Monday 2 September 2013

Kelantan 2-3 Nismilan (Piala Malaysia 2013 - Matchday 4)


Nampaknya Nismilan masih lagi mampu menyumbat gol dan bermain secara positif dengan konsisten. Hal-hal sebegini menyebabkan kita berfikir apakah sebenarnya yang berlaku ketika saingan liga super berlangsung? Rasuah kah? Malas kah? Sengaja tidak ingin menang kah?

Seri dan kalah di Paroi untuk dua perlawanan tetapi menang 100% di pantai timur. Mungkin Nismilan boleh bermain dengan lebih baik jika dilabel sebagai underdog. Bermain tanpa tekanan memang sedikit sebanyak membuatkan pemain lebih selesa dan tidak takut akan caci maki daripada penyokong sekiranya membuat silap. Malah, jika membuat silap ketika bermain di tempat lawan, individu yang melakukan silap tersebut akan disorak dan ini akan menyumbang kepada peningkatan self confidence individu tersebut.

Maaannggaaihh! Macam jawab soalan esei nak jadi ponjawat awam yo tak? Memulo memang takdo raso nak mogah-mogah. Tapi cubo pikir an balik. 2/3 pantai timur Nismilan dah tawan poit! Kot la sekarang ni zaman Pak Kadok main betting lago-lago ayam, selambo yo Kolantan dongan Tongganu tu dah jadi milik Nismilan. 

Ok2. Tengok opening gol dari Siva pulak. Berapo gol dah mamat ni dalam Pialo Malaysia? 5? 6? 28? 56? check la sondiri.




Counter attack. A classic Nismilan goal. Memandangkan Nismilan masih lagi mengekalkan tradisi untuk memiliki pemain sayap yang super pantas iaitu Eddy dan Nazrin, maka serangan balas akan sentiasa menjadi salah satu arsenal Nismilan yang amat berbisa. Hantaran Fabio kepada Eddy memang exquisite, tetapi tidak world class seperti hantaran Halim kepada Nazrin ketika perlawanan ini dilangsungkan di Paroi.

Peranan Siva sebagai second striker semakin mantap. Ada ketikanya Siva seperti seorang poacher striker. Bijak membaca gerakan bola dan sentiasa anticipating bola akan sampai kepada beliau.




Sebelum Farhan beat Alif, adakah Siva yang sedang mengawasi beliau? Jika ya, tahniah Siva! Anda berjaya membantu Kelantan menjaringkan gol penyamaan. Seharusnya Siva meneruskan larian untuk mengekang pergerakan Farhan. Namun apakan daya. Memandangkan Alif telah pun commit awal untuk menghalang cross Farhan, secara lazimnya, Modibo dan Fadhli terpaksa compact kan bahagian tengah untuk menghalang larian Fakri. Disebabkan juga Fauzi sudah pun off position dari awal lagi, Fadhli terpaksa cover posisi Fauzi dan meninggalkan posisi full back nya. Justeru, menyebabkan Indra tidak dikawal dan melakukan penyudah.




Fakri!!! Se totap cakap dio power! Mampuih pi orang lain nak cakap apo. Daripada angle kamera yang boleh kita lihat, defensive line Nismilan cuba membuat perangkap offside. Namun dek kerana Alif ni hebat, beliau yang menyebabkan Fakri tidak offside untuk menyudahkan hantaran Farhan.

RESPECT Fakri sebab tak celebrate gol. Gua tetap peminat lu der. Lu nak balik Nismilan pun boleh. Gua terima. Orang lain gua tak tahu la.




Apo punyo klip la dapek banyak ni yo. Build up untuk gol tak tau cano. Haih. Nak uleh apo macam ni? makan kuaci yo la. Tak pun minum neskepe sambil layan suria hitam. 




Ini adalah antara salah satu peningkatan Nismilan yang kita semua patut lihat dengan lebih jelas. Set piece! Set piece dan dead ball situation adalah dua perkara yang berbeza. SANGAT-SANGAT BERBEZA! Dead ball situation ialah penalti, free-kick, corner kick. Set piece pula ialah perancangan atau taktik ketika memperoleh dead ball situation. 

Kalau daripada corner yang se selalu tengok, corner taker akan menghantar bola ke bahagian near post di mana Halim dan Modibo akan membuat larian ke bahagian tersebut untuk melakukan tandukan. Halim mempunyai tiga option jika berjaya mendapat hantaran tersebut :

a) menanduk terus ke arah gawang
b) melakukan dummy dan membiarkan Modibo menanduk bola tersebut ke arah gawang
c) flick bola tersebut ke dalam 6 yard box untuk rakan lain.

