Friday 14 February 2014

Kedah 0-1 Nismilan (Matchday 5)

First of all (cewaaahhh) I would like to thank the admin of the n9futbol.com for re-posting my blog on their facebook page. 

Jadi, kita terus sahaja ke ulasan perlawanan. Disebabkan urusan kerja, sey cumo dapek tengok bilo second half start.

Coach VS masih mengekalkan formasi 4-1-4-1. Masih tiada perubahan kesebelasan utama daripada perlawanan bertemu Felda Utd tempoh hari.

SECOND HALF :

Oleh kerana bermain di tempat sendiri, Kedah lebih rancak melakukan serangan. Pasukan Kedah berjaya memnggegar garang Nismilan pada minit ke 53 namun dibatalkan kerana offside.

Nismilan masih mengekalkan cara bermain long ball dengan hantaran jauh daripada Halim cuba mencari Effa, Eddy, dan Shoufiq. Namun hantaran Halim kerap tersasar dan tidak tepat. Sey ghaso Nismilan lobih bahayo kalau melancarkan sorangan melalui darat dan bukan udara. Namun kita percaya Coach VS lebih mengenali pemain dan pasukan beliau.

Pada minit ke 58, Nismilan mendapat sepakan penjuru setelah Effa melepaskan peluang untuk menjaringkan gol ketika berlakunya situasi kelam-kabut di dalam kotak penalti Kedah. Eddy mengambil sepakan penjuru, tepat kepada kepal Effa, gawang Kedah bergegar. Nismilan mendahului perlawanan.

Permainan seakan hambar selepas itu sehinggalah berlaku insiden di dalam kotak penalti Nismilan apabila Kim dikatakan telah disiku oleh pemain import Kedah. Namun pengadil sekadar melayangkan kad kuning. Hairan bukan?   

Serangan Kedah kerapkali berjaya dipatahkan oleh Nismilan di bahagian tengah padang. Bukan kerana keampuhan midfield kita, tetapi kerana passing mereka yang kurang berkualiti dan tidak tepat.

Nismilan mendapat sepakan percuma di tengah padang setelah Kim dijatuhkan. Angah mengambil sepakan dan melambungkan bola kepada Effa yang berada di dalam kotak penalti Kedah. Effa mendada untuk mengawal, tidak dikawal,  melepaskan half volley, namun tersasar. Jika Effa tahu beliau mempunyai masa yang banyak, pasti beliau mampu menggegar jaring untuk kali kedua.

Eddy out, Puva in. Halim out due to head injury, Nantha in.

Coach VS memadatkan lagi barisan tengah Nismilan untuk memberi cover yang lebih untuk Nantha. Kedah masih lagi gagal melancarkan serangan berbahaya kepada Nismilan buat masa ini.

Minit ke 80, Nismilan mendapat sepakan percuma dari jarak 30 ela. Effa membuat rembatan terus namun dapat ditangkap kemas oleh penjaga gol Kedah, Muhaimin.

Pada minit ke 86, serangan Kedah menjadi. through ball daripada midfield KEdah berjaya membuka kunci pertahanan Nismilan(kunci portahanan yo tak? Dah saing-saing Hasbullah Awang dah). Faizal Abu Bakar melepaskan rembatan dan menggegar...palang Nismilan (nervous tak? keh keh keh)

Nismilan berjaya melengahkan masa perlawanan yang berbaki untuk muncul pemenang di Alor Setar. 3 mata berharga dibawa pulang setelah kecewa di bumi Sabah.

PERBINCANGAN :

Hantaran-hantaran jauh yang kerap dilakukan untuk Effa masih lagi dilihat tidak cukup untuk menggentarkan lawan (dari pandangan mato se la). Peratusan untuk pasukan Nismilan terus menguasai bola di final third pihak lawan masih 50-50 kerana knock down/flick on Effa jarang tepat kepada rakan sepasukan.

If VS could mix our attacking style a bit, it would've been more effective. The long balls by Halim and Angah being mixed with Siva's brilliant ability to play the quick one-two's in the opponents final third could put the opponents defence in tremendous pressure.

Pujian harus diberikan kepada pemain berjersi hijau dan bernombor 28. Shafiq ghaso eh la namo deh. Kerap mengkucar-kacirkan pertahanan Nismilan. Bijak membuat larian daripada bahagian kiri untuk masuk ke tengah. Dengan mudah melepasi kekangan Eddy, Nizam, dan Halim. Beliau juga turut menjaringkan gol tetapi dibatalkan kerana offside.

Serangan Kedah yang gagal berhasil mungkin faktor utamanya disebabkan oleh ketiadaan Badrol. Nismilan seharusnya menarik nafas lega kerana barisan tengah pasukan Kedah gagal merencanakan permainan mereka dengan sehabis baik.

