Sunday 16 October 2011

Nismilan 3-0 Felda Utd (aet)

Alhamdulillah kita ke separuh akhir.

PAROI, 14 OKTOBER - Negeri Sembilan berjaya melangkah ke separuh akhir setelah berjaya menewaskan Felda Utd dengan 3-0 di sini. Namun, Negeri Sembilan memerlukan masa tambahan untuk memastikan tempat ke separuh akhir adalah milik mereka setelah sekadar mendahului 1-0 sebaik tamat 90 minit untuk mengikat kedudukan aggregate 1-1.

Maaaannggaaaaiiihhh! Macam tongah baco paper kosmo! yo x? Hahah. Ese borsyukur Nismilan monang marin. Tahniah buek pasukan, tahniah buek coach, dan tahniah jugak buek penyokong! Kot ado rombongan poie KT selaso ni koba kek se yo? Tinggal an maklumat kek ruangan komen tu.

Apo jadi kek Nismilan kalau
mamat botak tapi power ni blah nanti?

Menurut pondapat se, Nismilan monang sobab ado 3 hero marin. Hai-O (sobab jaringkan duo gol), Kuna (2 gol yang dijaringkan adolah berpunco dari dio), dan Aidil (dio ni dah buleh main bola kek luar negaro dah. Handa bona!)

Gol keduo Hai-O memang cantik poit! World class! Kuna cross, Hai-O dapek free header, bola poie top corner! Yang buek kurang happy marin adolah Zamani injured. Tak tau la siku tekehel ko, bahu tercabut ko. Maklum la, ese dok kek tompek penyokong. Kot ese dalam padang, tau la ese apo injured deh.

Semenyih Ekspres (menurut Zainal
Abidin Rawop)

Satu lagi tulang belakang Nismilan. Diturunkan sebagai winger,kemudian sebagai pertahanan, dan kembali sebagai winger. Minggu lopeh ado ese cito pasal Kuna ni main defend, Coach Azraai baco blog ese ko? Hahah. Se harap coach sodar yang Kuna ni paling seleso main sebagai winger. Kalau bukan sobab dio yang rembat bola waktu extra time marin, tak dapek Idris score, tak dapek kito tengok ramai-ramai pemain Nismilan jadi Pocong. Kalau bukan sobab dio yang cross dari kiri, tak dapek Hai-O score duo bijik. Tapi Coach lobih tahu team dari ese. Ese luah an pondapat yo. Koputusan kek Coach.

Idris Karim. Playmaker Nismilian 
malam marin.

Kalau nak banding an dongan Shukor, Idris ni jauh laie baik. Boto ni! Ketenangan beliau, hantaran pendek yang tepat, serta gerakan bola yang membuahkan hasil banyak membantu jentera serangan Nismilan menunjukkan potensi sebenar mereka. Kalau takdo dio ni, maun monguap ese kek tompek duduk penyokong malam marin. Dah buleh bagi pangkat Kesatria dah deh ni. Main dh roman ala-ala Xabi Alonso la marin. Hahah. Walaupun se golak,namun se serius! Memang ghoman Xabi Alonso deh main.

Walaupun monang, ado duo kojadian yang kurang menyodapkan badan. 

1. Fakri dimasuk an lopeh tu dikeluar an.
    - Adakah ini memang perukaran taktikal demi meletihkan full back Felda Utd? Mengapa tidak dikekalkan Kuna sebagai winger dan memasukkan Qayyum serta-merta? Tapi ese dapek raso yang malam tadi merupokan tactical change yang amat bernas sobab full back Felda dah mulo biaso dongan caro Fakri, tetibo pulak diorang kono jago Kuna. Maun tak gatal kepalo dorang. 

2. Zaquan diturunkan.
    - Ese tak tau la dio ni dah fully fit ko bolun. Ese ado dongar cito yang maso friendly marin (lawan apo tah), Zaquan diturun an. Tapi menurut prestasi beliau malam marin. Joleh,nyato serta torang laie borsuluh beliau masih bolum match fit laie. Ataupun time warm up dio terinjured balik? Beliau merupakan liabiliti kepada pasukan kerana tidak dapat beraksi dengan baik. Pendapat se, King patut eh dikokalkan dalam game. Ataupun King yang injured sobab tu Zaquan masuk? Ontah lah. Ese nak mintak pas la dok topi padang! Sonanh nak tulih cito. Tak do la banyak na komungkinan eh! Hahah

Akhir kata, Kelantan kalah! Ese hepi bona! Kot dapek poie final, torjamin la sket nyawo. Hahah. Ese berharap yang Nismilan mampu menewaskan T-Team dan seterusnya layak ke final untuk kali ketiga berturut-turut. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment