Tuesday 5 December 2017

LIGA SUPER : Hala tuju Nismilan

Meriah betul suasana di negeri beradat ni sejak Nismilan diumum naik ke Liga Super musim depan. Tidak lagi bernafas dalam lumpur. Terasa bagai menghirup udara segar sebelum embun di hujung rumput disejat terik mentari. Belum kira mantai malam semalam sempena menyambut kehadiran semula Nismilan di Liga Super. Adalah sesuatu yang wajar untuk meraikan berita ini. Setelah setengah dekad Sekalian Yang Setia berkejaran pada hari Jumaat untuk tiba ke STAR demi menyaksikan pasukan kesayangan beraksi, musim depan tiada lagi. Dengan santainya kita semua boleh turun ke STAR tanpa perlu terkejar-kejar. Nak ber'away day' pun senang. Tiada lagi golongan yang sakit perut, pening kepala, tayar motor pancit, kereta tak boleh start, pada hari perlawanan selepas ini. Betul tak?

Khabarnya, persiapan Nismilan untuk musim depan hampir siap sepenuhnya. Ini petunjuk positif. Jadi apa target Nismilan musim depan? Adakah kita akan mencabar kejuaraan liga? Ataupun merangkul Piala FA atau Piala Malaysia? Atau nak sapu semua sekali?

Realistiknya, berdasarkan pemain yang kekal dan dikhabarkan menyertai Nismilan, berada di mid table pada penghujung musim depan adalah mencukupi. Bukan lah bererti pemain boleh beraksi sambil lewa. Tidak! Tetapi pasukan perlu distabilkan untuk kembali mencabar kejuaraan pada masa akan datang. Kejayaan dalam bola sepak tidak pernah datang bergolek. Sifat sabar dan tidak putus asa perlu diiringi dengan harapan untuk berjaya. Kalau nak tau lebih lanjut tentang erti sabar ni, tanyalah penyokong Liverpool.

Untuk saingan Piala FA dan Piala Malaysia pula, tiada masalah untuk mara sejauh mungkin sekiranya kedudukan di Liga Super sudah kukuh. Nampak tak hubung kait dia? Kalau Liga Super pun mencungap esok, tak payah la beriya sangat nak pergi jauh dalam Piala Malaysia. Pasukan gergasi dunia pun realistik dalam mencapai target mereka, berdasarkan pemain dan kedudukan mereka dalam liga. Itu belum kira pemain injured, suspended.

Kecederaan kepada pemain memang tak dapat dielakkan. Tapi kita boleh cuba sehabis baik untuk mengelakkan ia berlaku. Selebihnya kita serah kepada qada' dan qadar. Mengamalkan squad rotation antara langkah penting untuk mengelakkan pemain cedera atau keletihan. Jika musim lepas, Nismilan dilihat tidak mempunyai squad depth untuk mengamalkan perkara ini, berdasarkan pemain yang sedia ada dan  dikhabarkan menyertai Nismilan musim ini, seakan-akan perkara ini mampu diamalkan. Secara tidak langsung, pemain sedia ada mampu diberi rehat yang lebih apabila tibanya musim jadual padat. Liga kita mana pernah jadual tak padat. Tak gitu?

Dengan hype yang ada sekarang ni, tak mustahil perlawanan pertama di STAR musim depan akan menjanjikan suasana meriah. Selain daripada mengekalkan momentum kemenangan untuk menarik penonton ke stadium, corak permainan yang menarik dan agresif perlu dipamerkan oleh pasukan. Den boleh cadang je la benda-benda macam ni. End of the day, barisan kejurulatihan yang akan buat keputusan. Kenapa den bagi cadangan ni? Lihat sahaja pasukan Kedah ketika musim terakhir mereka di Liga Perdana. Corak permainan menarik dan possession football mereka berjaya menarik penyokong untuk memenuhkan stadium dan rata-ratanya kekal sehingga kini. Takkan la Nismilan dan penyokongnya tak boleh buat macam tu?

Perkara terakhir ialah jadikan STAR kubu kita! Pastikan setiap lawan yang akan bertandang ke STAR berasa gerun. Lihat JDT, berapa puluh perlawanan mereka tidak tewas di Larkin? Lawan yang bertandang ke stadium mereka sedikit sebanyak pasti mentally distracted dengan rekod tersebut. Sebelum mula perlawanan, mereka dah menang secara psikologi ke atas pihak lawan. Kelebihan-kelebihan macam ni yang kita mahukan.

