Wednesday 28 November 2012

Laos 1-4 Malaysia

Harimau Malaya Bangkit!

Yeeaahhh!!! Harimau Malaya bangkit di Bukit Jalil! Kemenangan bergaya ke atas Laos menghidupkan kembali peluang juara bertahan ini untuk ke pusingan seterusnya.

Melihat kepada starting eleven Malaysia sebelum sepak mula, ternampak sedikit sinar apabila Amar Rohidan tidak tersenarai. Shakir Shaari mengambil tempat beliau. Farizal Marlias juga mengambil alih tugas Khairul Fahmi di gawang, Mahali menggantikan Bunyamin, dan  yang paling ketara ialah Wan Zack Haikal menggantikan Khyril di sayap kanan.

Se sedikit terkilan kerana Mat Yo dan Azmi masih tersenarai. Tetapi bak kata 'King Raja'' :

"Saya kenal pemain saya."

Oleh kerana penjelasan yang kukuh di atas, maka kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya akur dan redha akan keputusan itu.

First Half :

Malaysia bermula garang dengan serangan bertali arus ke gawang Laos. Shakir Shaari banyak membantu menggerakkan jentera tengah yang langsung gagal dikemudi oleh Amar tempoh hari. Pada minit ke-15, Malaysia mendapat sepakan percuma di luar kotak penalti dan Safiq menyempurnakan dengan bergaya. 



Eceh ceh ceh, kau tunggu Safiq. Kojap laie se nak kutuk kau pulak.

Malaysia masih terus menyerang namun ketumpulan Safee dan Mat Yo gagal menyempurnakan peluang yang terhidang menjadi penyebab mengapa Malaysia tidak mampu menambah jaringan. 

Pada minit ke-38, (Kau dah ready ko bolum Safiq? Keh keh keh) Safiq cuba membuat hantaran kepada Kuna namun berjaya dihalang oleh pemain Laos yang terus melancarkan serangan balas dan membuahkan gol penyamaan untuk Laos.



Safee dan Mat Yo masih terus gagal menyempurnakan peluang yang diperoleh untuk menambah jaringan sehingga tamat separuh masa pertama. 

Dek ketumpulan jentera serangan, mungkin Khyril Muhymeen akan dimasukkan pada separuh masa kedua, namun sangkaan se meleset.

Second Half :

Zubir Azmi masuk menggantikan Azmi Muslim.

Safee memperoleh beberapa lagi peluang sebelum berjaya menjaringkan gol pada minit ke-67 hasil hantaran Wan Zack Haikal dari sebelah kanan.



Gol ketiga Malaysia dijaringkan oleh Wan Zack Haikal hasil hantaran Kuna. The best goal of the night I might say. 



Khyril Muhymeen masuk menggantikan Safee. Se ghaso, dio yang patut start dari awal. Setelah beberapa minit dimasukkan, Khyril mendapat hantaran daripada Safiq dan...tengok la sondighi.



Kesimpulan : 

Terima kasih 'King Raja' kerana mengotakan janji dengan tidak menyenaraikan pemain yang tidak menunjukkan persembahan yang memberangsangkan ketika menentang Singapura.

Safiq masih belum bermain di tahap yang sepatutnya. Masih average. Below average barangkali. Buck up captain! Come on! 

Shakir dan Wan Zack ternyata memberi nafas baru kepada skuad negara. Shakir berjaya menggerakkan jentera tengah dengan cemerlang. Berjaya mencipta ruang untuk membolehkan Safiq bertindak kreatif dan berjaya memenangi bola daripada kawalan Laos. 

assist dan 1 gol untuk Wan Zack adalah berbaloi dengan persembahannya malam ini. Hantaran ke dalam kotak penalti berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Laos.

Safee's and Mat Yo's performance is a worrying sight. If Harimau Malaya wants to retain the title, their finishing abilities needs to improve. Let's just hope that they are just having a bad day at the office tonight.

Jujur la nak koba an kek sumo kan, se ghaso Harimau Malaya kito patut monang straight set 21-1, 21-0 tadi. Tapi tu la, Safee tah apo suwey eh tah. Mat Yo pun samo. Takpo. Lawan Indonesia sok kito hobin boto-boto. Jangan nak boghi muko kek dio!


Sekian,

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!

Sunday 25 November 2012

Malaysia 0-3 Singapura

As Expected!

Adakah kita menyangka Harimau Malaya akan tampil dengan persembahan yang memberangsangkan setelah mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan yang begitu hambar dan menghampehkan.

Masih ingatkah kita akan zaman kegelapan bolasepak Malaysia tidak lama dahulu? (macam la sokaghang ni dah coghah yo tak?) Zaman di mana Malaysia mempunyai ramai pemain berbakat dari segi individu tetapi tidak secara berkumpulan. Zaman Indra, Hai-O, Zami, Nizaruddin, Azmin Azram yang sia-sia.

