Monday 31 October 2011

Hai-O berhijrah? Baddrol ke Nismilan?

Hai-O setelah menjaringkan gol kemenangan Nismilan
pada Sabtu lalu.

Mungkin ramai dah dengar khabar angin bahawa penyerang prolifik Nismilan iaitu Hairuddin Omar akan berhijrah musim depan. Dongar cerito eh, nak poie ATM. Menurut jurulatih Azraai Khor, pihak PBNS telah menawarkan kontrak baru kepada beliau dan kini hanya menunggu jawapan daripada Hai-O. 

Sebagai peminat Nismilan, sodih tu memang ado kalau Hai-O pindah. Tapi momandangkan usio eh yang dah tak mudo, se sebagai peminat faham kalau dio pindah sobab tawaran yang lumayan. Kepada Hai-O se ucapkan terimo kasih banyak-banyak dan semoga berjayo pado maso akan datang.

Pendapat aku, MASALAH UTAMA Nismilan sekarang bukanlah kehilangan Hai-O. Striker Nismilan banyak pada aku (selagi tak ada injury crisis macam awal season hari tu).

MASALAH UTAMA Nismilan berada pada bahagian tengah mereka iaitu central midfield mereka.

Shukor*, Idris, Mahathevan, Halim, Zamani*,dan Qhairul*. (* - turut boleh bermain sebgai pertahanan)

Playmaker utama Nismilan ialah Boss (Idris) dan juga Shukor. Masing-masing dah 30 lebih umurnya. Maknanya, khidmat mereka kepada kita memang tak lama lagi. Justeru yang akan mengganti mereka ialah Maha dan Halim. Pada aku belum cukup mantap untuk bersaing mendapatkan kejuaraan. Nismilan memerlukan seorang midfielder yang bukan sahaja mampu untuk mengawal tempo perlawanan malahan juga boleh membuat larian berbahaya ke dalam kotak penalti lawan dan menjaringkan gol. Antara calon yang aku cadangkan ialah :

Baddrol Bakhtiar

Sedar tak bahawa beliau ni sangatlah power? Aku ada dengar rumors mengatakan Nismilan ingin memancing beliau. Kalau betul,harap-harap dapat. Beliau boleh bermain di kedua-dua belah sayap, di belakang striker dan sebagai striker pun boleh. Dia kan power. Apa ada hal? Bukti kepoweran beliau :


Calon kedua ialah :

Kenal?

Disebabkan beliau ni dah famous, malas la aku nak komen banyak. Video dia pun berlambak dekat youtube. Pergi la cari sendiri. Tapi aku lebih prefer Baddrol daripada beliau ni. Jangan tanya kenapa. Aku sendiri tak tahu jawapan dia.

Khabar angin mengatakan bahawa PBNS akan menggunakan khidmat 2 pemain import. Aku pun tak tahu siapa dan apakah posisi mereka. Kalau midfield, harap-harap adalah ciri-ciri attacking midfielder yang berkualiti. Barulah mantap Nismilan nanti. Kiri,kanan dongan tongah bahayo. Kompom cirit defender lawan nak menjago eh. 

Akhir kata, tak boleh ke season Liga Super start hujung minggu ni? Sangap la tengok bolaaaaaaaaaa! Terpaksa layan BPL ke sampai tahun depan? Hadoooiiiihhhhh!

No comments:

Post a Comment