se poratikan daripado zaman Wan Jamak, coach kito asik nak boghi pemain senior yo main. Macam mano pemain mudo nak handa yo tak? Kalau Hai-O tak ado, kito ado la jugak King,Jibam,Adik, dongan Fakri. Mawi pun ado! Buleh la lagi nak cari gol yo tak? 

-Tapi bahagian midfield ni yang se risau bonar. Kato la Idris dongan Shukor tetibo koba kek coach macam ni,

"Coach, kitorang dah lotih main bola la. Kitorang nak borkobun lopeh ni. Orang tuo-tuo koba,kalau berbudi pado tanah, mako kito tak akan rugi!"

Haa, macam mano? Sapo yang nak diharap an time tu? So, cadangan se iolah boghi la jugak pemain mudo kito bergandingan dongan pemain senior di kawasan midfield tu. Se minat Mahathevan main defensive midfield tapi jarang dapek tengok dio main. Kalau coach baco blog se ni, buleh la cubo bagi Mahathevan,Qayyum,Aliff main selalu. Tapi jangan la sekarang. Team tongah sodap,game tongah ponting. Hahah. Next season la coach. Buleh? Kemon coach, tak kan tak buleh? Hahah

Akhir kata,marilah sumo wargo Nismilan ponuh an stadium Sabtu ni. Kito kasi gogar STAR of Paroi dengan harapan menggunung akan ke final untuk kali ketiga berturut-turut! InsyaAllah


Sunday 16 October 2011

Nismilan 3-0 Felda Utd (aet)

Alhamdulillah kita ke separuh akhir.

PAROI, 14 OKTOBER - Negeri Sembilan berjaya melangkah ke separuh akhir setelah berjaya menewaskan Felda Utd dengan 3-0 di sini. Namun, Negeri Sembilan memerlukan masa tambahan untuk memastikan tempat ke separuh akhir adalah milik mereka setelah sekadar mendahului 1-0 sebaik tamat 90 minit untuk mengikat kedudukan aggregate 1-1.

Maaaannggaaaaiiihhh! Macam tongah baco paper kosmo! yo x? Hahah. Ese borsyukur Nismilan monang marin. Tahniah buek pasukan, tahniah buek coach, dan tahniah jugak buek penyokong! Kot ado rombongan poie KT selaso ni koba kek se yo? Tinggal an maklumat kek ruangan komen tu.

Apo jadi kek Nismilan kalau
mamat botak tapi power ni blah nanti?

Menurut pondapat se, Nismilan monang sobab ado 3 hero marin. Hai-O (sobab jaringkan duo gol), Kuna (2 gol yang dijaringkan adolah berpunco dari dio), dan Aidil (dio ni dah buleh main bola kek luar negaro dah. Handa bona!)

Gol keduo Hai-O memang cantik poit! World class! Kuna cross, Hai-O dapek free header, bola poie top corner! Yang buek kurang happy marin adolah Zamani injured. Tak tau la siku tekehel ko, bahu tercabut ko. Maklum la, ese dok kek tompek penyokong. Kot ese dalam padang, tau la ese apo injured deh.

Semenyih Ekspres (menurut Zainal
Abidin Rawop)

Satu lagi tulang belakang Nismilan. Diturunkan sebagai winger,kemudian sebagai pertahanan, dan kembali sebagai winger. Minggu lopeh ado ese cito pasal Kuna ni main defend, Coach Azraai baco blog ese ko? Hahah. Se harap coach sodar yang Kuna ni paling seleso main sebagai winger. Kalau bukan sobab dio yang rembat bola waktu extra time marin, tak dapek Idris score, tak dapek kito tengok ramai-ramai pemain Nismilan jadi Pocong. Kalau bukan sobab dio yang cross dari kiri, tak dapek Hai-O score duo bijik. Tapi Coach lobih tahu team dari ese. Ese luah an pondapat yo. Koputusan kek Coach.

Idris Karim. Playmaker Nismilian 
malam marin.