Set piece di atas pula dilakukan ketika Nismilan berada dalam keadaan yang selesa dan hanya ingin mempertahankan kedudukan jaringan. Dalam perlawanan ketika menentang Kelantan di Paroi, hantaran terus ke Fabio ada dilakukan ketika Nismilan telah pun menyamakan kedudukan sebelum Fabio dikeluarkan. Jadi, untuk menjaringkan gol daripada set piece di atas adalah bonus untuk Nismilan!

PENUTUP :

Untuk mengejar kejuaraan Piala Malaysia kali ini adalah terlalu ambitious pada pandangan se. Seeloknya edisi Piala Malaysia kali ini dijadikan platform yang kukuh untuk mengharungi saingan liga perdana musim depan. Apa yang Nismilan perlukan untuk memantapkan skuad ini ialah dengan menambah pemain pertahanan. Baik center back mahupun full back. 

Seorang defensive midfielder juga diperlukan untuk memberi perlindungan yang lebih kepada back four Nismilan. Kito pun tau kondisi lutut Zamani macam mano. Takkan nak pakso Halim main 140% tiap-tiap game. Boleh pendek karier deh. Last sekali, striker. Tak payah nak striker bertaraf kebangsaan pun takpo. Sekurang-kurangnya striker yang boleh score andai kato Fabio dongan Siva injured. Kito kono ado striker warganegaro Malaysia yang buleh score. Kalau tak, sampai tuo la Safee dongan Mat Yo main striker untuk Malaysia. Se dah tak maun dah moncarut dopan tv tengok diorang duo tu main.

Untuk objektif jangkamasa panjang pula, daripada mengejar takhta Piala Malaysia lebih elok dikejar Piala FA dan juara Liga Super. Jika salah satu (nak deduo pun buleh!) kejuaraan ini dirangkul, dapatlah Nismilan bermain untuk Piala AFC. Bukan nak menang sangat pun Piala AFC tu, tapi bila dah lawan pasukan luar, game play Nismilan akan lebih improve. Staf dan pemain at least dapat belajar sesuatu dari pasukan lain. Bila game play improve, pemain pun improve. Bila pemain improve, liga kita pun akan improve. Haa, nampak tak? Kalau dah improve, boleh la masuk kelayakan piala dunia. Takdo la asik nak sangkut kek qualifying for qualifying to the world cup!

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!









Monday 26 August 2013

Nismilan 3-5 Pahang (Piala Malaysia 2013 - Matchday 2)

Yaahh!!! Walaupun tewas kelmarin, tapi rata-rata bersetuju bahawa perlawanan di STAR malam itu amat-amat berbaloi untuk ditonton oleh setiap lapisan masyarakat. Sepanjang Liga Super tahun ini, punyo la payah Nismilan nak dapek gol, tapi Pialo Malaysia kali ni dalam duo game, dah 5 gol dah! 

Walaupun perlawanan malam tadi mengujakan terdapat juga kritikan-kritikan yang tidak membina langsung daripada segelintir waghieh yang ado kek stadium. 

"Defend tido ko?!"
"P***** punyo defend!"
"Defend tak guno!"

Ungkapan di atas adalah beberapa ungkapan yang diluahkan para penyokong yang dapek se donga la. 

Bagi peluang se kupeh sikit tang defend ni. Bukan 100% peratus salah mereka. Corak serangan yang digunakan Pahang amat-amat berkualiti! Mengetahui pertahanan Nismilan amat ampuh apabila Modibo berada di tengah, mereka bijak membuat larian mengelirukan untuk membawa Modibo ke bahagian full back dan menyebabkan kawasan pertahanan tengah Nismilan kosong demi memberi peluang yang lebih tinggi untuk menjaringkan gol. Selepas Nismilan menyamakan kedudukan, Pahang menjaringkan tiga gol berturut-turut dalam tempoh yang singkat hanya dengan cara ini.

Perkara ini boleh dielakkan sekiranya midfield dan wing kito dogheh turun untuk defend. Nazrin, Eddy, Zamani ternyata lambat memberi bantuan untuk memberi bantuan mengekang asakan lawan. Oleh kerana itu, Fadhil dan Fauzi kelihatan diperkotak-katikkan malah diperlekehkan oleh jentera serangan Pahang. Yo la, kalau dah dokek tompek Fauzi ado 3 orang Pahang, tapi dio sorang yo nak defend, mampuih la deh! 

Oleh kerana hal ini, se cakap sekali lagi yang taktikal Pahang ternyata SPOT ON! 