Halim sekali lagi mempamerkan persembahan yang meyakinkan dari segi bertahan. Kerap kali beliau mematahkan serangan pasukan Kedah dan memberi perlindungan yang hampir sempurna kepada back fournya.

Barisan pertahanan Nismilan pula dilihat agak ampuh. Mungkin kerana tidak banyak serangan berbahaya yang berjaya dilancarkan pasukan Kedah. Nizam dilihat semakin berkeyakin untuk menggalas tugas right back. Tidak lagi melakukan kesilapan mudah.

K.Nanthakumar. Beliau menggantikan Halim yang tercedera. Begitu efficient dalam menangani hantaran tinggi daripada pasukan Kedah. Calm and composed. Terserlah pengalamannya. Puva, Shoufiq, Siva, dan Kim turut membantu Nantha ketika Kedah melancarkan serangan.

Ingat! Segalo yang sey 'carut' an ni bordasarkan persembahan second half yo.

Last but not least, mungkin Coach VS memang mengarahkan pemainnya bertahan di akhir-akhir perlawanan. Perkara ini terjadi juga ketika menentang Felda di Paroi. Ontah la, sey laie suko kalau kito kill the game. Tapi kok nak ikut kopalo sey yo tak buleh la kan? Kono buek yang terbaik untuk team la.

Keseluruhannya, perlawanan yang tidak mencapai piawaiannya. Sekadar 'OK'. Namun, 3 mata yang amat-amat berharga untuk Nismilan kembali beraksi dalam Liga Super musim depan berjaya dikutip. Itu yang penting.

P/S : Sey harap admin n9futbol terus me're-post' entry-entry sey kek page fb deh. Keh keh keh.
  

Sekian.
MUSUHNYA HABIS BINASA!

SYS.

Saturday 8 February 2014

Nismilan 2-1 Felda Utd (Matchday 3)

Misi balas dendam setelah diaibkan pada perlawanan pusingan pertama Piala FA bulan lalu, berjaya dicapai skuad hobin jang hobin. Heh! Macam buek story kek Berito Harian!

Sekali lagi Coach Sundramoorthy menggunakan formasi 4-1-4-1 tetapi dengan sedikit perubahan yang agak positif. Halim diletakkan sebagai anchor man di hadapan back four untuk mengekang asakan Felda dari tengah. Kim diletakkan di belakang lone striker iaitu Effa.

FIRST HALF :

Skuad Nismilan bermula garang (Sekali lagi elemen-elemen akhbar digunakan untuk memancing senyuman pembaca). Bermain secara direct, dengan membuat long pass/through ball kepada Effa untuk diterjemahkan kepada gol.

Pada minit ke-10, Halim membuat hantaran tinggi kepada Effa dari bahagian tengah padang. Effa mendada bola tersebut, dismissing the defender with his strength, tetapi percubaan beliau berjaya diselamatkan Farizal.

Caro ni jadi sobab Felda punyo defensive line agak tinggi sepanjang perlawanan. Kot Effa, Kim, Eddy dongan Shoufiq buleh lari laie laju, mungkin dah solosai awal game tadi.

Pada minit ke-20, Shoufiq dijatuhkan di luar kotak penalti setelah membuat larian berbahaya daripada bahagian kiri. Effa mengambil sepakan percuma tersebut. Benteng Felda melompat. Effa menendang leret dan padu. Farizal gagal menyelamatkan bola. Bola menerjah jaring. Ala Ronaldinho/Messi.


Felda turut melakukan beberapa siri serangan, namun keampuhan pertahanan dan anchor man Nismilan (walaupun kadang-kadang buat mistake budak sekolah) harus dipuji. Jentera sayap Felda tidak begitu menyengat. Serangan Felda cuma berjaya apabila melakukan serangan dari tengah dan membuat beberapa short passes di luar kotak penalti untuk mengkucar-kacirkan pertahanan Nismilan. Itu pun tadi diorang banyak try dari luar kotak penalti. Bilo diorang dah dapek masuk kotak penalti, si Alexander, Angah dongan Halim pulak akan block percubaan diorang.

Ketika ini, se dapat lihat bahawa formasi 4-1-4-1 ini akan menghadapi masalah jika Halim di'out numbered' di posisi beliau dan Kim serta Siva lambat turun membantu Halim.

Minit ke-32, Fauzi Nan yang bermain sebagai left back membuat hantaran terus kepada Effa. Effa cushions a header down for Siva who was on his left. Siva's first touch to bring the ball into control was a side step against Shukor Adan. Shukor lost his footing. Siva wraps his foot around the ball from 25 yards. The ball curves and looped over Farizal. A magical goal! It was just magic!