Kalau nak banding an dongan Shukor, Idris ni jauh laie baik. Boto ni! Ketenangan beliau, hantaran pendek yang tepat, serta gerakan bola yang membuahkan hasil banyak membantu jentera serangan Nismilan menunjukkan potensi sebenar mereka. Kalau takdo dio ni, maun monguap ese kek tompek duduk penyokong malam marin. Dah buleh bagi pangkat Kesatria dah deh ni. Main dh roman ala-ala Xabi Alonso la marin. Hahah. Walaupun se golak,namun se serius! Memang ghoman Xabi Alonso deh main.

Walaupun monang, ado duo kojadian yang kurang menyodapkan badan. 

1. Fakri dimasuk an lopeh tu dikeluar an.
    - Adakah ini memang perukaran taktikal demi meletihkan full back Felda Utd? Mengapa tidak dikekalkan Kuna sebagai winger dan memasukkan Qayyum serta-merta? Tapi ese dapek raso yang malam tadi merupokan tactical change yang amat bernas sobab full back Felda dah mulo biaso dongan caro Fakri, tetibo pulak diorang kono jago Kuna. Maun tak gatal kepalo dorang. 

2. Zaquan diturunkan.
    - Ese tak tau la dio ni dah fully fit ko bolun. Ese ado dongar cito yang maso friendly marin (lawan apo tah), Zaquan diturun an. Tapi menurut prestasi beliau malam marin. Joleh,nyato serta torang laie borsuluh beliau masih bolum match fit laie. Ataupun time warm up dio terinjured balik? Beliau merupakan liabiliti kepada pasukan kerana tidak dapat beraksi dengan baik. Pendapat se, King patut eh dikokalkan dalam game. Ataupun King yang injured sobab tu Zaquan masuk? Ontah lah. Ese nak mintak pas la dok topi padang! Sonanh nak tulih cito. Tak do la banyak na komungkinan eh! Hahah

Akhir kata, Kelantan kalah! Ese hepi bona! Kot dapek poie final, torjamin la sket nyawo. Hahah. Ese berharap yang Nismilan mampu menewaskan T-Team dan seterusnya layak ke final untuk kali ketiga berturut-turut. InsyaAllah.

Tuesday 11 October 2011

Nismilan kalah kek tangan Felda!

Azraai Khor yang kini memimpin pasukan Negeri Sembilan.

Kekalahan skuad Negeri Sembilan kepada Felda Utd di Stadium MPPJ malam tadi merumitkan perjalanan skuad Rusa ke pentas Final PM2011. Walaupun hanya tewas dengan 1-0, namun perancangan taktikal jurulatih Azraai Khor membuatkan penulis menggaru kepala yang tidak gatal. Ese tak bonci pun coach ni. Nak bonci macam mano, konal pon tidak. Tapi ese lagi suko Wan Jamak yang jadi jurulatih. Maso Wan Jamak nak bonti marin, ese lah orang yang paling sodih raso eh la.

Ese ado soalan nak tanyo kek coach.(tu pun kalau coach baco post ni. Kalau tak baco, ese harap sapo-sapo yang baco post ni, tolong la koba an kek coach.)

1. Kenapo Kuna yang bukan main handa buek full back pasukan lawan torcirit dalam seluar dilotak an kek left back?

Cadangan : Bukankah Irwan turut mampu bermain di posisi left back? Jika masih berkeras untuk meletakkan Irwan bergandingan dengan Angah (Zamani), mengapa tidak ditampilkan Qayyum ke posisi left back? Apo kato coach lotak an balik Kuna main wing. Ese raso serangan pasukan kito akan lebih efektif.

2. Kenapo Fakri Saarani main wing?

Cadangan : Yang ese perasan, kehebatan si Fakri ni torlotak kek larian deh yang laju ibarat angin! Boto winger kono laju. Tapi yang ese poratikan, Fakri ni lomah sikit dalam mengawal bola. Apo kato kalau coach jadikan Fakri macam Fernando Torres. Suruh midfield bagi through ball kek dio, kojo dio lari kojar bola lopeh tu shoot. Sobab bordasarkan kelajuan, ese raso tak ado defender yang buleh nak kojar si Fakri ni. 