KESIMPULAN :
Untuk berjaya dalam bola sepak, semua pihak harus mainkan peranan. Apa peranan penyokong macam kita? Terus bagi sokongan kepada pasukan. Kritik lah jika mahu. Maki lah jika perlu. Yang penting sokongan tetap perlu diberikan. Dalam memberi sokongan, jangan dipadamkan harapan untuk menang. Sebab tanpa harapan, mungkin Nismilan tak naik pun Liga Super musim depan. Begitulah pentingnya harapan ni.

Berdasarkan pemain yang ada sekarang, jujurnya den memang tak sabar untuk saingan liga bermula musim depan. Korang ni semua dah tahu ke belum line-up Nismilan musim depan ni? Kalau belum, tunggu la 20 haribulan ni. PBNS akan buat majlis pelancaran pasukan dan jersi baru. Tapi tak pasti la sama ada penyokong boleh datang ke tak. Kita tunggu la nanti.

P/S : Dah main hari Sabtu ni janganlah bagi alasan tak turun stadium pulak. Rugi tahu tak?

Sekian,
MUSUHNYA HABIS BINASA!
Kid.

Thursday 23 November 2017

Pemain mana yang Nismilan ambil untuk musim depan

Ketika semua pasukan Malaysia sibuk dengan urusan perpindahan pemain bagi menghadapi saingan liga musim depan, Nismilan pula senyap tanpa membuat sebarang pengumuman pengambilan pemain. Beberapa pemain musim lepas telah pun mengesahkan mereka meninggalkan skuad Hobin Jang Hobin, antaranya Sean Eugene, Shazlan Alias, dan kesemua import. Pemain pertahanannya Annas Rahmat pula telah sah disunting PKNS FC. Maka tertanya-tanyalah penyokong apakah Nismilan tidak mempersiapkan pasukan?

Tenang. Den tampil untuk menjelaskan perkara sebenar agar penyokong tidak lagi runsing dengan isu ini.

Mustahil Nismilan tak persiapkan pasukan. Berita baiknya ialah bajet yang disediakan untuk saingan liga musim depan. Malah, peruntukkan yang disediakan juga sedikit lebih tinggi berbanding musim lepas. Makanya, pemain lebih berkualiti dapat dibawa masuk. Bukankah kita juga yang bising musim lepas dengan pelbagai komen dan kritik mengatakan Nismilan tidak mempunyai squad depth yang tinggi untuk tangani masalah kecederaan yang dialami musim lepas?

Lebih menarik, PBNS juga sedar dengan kelemahan bahagian midfield musim lepas. Melepaskan Annas dan Shazlan juga turut melemahkan bahagian pertahanan. Maka, beberapa pemain pertahanan turut dibawa masuk. Tetapi, pemain yang dibawa masuk ini bukanlah superstar yang kita dambakan. Kita harus ukur baju di badan sendiri. Takkanlah Stoke City, Crystal Palace ataupun Watford nak menggajikan Lionel Messi, Cristiano Ronaldo ataupun Paul Pogba. Bukannya tidak mampu, tapi apalah erti menjanjikan bulan dan bintang, lepas tu gaji pun tak bayar? Tak ke aib namanya tu? Bola sepak adalah perniagaan dan tiada peniaga yang mahu rugi.

Jadi, ciri pertama yang perlu ada pada pemain baru ialah, menepati bajet.

Apabila gaji tidak terlalu tinggi, secara tidak langsung pemain yang hanya benar-benar ingin bermain untuk pasukan berjaya dipilih. Haa, ini namanya 'killing two birds with one stone'. Tak faham? Serampang dua mata la. Jadi, tiada isu pemain yang bermain kerana duit. Bukankah lebih professional bunyinya?

Nismilan turut mempunyai beberapa pemain idaman yang ingin dibawa masuk. Namun, kebiasaannya pemain-pemain berkualiti ini mempunyai kontrak dengan pasukan lain. Justeru menyukarkan proses pemindahan. Azam Azih antara calon yang paling layak untuk galas tanggungjawab bermain di midfield Nismilan. Malangnya, Pahang telah ikat kontrak jangka panjang dengan beliau. Azam ni pandangan den yo la. Jangan buat spekulasi liar pulak cakap Nismilan ada mencuba untuk dapatkan pemain ini. Kalau nak tebus kontrak macam terlalu stylo pulak dan Nismilan pula merupakan pasukan yang sentiasa low profile. Kalau kewangan Nismilan dah setaraf JDT, itu lain cerita.

Antara cara lain untuk atasi masalah ini ialah dengan memasuki transfer market dengan lebih awal. Untuk musim lepas dan musim depan, inilah yang dilakukan Nismilan. Persiapan awal perlu dibuat untuk bentuk pasukan mantap. Bila persiapan dah dibuat, terpulang kepada jurulatih dan pemain untuk capai misi yang ditetapkan.