Satu laie yang boleh dikritik, lambek tuka player. Pasti ada sebab kenapa pertukaran pemain lambat dilakukan. Turning point game malam tu maso kedudukan 3-4. Kita boleh lihat ketika itu Zamani kelihatan agak letih dan tugas bertahan banyak dibantu oleh Halim. Pada ketika itulah seharusnya Zamani dikeluarkan bersama dengan Fauzi. Mungkin sobab takdo player agak eh, tu yang tak tuka tu kan? Takpo, bondo dah lopeh. Fokus game kelate pulok boh!

POSITIF :

Banyak yang berubah dalam masa yang singkat. Game play yang lebih positif, menjaringkan gol. Adakah sebab sedikit pertukaran di pihak pengurusan? Ontah lah. No komen!

Halim works his socks off in the game. Giving cover at his best to his back four and cleaning the mess that Zamani was supposed to clean. Played like a total warrior. Was able to read the game well. Intercepts passes that could initiate dangerous attacks by Pahang. The only shame in the match is that Nismilan lost. Halim was playing with his heart!!!

Sivanesan. Siva, Siva, Siva. Patut la dapat call up Harimau Muda! Has very high match awareness. Playing in the pocket just behind Fabio. Linking midfield and attack to cause problems for Pahang. Getting into good positions. Winning headers and flick-ons eventhough not the tallest player on the pitch. He was brilliant! Truly a revolution!

Fabio Lendro. Hmm. Se was-was sikit nak puji pemain import ni. Effa dengan Porras dulu...maleh la nak cakap. Puji sikit yo la. I hope you're reading this Fabio. Works excellently with Siva. The chemistry was as if they have been playing together since they were little kids. Did not hog the ball. Not a drama queen when being hassle by opponents (Poyeng! Gua nampak lu pijak dia masa hujung first half!!! Tapi gua tau FAM tak akan ambil tindakan punya. Alasan mereka, bukti tidak cukup). Just don't get ahead of yourselves ok mate? Football is a team game.

Orait! Selasa ni Kelantan singgah Paroi pulak kan? Kito cubo la poie stadium yo? Maghin maso Siva score gol nombo tigo tu, teringat balik maso monang final Piala Malaysia dongan Kelantan dulu. Sampai hari ni haa soro takdo poit! Hahaha.

Mungkin untuk pertembungan dengan Kelantan kali ini, Nismilan tidak perlu terlalu agresif. Mantapkan pertahanan  dan lancarkan counter attack. Attack bolah Daudsu coach! Kalau dio main la. Ganeh dio tu. Dapek Nazrin attack bolah dio ok dah. Kito suruh la Daudsu tackle Nazrin duo kali. Dapek duo yellow card kiro cantik dah. Hahaha.

Untuk Piala Malaysia edisi kali ni, tiada harapan tinggi yang se letakkan. Seperti tahun lepas, layak ke suku akhir juga sudah dikira satu kejayaan berdasarkan skuad yang sedia ada.

Usah digapai bintang kalau hanya seekor semut.

Popatah baru ni. Se buek sendiri. Tahun dopan masuk dalam silibus darjah satu. Hahaha. Cukup la setakat ni. Se nak poie kojo dah. Jumpo Selasa

MUSUHNYA HABIS BINASA!

*P/S : Kepada brader yang keto deh kono block dongan keto se kek mobil tu se mintak maap la yo. Brader keluar awal sangat. Tunggu la game abih dulu brader. Jangan bongih-bongih. Se dah mintak maap dah kan malam tu? Selamat Hari Raya Aidilfitri brader. Maaf Zahir Batin.

Thursday 22 August 2013

Terengganu 0-2 Nismilan (Piala Malaysia 2013 - Matchday 1)

Yaahh! Setelah sekian lama tidak "bersama" bolasepak Malaysia kini se kembali. Walaupun tidak "bersama" namun se totap momorhati an dari jauh. Duo kali yo se dapek poie Paroi musim ni. First game tu tak ingat lak lawan mano tapi yang se ingat game tu Porras score last minit tapi offside. Second game pulak maso monang lawan ATM.

OK, nak cito lolobih pasal monang (boto monang ni, takdo se nak membungak do) lawan tongganu ni pun tak buleh sobab tak tengok game. Highlight yang dapat pun cuma 6 minit. Camera angle pulak tak berapa nak best. Kamera pulak ada satu je. Hmm. 

Se tak kenal penjaring gol pertama ni. Menurut sumber yang boleh dipercayai, nama beliau ialah Fabio Lendro. Tapi kelmarin ada sahabat yang menyebut lain nama beliau ni. Entah lah. Tengok je la gol dia.






Sivanesan yang mendapat panggilan untuk mewakili Harimau Muda B (kot?) turut menjaringkan gol. Walaupun rembatannya terbias, kono la jugak lotak namo deh sobagai ponjaring.