3, Kenapo lopeh kito kotinggalan malam semalam, para pemain banyak melakukan hantaran tinggi daripada pertahanan kepada penyerang?

Untuk soalan ni,ese tak ado cadangan. Ese nak tanyo yo. Adakah coach yang mengarahkan pemain melakukan hantaran-hantaran tersebut ataupun pemain mula ghairah untuk mencari gol? Tak ado function la winger dongan midfield kito Lopeh Boss (Idris) masuk baru la nampak pergerakan jentera midfield.

Itu sahajolah soalan ese kepado coach. Kalau ado sesapo yang buleh tolong jawabkan bagi pihak coach,silolah tampil mombori ponjolasan. Sekali lagi ese nak tokankan kek sini, ESE BUKAN MENGKRITIK COACH,CUMA ESE CONFUSE DENGAN CORAK PERMAINAN NISMILAN YANG DAH TAK MACAM DULU.

Waghieh jangan lupo turun STAR Paroi Jumaat ni. Kalau kito tak poie sokong,sapo laie nak sokong. Seperkaro lagi, pado yang poie stadium Jumaat ni, JANGAN BALING OBJEK KE DALAM PADANG! KITO MARAH BEBUDAK BALING MORCUN/BOTOL AIR,TAPI YANG TUO-TUO PUN SAMO BOBAL PORANGAI EH!

Sekian.


Monday 10 October 2011

Pengadil!

Howard Webb

Yaa, siapa yang tidak kenal akan muka pengadil di atas ini iaitu Howard Webb yang dikatakan sering menyebelahi pasukan Manchester United jika mengadili perlawanan mereka. Namun, entri kali ini penulis tidak akan sama sekali mempersoalkan mutu pengadilan pengadil di atas. Perkara yang menarik hati penulis adalah kes KEDAH TIDAK LAYAK ke SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA! 

Kepada yang tak tengok langsung bola Malaysia dan tak tahu menahu apa terjadi dalam perlawanan tersebut, silalah merujuk kepada encik google. Kedah harus menang perlawanan terakhir kumpulan mereka untuk layak ke suku akhir (sebenarnya situasi dia lebih rumit,tapi penulis meringkaskan untuk pembaca agar mudah difahami). Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1 gol. Perlawanan yang disiarkan secara langsung menunjukkan Wan Jamak memberikan reaksi ini dalam komen selepas perlawanan beliau.

Kedah 1-1 Perak

Berdasarkan video di atas,LANGSUNG TIDAK DAPAT MEMBUKTIKAN APA-APA. "SYABAS kepada MEDIA! Lain kali, "JANGAN LETAK KAMERA LANGSUNG DI STADIUM" kerana KAMERA ANDA "MEMANG SEDIKIT". Berdasarkan penerangan Wan Jamak ketika penulis menyaksikan komen beliau secara langsung (penulis tak sempat tengok perlawanan,ada urusan keluarga tatkala itu), ayat yang digunakan oleh Wan Jamak adalah lebih kurang seperti berikut.

"Kami dapat 2 gol bersih yang dibatalkan. Kami dirompak pengadil...Kalau tak percaya tengok Astro Arena. Saya dimaklumkan bahawa pihak Astro Arena turut mengatakan kedua-dua gol tersebut sepatutnya diberikan pengadil."

Pada waktu ini penulis semakin tertarik dengan komen Wan Jamak dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya yang terjadi. Namun "KEBIJAKSANAAN" media kita terserlah apabila LANGSUNG TIDAK MENUNJUKKAN ulang tayang insiden-insiden tersebut. Sekali lagi pengulas mengucapkan "TAHNIAH YANG TIDAK TERHINGGA" kepada pihak media.