Harimau Malaya hanya bermain bolasepak pada 10 minit pertama sahaja. Selepas itu, mereka hanya menjalani latihan pertahanan. Nak ceghito pasal game tadi memang maleh la. Tahapo bondo eh tah. Se ceghito pasal Istanbul Aku Datang atau Adnan Sempit 2 laie ado pekdah agak eh.

Ramai peminat menyalahkan 100% 'King Raja' kita kerana persembahan hambar Harima Malaya. Namun setelah se amati siri perlawanan persahabatan dan perlawanan malam ini, para pemain turut harus memikul persembahan 'memukau' mereka.

PERTAHANAN

Pertahanan Harimau Malaya dibarisi Bunyamin, Aidil, Fadhli, dan Azmi yang seharusnya mengekang serangan lawan hanya mampu membenarkan Singapura menjaringkan tiga gol sahaja. Pertahanan yang terlalu statik dan gagal membaca perlawanan dengan baik merupakan faktor utama kekalahan Harimau Malaya malam ini. Azmi yang paling obvious bermain dengan teruk. Pass ontah ke mano, clear ontah ke mano, marking ontah ke mano. Mi, den ghaso first gol salah kau la. Alak kau tunggu bola tu bounce laaaakkk? Defender kono la poie kek bola, bukan tunggu bola sampai kek kito. Haa, ingat posan den ni. Ko kau nak den speaking perak? Ate, takkan la kamu nak bior kan aje pemain lawan score sesuka hati? 

Gandingan Fadhli dan Aidil belum mantap. Aidil kerap kali off position. Se ghaso Fadhli banyak cover Aidil ni tadi. Se ghaso laaaa. Se pun bukan pandai bona bab-bab bola ni. Kot main galah panjang ko, guli ko, konda-kondi ko, memang se chempiyen laaa. Kesilapan besar Fadhli hanyalah untuk gol ketiga Singapura. Tidak mark Duric. (dah lotih agak eh dan moral down)

Bunyamin bermain dengan OK. Tidak teruk dan tidak pula cemerlang. OK. Kiro OK la tu.

MIDFIELD

Pemain yang se looking forward to make an impact ialah Khyril Muhymeen. Namun beliau terlalu senyap pada perlawanan malam ini walaupun pada separuh masa pertama serangan Harimau Malaya banyak tertumpu pada sebelah kanan. Kecewo la sikit. Maso Kodah monang double trouble maghin...errr...macam namo konsert Wings dongan Search pulak. DOUBLE TREBLE! Baru boto. Maso tu se memang minat boto kek dio ni. Mungkin jelmaan Michael Owen beliau ni. Dogheh naik, dogheh la turun deh. 

Safiq dan Amar. Hmm. Sebelum AFF bermula, Safiq memberi komen dalam temuramah yang berbunyi, :

"Malaysia kena ada kelainan dari dua tahun lepas untuk mempertahankan
kejuaraan ini dan saya yakin kami mampu."

Lobih kurang macam tu la. Kalau se tau jadi macam ni, se rekod interview dio hari tu. Harimau Malaya terlalu mengharapkan hantaran jauh dan tepat Safiq. Tiada link up play antara jentera serangan dengan tengah. Masih dengan long ball dengan harapan pertahanan lawan membuat kesilapan. Amar! se tak pasti apa role dia sebentar tadi. ball winning midfield? central midfield? anchor man? Memandangkan role playmaker disandang oleh Safiq, Amar seharusnya bertindak sebagai salah satu role di atas. Namun...Hmm. (How I wish Piya was a part of the squad tonight. He could have produce something I think.)

Kunalan. Se kesian kat Kuna. Jarang dapat bola. Bila dapat bola, tiada support. He deserves better for his work rate tonight. Pity you Kuna, pity you. Good luck in Selangor!

PENYERANG

Safee juga sama seperti Kuna. Jarang mendapat bola. Terlalu jarang! Sebagai seorang penyerang prolifik seperti Safee, seharusnya beliau menjadi main point serangan Harimau Malaya. Namun...Hmm. Mungkin kegagalan Mat Yo menglinkkan permainan antara jentera tengah dan serangan menjadi punca.

Mat Yo. Hmm. Why on earth is Johor going to pay him 80k per month is still a mystery to me. He's overrated I think. I THINK! I may be wrong. Hogged the ball too much. Tried to be Messi/Ronaldo/Suarez at times. He was a total letdown in my opinion. Maybe he's trying to relive his magic moment in the previous edition of this tournament.

KESELURUHAN

Tiada kesefahaman langsung! Main bola macam tak pernah main bola! Sepak sesuka hati, tanduk sesuka hati, passing sesuka hati. Kalau se ada anger management problem, boleh terbakar pejabat ni. Masuk ke padang macam tak pernah training, langsung tak ada idea bagaimana hendak merencanakan serangan. Nak bertahan pun terkial-kial. Tunggu je la perlawanan menentang Laos nanti. Kalau nak menang dengan Laos pun semput, ramai-ramai la kita cari hati unta kasi elok semput cepat sikit. 