Bad pula berjaya menyelamatkan beberap percubaan tepat Terengganu. Klip yang ada hanyalah rembatan daripada Ashaari. Dengarnya ada save penalti, tapi klip tu pun tiada.




Kemenangan mengejut ke atas Terengganu ini ternyata menarik perhatian waghieh-waghieh yang amat, amat, amat, AMAT dahagakan kemenangan. Syok poit monang! Keh, keh, keh. 3 pemain Terengganu yang digantung turut menyumbang kepada kemenangan ini. Ismail Faruqi, Effa, dan jugak Muhaimin. Kalau mereka bertiga dapat diturunkan, se yakin keputusan perlawanan akan menjadi amat berbeza.

Cuma untuk mengerdilkan pihak lawan adalah tidak wajar. Kita harus akui bahawasanya Nismilan adalah pasukan underdog. Jika Nismilan berjaya mengekalkan Siva, Nazrin, dan Halim, Nismilan mampu kembali ke Liga Super semula tahun hadapan. 

Target jangan tinggi bona. Payah. Jangan ghondah bonar. Bungkor. Baby steps. Di saat-saat kejatuhan beginilah penyokong seharusnya lebih kuat berada di belakang pasukan. Keh Keh Keh. 

Jumpo kek Paroi sabtu ni! Jangan boharap bona! Tapi winger Pahang tu maghin kono red card. Ado can jugak la sobona eh nak buek kojutan laie.

MUSUHNYA HABIS BINASA!



Tuesday 8 January 2013

Selangor 1-0 Nismilan

FIRST HALF : 

Formasi 4-4-1-1 digunakan oleh Divaldo Alves dengan Porras mengepalai serangan dan dibantu Eddy di belakangnya. Nazrin dan Shahurain di bahagian sayap.

Permulaan yang agak berhati-hati daripada kedua-dua pasukan pada babak awal permainan. Tidak banyak yang boleh diceritakan. Cuma percubaan jarak jauh Porras berjaya diselamatkan penjaga gol Selangor. Porras juga terlepas peluang keemasan untuk memecah kebuntuan apabila usia perlawanan melebihi 20 minit. Eddy Helmi melakukan low cross ke tengah namun dek kerana padang Shah Alam yang 'terlalu rata', bola melantun sedikit dan gagal disudahkan oleh Porras.

Corak permainan yang amat menarik pada kiraan se. Hantaran pendek digunakan untuk menjana serangan. Namun attacking flow Nismilan masih lagi tidak sempurna dan kerap dipatahkan Selangor.

Rashid. Rashid, Rashid, Rashid. Bermain dengan agak baik malam pada separuh masa pertama defensively. Bertindak selaku anchor man, beliau berjaya melindungi back four Nismilan dengan baik. Cuma dari segi serangan, beliau sedikit lewat untuk membuat keputusan.

Sivanesan, Nazrin, dan Shahurain seharusnya lebih bernyawa untuk mencipta peluang jaringan. Apabila tamat separuh masa pertama, Eddy Helmi dan Porras sahaja yang kelihatan menyerlah.

Francis Forkey Doe. Mengingatkan se kepada Effa Owona. Keh keh keh. Sedikit tamak barangkali.

SECOND HALF :

Nismilan bermula garang dengan 2 percubaan daripada Porras yang gagal menepati sasaran dan juga rembatan jarak dekat Shahurain yang tidak menepati sasaran walaupun tidak dikawal dan hanya 6 ela daripada gol.

Pada minit ke-68, Selangor mencipta jaringan menerusi Kunalan (hampeh boto. Time lawan Nismilan la kau nak score yo tak Kuna?) yang mempunyai 80% elemen nasib apabila bola terkena dadanya dan melepasi garisan gol.

Sebaik Kuna menjaringkan gol, Selangor menguasai perlawanan dan Nismilan hilang arah. Mungkin akibat tertekan, corak permainan hantaran pendek tidak lagi diamalkan sebaliknya gopoh untuk menghantar bola ke bahagian serangan. Sedikit mengecewakan di situ. Seharusnya pemain Nismilan terus mengekalkan corak permainan hantaran pendek kerana sebelum Selangor menjaringkan gol, Nismilan lebih banyak mencipta peluang untuk menjaringkan gol berbanding Selangor.

Kepada waghih-waghih yang dambakan kemenangan, kito buek rilek sudah. Kito kono akui yang Nismilan tahun ni tak kuek mano. Dapek top 5 pun dah kiro handa dah.

All and all it was a satisfying performance from Nismilan. It wasn't the best, but it was satisfying. Way more satisfying than Effa was with Nismilan. Porras needs to get his shooting boots on for upcoming games. He had a mountain of chances but failed to convert any.

MUSUHNYA HABIS BINASA!