Wednesday 22 January 2014

Nismilan 0-1 Felda Utd (FA Cup 1st Round)

Perlawanan kompetitif pertama musim 2014 ialah menentang Felda Utd di STAR Paroi. Nismilan menggunakan formasi 4-1-4-1. Jentera serangan dikepalai oleh Kim Jong Kook (kalau ado yang konal mamat ni kompom sonyum sensorang) dibantu oleh Sivanesan dan Kaplan di tengah. Shoufiq di wing kanan dan Puva di wing kiri. Posisi yang menjadi masalah kepada Nismilan sebaik sahaja Rezal meninggalkan kita ialah defensive midfielder.

Mahathevan, Nyamuk, Rashid, dan kini Sivakumar. Hasilnya tetap sama. Ok, se akan uleh game tadi sikit. Kok toghuih nak dihamburkan segalo kato nisto yang terbuku kek dado ni kurang manih la orang kato.

FIRST HALF :

Sudah lama tidak dapat menonton perlawanan di Paroi sejak sepak mula. Mesti lewat masuk stadium. Tapi tadi dapek gak tengok dari kick off. Permulaan yang terlalu berhati-hati oleh Nismilan. Pada 25 minit pertama, Felda ternyata mendominasi perlawanan. Shahrul Nizam Mustapa dan pemain import mereka yang memakai jersi nombor 10 iaitu Zah  (namo ponuh deh tak ghoti se. Zaharah kot) berjaya mengkucar-kacirkan sedikit pertahanan Nismilan. Namun, Sivakumar dan benteng pertahanan Nismilan masih mampu mengekang mereka. Sampai situ sahajalah Sivakumar main. Yang se nampak lah. Lopeh tu takdo dah. Nismilan bukanlah tidak menyerang langsung, ada juga mereka acah-acah nak lancarkan serangan merbahaya, tapi sekadar acah-acah sahaja.

Barisan midfield Nismilan masih gagal berfungsi dengan lancar. Masih ingatkah akan kita beberapa purnama lalu, pada suatu ketika, pantai timur bertingkek-tingkek di bawah kita? Masih ingatkah kita? Game tadi langsung takdo. Langsung! Shoufiq dan Puva kerap kehilangan bola. Sivanesan cuma kadang-kadang terlibat dalam menggerakkan permainan. Kaplan pula kerap hilang bola. Apabila barisan tengah tidak berfungsi, seperti biasa kita akan terus mengabaikan barisan tengah tersebut. Justeru pemain pertahanan akan terus membuat hantaran jauh ke penyerang. Setiap sepakan disertakan juga harapan agar penyerang mereka berjaya mengawal bola tersebut walaupun hantaran mereka tepat kepada pihak lawan.

Sebaik pihak lawan menguasai bola, maka bermulalah kitaran yang sama kita lihat seperti musim lepas :

Nismilan buat game melalui midfield tapi tak jadi ---> main long ball ---> hilang bola dan diasak ---> bersusah payah untuk regain posession ---> main long ball

Kitaran inilah yang membinasakan kita. Se tortinggal satu lagi perkaro. 

Bad! Ekau kono practice la ekau punyo kicking. Hancur poit! Jangan kocik hati pulak. Jangan tetibo sound se soh se main pulak. Tak adil la. Ekau dah professional. Training bertahun. Tak samo la taraf kicking kito. Kok kau nak soh se edit video kahwin buleh la se buek. Se harap sangat ekau dapek practice lobih kicking kau ni. Dari musim lopeh laie se poratikan. Start besok tau kau practice. Jumaat dah ado game laie ni.

SECOND HALF : 

Eddy menggantikan Shoufiq.

 Nismilan memulakan separuh masa kedua dengan acah-acah garang dengan melakukan beberapa siri serangan yang acah-acah merbahaya. Situasi ini berlanjutan lebih kurang 5 minit. Selepas itu, Shahrul dengan Zah terus meninggikan tempo permainan Felda. Pada ketika ini jugalah Sivakumar dan Puva semakin ontah papo ontah. Sobab si Zah ni handal bona gelecek bola, terpakso la Sivakumar mark dio. Bilo dah mark, position si Siva ni jadi lopong. Takdo sorang pun nak tolong cover. Maka beberapa siri serangan Felda dijalankan dengan modus operandi ini. Memperdayakan Sivakumar meninggalkan posisinya dan melakukan serangan dari tengah.

Nak dipendekkan cito, minit ke-72 Shukor Adan score. Daripada corner kot. Takpun free kick. Tak berapo ingat dah se. Shahrul cross ke far post, tah sapo tah tanduk ke tongah balik, Bad topih toghuih poie kek kaki Shukor, solosai. 1-0 kepado Felda.

Sampai sini sahaja setakat ini. Banyak lagi isu yang boleh dibincangkan lagi tetapi kita kena beri peluang kepada Coach Sundramoorthy untuk membentuk pasukan Nismilan ini se'ideal' yang boleh mengikut kehendak beliau. Sedangkan David Moyes pun belum serasi dengan Manchester United setelah lebih separuh musim, inikan pula V. Sundramoorthy pada perlawanan kompetitif pertama beliau.

To Coach Sundramoorthy, today's game was terrible. Absolutely terrible. We SYS really hope that the teams' performance would change dramatically this Friday. For the time being, we don't really care about the results. Just show us a good performance. Tell the players to perform at their very best for us fans because we pay good money to watch our team play. To play well that is coach. So, we are really looking forward to kick off our league campaign this Friday. We hope that you and the team would perform well.

Sekian,
MUSUHNYA HABIS BINASA!