Malahan, Wan Jamak turut ditertawakan oleh pengacara rancangan terbabit iaitu Allday Newspaper (bukan nama sebenar). Pundit yang dijemput dalam rancangan turut menyelar tindakan Wan Jamak mempertikaikan keputusan pengadil dengan ayat lebih kurang seperti,

"Seharusnya Wan Jamak tidak boleh membuat komen sebegitu kerana keputusan pengadil adalah muktamad...Kedah sepatutnya boleh bermain dengan lebih baik pada separuh masa kedua kerana bermain dengan terlalu baik di separuh masa pertama"

Kalau dah jaringkan gol 2 biji, dan kedua-duanya dibatalkan dalam perlawanan yang wajib menang, HARUSLAH pemain hilang fokus! Kenapalah BIJAK SANGAT komen anda? Terlalu mencium punggung persatuan! Takut didenda seperti Wan Jamak ke? http://sokernet.com/piala-malaysia/wan-jamak-berdepan-penggantungan-6-bulan.html

Berdasarkan pengalaman penulis pula, mutu pengadilan memang "AMAT MEMBANGGAKAN" di Malaysia. Jika last defender menjatuhkan pemain lawan secara sengaja atau tidak demi menafikan peluang menjaringkan gol, maka secara otomatiknya pengadil akan melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan tersebut. Namun di Malaysia, mutu pengadilannya adalah "LEBIH HEBAT!" Pengadil AKAN MELAYANGKAN SENYUMAN kepada pemain pertahanan tersebut. HEBAT BUKAN? 

Adakah pengadil perlawanan Liga Super/Piala FA/Piala Malaysia adalah sama dengan pengadil yang mengadili perlawanan MSSD/MSSM? Jika tidak, mengapakah mutu pengadilannya "TAK SAMA LANGSUNG?" Apakan daya, darah penulis berwarna merah. Hanya mampu meluahkan rasa "PUAS HATI" dan "MAMPU MENGAMBIL TINDAKAN SENDIRI".

Akhir kata,
"JANGAN PERGI STADIUM TENGOK BOLA SEPAK KITA. TENGOK EPL/LA LIGA/SERIE A JE. BUKANKAH KITA SEMUA DILAHIRKAN DI EROPAH?"

Sekian.

Wednesday 14 September 2011

Stadium! (A sarcastic article)

Meraikan kemenangan Negeri Sembilan ke atas Kedah pada final Piala FA 2010

Based on the previous post, I've made it EXTREMELY CLEAR that I am a football fan. There has been a drastic change in the Malaysian football scene since the last couple of years. Fans (be it the TRUE or seasonal fans) begin to flock into stadiums to watch their team play. In a way, it is great for it will create a fantastic atmosphere in the stadium.  Besides the atmosphere, the FA will gain a little bit of dough from the entry fees that we pay and in a small way, we could bring Malaysian football to a higher level. But, like all other situations, there are pros and cons of it.

Enough with the pros. Since this is a shoot, I'll emphasize on the cons. WOMEN!

SEKSIS! Mesti perkataan ini yang akan terlintas dalam kepala anda bukan? Jika ya, buangkannya. Saya bukan seorang yang seksis. Saya cuma tidak suka WANITA di dalam stadium yang berpakaian seperti hendak ke PANTAI! Kalau ditegur, alasannya :

"Panas la stadium. Orang pun ramai. Kalau macam ini, tak lah panas sangat"

Too hot? Miss, please do not forget that we still have another world to live after we leave the one that we are in now. Another favourite response is :

"Mind your own business! I'm not bothering you or anything! If you do not like the way I dress, look away then!"

Cik adik, ada jugak lelaki yang baik di dunia ini. Menegur agar cik-cik adik semua tidak ditimpa kecelakaan seperti dicabul dan ... (you know where I'm going with this don't you?). Jadi jangan lah balas teguran baik dengan tengkingan seperti di atas. Bukannya tak pernah berlaku kes yang disebutkan di atas. Kami beri peringatan sahaja.