Nismilan mempersembahkan permainan yang hampir sempurna pada separuh masa pertama. Menguasai sebahagian besar permainan dan berjaya mengekang serangan Felda. Playmaker Felda iaitu Zah juga tidak banyak memberikan sumbangan kepada pasukan.


SECOND HALF :

Untuk 11 minit pertama di separuh masa kedua, perlawanan masih seperti pada separuh masa pertama. Tetapi pada minit ke-56, Irfan Bakti membuat dua pertukaran. Mengeluarkan K.Soley dan tah sapo tah sorang lagi, lalu menggantikan mereka dengan Indra Putra dan tah sapo tah sorang lagi II.

Dua pertukaran inilah merupakan pivotal point untuk Felda dalam perlawanan tadi. Indra kini bermain di sayap kiri dan Shukor ditolak ke central midfield. Bermulalah mimpi ngeri Halim. Walaupun Shukor dan Indra mempunyai posisi masing-masing, dek kerana kebijaksanaan Irfan Bakti, entah bagaimana, Irfan seakan-akan memberikan Zah, Indra, dan Shukor free role. 

Setau se la, satu team yo yang buleh main dongan ado tigo pemain yang free role. Barcelona. Felda tadi buleh samo taraf dongan Barca kalau passing diorang lobih berkualiti.

Walaupun jarang mengawal permainan, jarang menguasai bola, ada satu lagi moment of near magic daripada Nizam. Dari jarak 45 ela, beliau terlihat Farizal berada agak jauh dari garisan gol. Nizam lalu membuat percubaan terus ke arah gol namun palang menjadi penyelamat untuk Felda. Walaupun ada yang menganggap beliau cuma ingin membuat hantaran kepada Effa, namun arah dan kelajuan bola yang se tengok tadi mungkin boleh menyangkal anggapan-anggapan ini.


Ingat tak se ado cakap tadi kalau Halim di'out numbered', Nismilan akan menghadapi masalah? Kalau se buleh nampak, takkan la Irfan Bakti yang handa bona tu tak nampak yo tak?

Maka pada minit ke-68, Indra berjaya menjaringkan gol untuk Felda.Alexander berjaya menghalang percubaan pertama daripada penyerang Felda, namun bola tersebut terus disambar Indra untuk merapatkan kedudukan.

Serangan tiga serangkai yang kerap membuatkan Halim, Alexander dan Angah termengah-mengah mencuri nafas terus giat dilancarkan. Zah, Indra, dan Shukor bergilir-gilir menyusahkan hidup Halim. Kalau se la jadi Halim tadi, maun se belakon kono cirit-birit kek tongah padang tu. Tak dayo do nak jago tigo orang!
 

Felda merancakkan lagi serangan mereka selepas itu dan Nismilan langsung gagal menguasai permainan. Nismilan menghabiskan perlawanan dengan bertahan dan 'kesengsaraan' penonton bertukar menjadi kelegaan apabila pengadil meniup wisel penamat untuk membolehkan Nismilan mengutip 3 mata penuh.

PERBINCANGAN :

Se takdo masalah langsung dongan formation dan taktik 4-1-4-1 ni. Cumo yang jadi masalah, player kito tak dapek nak main macam first half tadi untuk 90 minit.


Setiap taktikal pasti ada kelemahannya. Irfan Bakti berjaya mengesan kelemahan tersebut dan mengeksploitasinya. Mujur Nismilan tidak dibolosi untuk kali kedua tadi.

Mungkin setelah minit ke-60, pertukaran harus dibuat. Kim boleh dikeluarkan dan digantikan Nantha atau Redzuan. Nantha boleh berganding dengan Halim di hadapan back four kita. Kok tak suko kek Nantha, Angah pun boleh main DM samo dongan Halim. Lotak an si Redzuan kek central defence. Ini opinion se yo. Mungkin kalau coach buek macam ni tadi, kito kalah pulak 2-21 kan? Jadi game badminton pulak ponyudah eh kek STAR tadi.

Effa juga kelihatan penat di penghujung perlawanan. Kaplan mungkin boleh dimasukkan sebaik sahaja Indra menjaringkan gol untuk menggantikan Effa.  

Dalam 10 minit terakhir tadi, Coach Sundramoorthy ada menunjukkan reaksi tidak puas hati. Tidak berpuas hati dengan pemainnya kerana melakukan kesilapan, atau tidak berpuas hati dengan keseluruhan pasukan kerana tidak melaksanakan arahannya, itu yang kita tak tahu.

Yang pasti, pemain gagal melaksanakan game play yang diingini untuk tempoh 90 minit.

Apo-apo pun, monang totap monang. Tigo mato dah dapek. Duo monang dari tigo perlawanan dan masih bolum kalah. So far, so good. Keep it up guys! Hobin kek Likas pulak lopeh ni!

Sekian,
MUSUHNYA HABIS BINASA!

SYS.