Selain itu, tahap kecergasan pemain juga diambil kira. Nanti penyokong juga yang bising, tak buat research ke? Rugi bayar gaji mahal-mahal tapi injured, ngabih an bogheh! Tak payah nak senyum sendiri sangat, den donga ayat-ayat ini selalu berkumandang kek stadium. Malah, den merupakan salah seorang yang melontarkan kata-kata sebegini juga. Hahaha. Takkan kita nak kes Khyril Muhymeen berulang lagi, betul?

Tapi harus diingat, kecederaan ni tak boleh dijangka. Kalau tiba-tiba ketika sesi latihan hamstring ketat ke, terkehel lutut atau buku lali ke, nak buat macam mana? Kita berusaha untuk yang terbaik, tetapi tetap kena percaya pada qada' dan qadar. Haa, kau jangan sampai den pakai ketayap tarbiyahkan kau!

Untuk pemain import pula, selain daripada kedua-dua perkara di atas, mereka turut wajib hadiri trial dengan Nismilan. Den setuju sangat perkara ini diamalkan. Ini kalau setakat tengok video kat Youtube, den pun boleh main liga professional! Tapi den faham, untuk hantar scout team ke luar negara mencari pemain amat tinggi kosnya. Kalau gaji pun sangkut, jangan la nak sembang pasal scout ni. Ini secara amnya, bukan khusus kepada Nismilan tau! Nismilan gaji tak sangkut!

Kalau kita lihat secara lebih terperinci, juara Liga Super 4 kali berturut-turut, JDT yang mempunyai scout team sendiri pun beberapa kali gagal dapatkan pemain import yang benar-benar berkualiti, walaupun berbelanja besar. Tidak mustahil pemain-pemain yang kurang menureh ini telah di oversell oleh agent mereka. Kenapa contoh JDT? Sebab merekalah benchmark Liga Malaysia buat masa ini.

Berbalik kepada topik trial tadi, kalau dah datang trial, barisan kejurulatihan pasti boleh nilai dengan lebih baik kemampuan pemain import tersebut. Kalau tengok video atau percaya bulat-bulat kata agent, jadilah kes macam Philani ke Fellaini dulu tu yang main 1 game selama 15 minit je kalau tak silap. Tak berbaloi la macam tu.

Walaupun pemain tersebut dikhabarkan lebih hebat daripada Messi sekalipun dan menepati bajet, tetap kena trial. Namun, sekiranya pemain tersebut pernah bermain dalam Liga Malaysia, lebih mudah lah untuk buat penilaian dan tak perlulah beriya buat trial. Kalau Andik ke Ghaddar atau Liridon yang memang satu Malaysia dah kenal, tak payah buat trial pun tak apa sebab kita dah tahu kemampuan dia. Ini contoh je, jangan ingat diorang bertiga ni nak datang Nismilan pulak. Kot penyokong nak pomain macam ni, keluar an duit epf mo tabung haji tu bayar gaji diorang.

Berhubung dengan tiada langsung berita memancing pemain ini, pada pendapat den, sebab tak nak di'sailang' pasukan lain. Pada den, ini juga langkah bijak. Tak perlu kita war-warkan cuba dapatkan pemain A tetapi kesudahannya, pasukan lain yang berjaya dapatkan khidmat pemain tersebut.

KESIMPULAN : 

Untuk menuduh persiapan Nismilan tidak mantap, sangat tidak tepat. Pihak terlibat telah laksanakan tugas yang diberi sebaik mungkin berdasarkan beberapa ciri yang den dah sampaikan tadi. Tidak dinafikan, sekiranya kewangan kita lebih kukuh, pasti kita boleh bawa pemain yang kita idamkan tanpa banyak usaha.

Seperkara lagi, kita main di Liga Perdana. Tarikan tu kurang la sikit. Ada ke pemain yang kita idamkan nak beraksi di liga ini? Kalau beraksi di Liga Super, setidaknya adalah juga peluang untuk dapat panggilan menyarung jersi kebangsaan.

Jadi, siapakah pemain yang berjaya Nismilan dapatkan untuk saingan liga musim depan? Tidak dapat den dedahkan. Kita kena hormat dan tunggu pengumuman rasmi daripada PBNS. Tetapi rasanya ada beberapa pemain yang dah maklumkan pun tentang penyertaan mereka ke Nismilan melalui media sosial. Itu hak mereka lah. Den tetap tak boleh langgar janji dan prinsip den. 

P/S : Felda United dan Terengganu FC II tidak akan kekal di Liga Super. Adakah FMLLP akan kekalkan hanya 10 kelab di Liga Super atau...? Sama-sama kita tunggu.


Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!

Kid.