I'm a bit off topic i think. Back to the main point which is their dress code.

Pakai seluar pendek yang panjangnya 6-7 inci. Lepas tu bila ada LELAKI pandang tak berkelip, heboh cakap mamat tu gatal dan pervert. Eh? Tak perasan ke seluar tu pendek sangat? Terlupa tengok cermin ke sebelum keluar rumah tadi? (I thought of including a couple of pictures as "evidence" but come to think of it, I'd rather not)

Complaining about the stench in the stadium is another criteria that they obtain. (You didn't think that I was through about the cons did you?)

Cik adik, awak pergi stadium. Tempat orang bersorak, memaki, menjerit, melompat (bila gol), semestinya lah mereka akan berpeluh. Kalau dah 70-80 ribu orang berpeluh, awak boleh la fikir sendiri aroma yang akan timbul. Tambahan pula ada yang menyalakan cancer stick mereka. (BTW, smoking is prohibited in stadiums if all you smokers didn't know). Awak jangan la pergi stadium dengan anggapan :

"Aku kan perempuan, mustahil lah mereka nak biarkan aku berdiri dan berasak-asak dalam stadium nanti"

ataupun

"Ish, tak sabarnya nak pergi stadium! Boleh ambil gambar banyak-banyak kemudian muat naik ke laman sosial untuk tunjuk pada mereka yang tak dapat pergi stadium bahawa pergi stadium adalah sangat cool!"


Yeah, right! We are all gentlemen here in the stadiums. We could not bare to watch a woman standing for 2-3 hours or sandwiched in the middle of the crowd. AS IF! Even we (men), wanted to be as comfortable as we can in stadiums. It's not that we were not bothered by the stench in the stadium, it's just that we can accept that the current situation is as comfortable as it gets in the stadium.

(Hint - WOMEN, try to lower your standards and expectations when you decide to attend to a stadium.)

Pictures! I don't mind you taking pictures. As a matter of fact, it is never a problem for me if you take pictures in the stadium. It ONLY bothers me and others (I think) when you take pictures ALL THE TIME and distracting homo sapiens around you who is trying to watch the football match! Snap a picture before the match. Nobody would mind. Or during half time. As a matter of fact, take all the pictures you want after the match! That is when all of us do take a picture.

(Hint No. 2 - NEVER EVER take pictures of yourself during a football match!)

Perkara-perkara yang aku bangkitkan dalam artikel ini bukanlah perkara yang besar. Bak kata nenek aku yang berbangsa jawa, "small matter". Namun, perkara-perkara remeh sebegini sudah cukup untuk membuatkan seorang penonton  setia bola sepak terlepas detik penting di atas padang. Maklumlah, di stadium tiada ulang tayang. Haha (cheap joke).


Kepada penonton bola sepak Malaysia, penuhilah stadium yang berhampiran anda. Jangan hanya bertandang ke stadium apabila pasukan anda berada di persada liga, sedang mencatat kemenangan demi kemenangan, mahupun ketika berada di peringkat akhir sahaja. Sentiasalah menyokong pasukan kita tidak kira menang ataupun kalah. Serta didiklah anak-anak kita ke stadium agar semangat cintakan bola sepak tanah air dapat diterapkan dari usia yang awal kerana mereka lah generasi yang akan menyambung perjuangan kita sebagai peminat sukan bola sepak tanah air! (Dah macam ahli politik nak pancing undi wakut pilihan raya pulak aku rasa ayat aku ni)


Penutupnya, aku cuma nak sedarkan kita agar lebih peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling kita. Sesuai atau tidak perilaku kita dengan keadaan sekeliling. Seperkara lagi, ingin aku tekankan bahawa AKU TIDAK SEKSIS! Kalau anda terasa dengan artikel ini, memang itu tujuannya. Kita terlalu berkias dalam memberi teguran. Mungkin menegur dengan cara langsung dapat memberi lebih impak untuk menyedarkan masyarakat kita.

WE NEED A PUNT IN THE BACK FOR WE HAVE BEEN TOO MELLOW FOR TOO LONG!

Monday 12 September 2011

Respect!

with Norhafiz Zamani Misbah (standing third from right)
Gambar ini diambil selepas kami berbuka puasa di salah sebuah restoran di Seremban baru-baru ini. Aku agak minat la mamat ni main bola. Calm and composed at the heart of Negeri's defense. OK, straight to the real stuff.

RESPECT! We always demand this from peers and foes. Kencing la kalau korang cakap,"aku tak pernah pun mintak orang lain hormat aku". You can lie to me,to yourself, and to others but you won't be able to lie to HIM.

Aku merupakan peminat setia sukan bola sepak. I watch it on TV's and in stadiums. Heck, I even play this most beautiful game myself! Aku start pergi stadium sejak umur aku 4 tahun (1992). (Menurut mak aku la. Aku mana ingat,kan aku budak kecik). Apabila timbulnya kes rasuah terbesar dalam bola sepak Malaysia pada 1994, aku berhenti pergi stadium sehingga tahun 1999. Then, I continued visiting my beloved Larkin Stadium to watch Johor hosting football matches for a couple of years. I stopped going to the stadium from 2001 until I opened my heart in 2009 to watch Negeri Sembilan play at Paroi Stadium.

Hence, the passion of the sports dah ditanamkan dalam hati aku sejak kecik. There's even this MYTH about my beloved father made me memorize all the Manchester United players since the day I could speak (And yes ladies and gentleman, I am a fan of the RED DEVILS since 1990!).

Ringkasannya, tatkala korang (yang lebih kurang sebaya dengan aku) tengah hisap botol susu kat rumah, aku dah tengok bola di stadium. Haa,ini baru muqaddimah. Isi artikel "RESPECT!" ini berada di perenggan seterusnya.

I've been inviting my peers to join me at the stadium to experience the atmosphere. They've always seen it on TV, why not living it in stadiums? A few said yes, most of them rejected the idea, and quite a bunch of them will give this kind of remarks : 

"Tengok la BPL ke Seria A ke La Liga ke. Baru la quality football. Tak ada la membazir duit kau bayar tiket pergi stadium tengok match sampah".

Hello kawan, aku minat bola sepak Malaysia. Aku start tengok bola pun, bola Malaysia. Time kau tengah sibuk suruh mak kau belikan kau mainan ultraman, aku tengah sibuk semak keputusan Liga Semi-Pro Malaysia di akhbar. Lepas tu kau rendah-rendahkan minat aku. Tak nak pergi cakap la tak nak pergi. Tak payah la nak cakap match di stadium tu sampah.

How would you monkey anuses feel when others mock your passion? E.g : You like collecting football jerseys (most of you monkey anuses will collect jerseys from the BPL. Duh!) and I walked up to you and say,

"Kau tak rasa membazir ke beli jersi original harga 2-3 ratus pakai duit mak bapak kau? Kalau nak sangat beli la yang jual di pasar malam. RM20 boleh dapat 2 helai!"

I bet my anus that you morons will reply a little bit similar to the sentence below,

"Pasar malam local la. Mana ada kelas. Lagipun aku memang minat pasukan ni, tak salah la kalau aku habis duit beli jersi-jersi diorang"

Oo, kalau kau perlekehkan minat orang boleh. Bila orang perlekehkan minat kau, kau cuba pertahankan minat kau tu walaupun kau sedar yang beli jersi RM200-300 sebanyak 4-5 helai yang bezanya cuma tulisan penaja dan warna jersi itu sebenarnya sesuatu yang kurang bijak. Apakah ikan?

You "intelligent" creatures know as well as I do that interests are subjective. You could even be interested about a rock for all I care. Just, and I mean JUST don't insult the interest of others. SHOW RESPECT TO OTHERS IN ORDER TO GAIN IT FROM THEM.