Apo bondo eh? Cakap pandai, main dulu la baru tau? Kalau dah namo eh pemain bola, kojo eh main bola, dapek duit pun sobab main bola, wajib la handa main bola. Haa, boto tak? Keh keh keh. 

Dah la, asik nak kutuk je. Nanti ramai pulak yang cakap "time menang sokong bukan main, puji melangit. Dah kalah macam-macam dicaci". Kan? Kita lihat dari sudut positif pulak lah. Mungkin pemain kita penat. Bak kata Hj Zainal Abidin Rawop, 

"pemain kita tidak ada off season, tidak ada rehat. Bermain sepanjang tahun."

Walaupun ramai yang tak minat dongan caro dio monguleh (tormasuk la se!), tapi kito kono akui statement dio yang ini memang topat. Gilo ko apo sopanjang tahun main tak boghonti. Semuo liga professional ado off season, kito yo takdo. Tahapo bondo eh tah. 

Kepada pihak yang berkenaan, silalah ubah jadual liga, piala FA, dan Piala Malaysia kita supaya pemain dapat rehat. Walaupun se tahu pihak berkenaan tidak membaca pun statement ini, se hanya ingin menyedapkan hati sendiri yang baru dapat menerima kekalahan 0-3 tadi.

Sekian, 

MUSUHNYA HAA...

Apo slogan Harimau Malaya poit? ...Ontah lah. Se memang tak tau.

MUSUHNYA HABIS BINASA!





Wednesday 3 October 2012

Rusa tumbang diburu askar!

Tersungkurnya Sang Juara

Kecewa, sugul, terkilan. Banyak lagi perkataan yang boleh digunakan untuk menggambarkan perasaan tatkala tewas kepada ATM malam tadi di Paroi dan sekaligus menyebabkan Nismilan tersingkir dari saingan Piala Malaysia tahun ini. 

Mintak maap la entri kali ni takdo gamba, takdo video. Se tongah kecewo laie ni. Maleh nak cari gamba, maleh nak edit video, walaupun ado rakaman full game malam tadi.

Seharusnya waghieh-waghieh tak perlu menggelupur meminta Coach AK disingkirkan. Tahun lalu beliau telah berjaya membawa pulang Piala Malaysia untuk kali kedua dalam tempoh tiga tahun ke tanah beradat. Perbezaan yang amat ketara antara tahun lalu dan tahun ini ialah barisan para pemain. 

Tahun lalu Hai-O, Aidil, Irwan, Zaquan, dan Farizal masih berkhidmat untuk Nismilan. Penghijrahan besar-besaran pada hujung musim lalu ternyata memberi impak besar kepada Nismilan. Masalah kecederaan yang dialami oleh Zamani dan Muzaki tidak membantu. Rasyid dan Ismaidham tidak mampu untuk menggerakkan jentera tengah. Link-up play antara Effa dan Shahurain masih belum serasi walaupun sudah tiba ke hujung musim. Kuna yang terpaksa mengisi posisi full back ternyata merencatkan jentera serangan Nismilan.

Sejujurnya, melayakkan diri ke suku akhir adalah pencapaian yang boleh dibanggakan berdasarkan 'ketempangan' skuad Nismilan. Perlawanan malam tadi walaupun berakhir dengan kekecewaan, namun waghieh-waghieh seharusnya melihat kekalahan tersebut dari sudut positif.

Boto, Nismilan ponyandang juaro. Boto, STAR tu stadium keramat. Tapi tengok skuad Nismilan. Lack of depth in the squad. Sebagai contoh, jika Idris, Effa, dan Kuna cedera. Siapakah yang mampu mengisi kekosongan mereka? Boghi la Alex Ferguson ko Jose Mourinho ko Pep Guardiola ko takdo dapek monang do. Bukan memperlekehkan skuad kita, tetapi ini hakikat yang harus kita terima.

Yang baling objek masuk padang malam tadi sekali lagi se ucapkan 'bangang!'. Yang maki-maki pemain semalam, bawak-bawak bersabar. Yang mintak Coach AK ditukar, jangan nak golabah bonar. Kito buek rilek yo. Kono kalah gak sekali-sekalo. Kalau asik monang yo, nanti kito bongkak. Tuhan tak suko. Haa, tak cayo? Tanyo Azhar Idrus. Hahah.

Diharap skuad Nismilan dapat ditingkatkan kualiti. Full back, center back, center midfield amat-amat diperlukan. Effa juga seharusnya memperbaiki kerjasama dengan pemain sayap. Shahurain kurang menyerlah musim ini kerana kurang mendapat hantaran daripada bahagian tengah dan target man. Tak percaya? Cuba tengok perlawanan-perlawanan Nismilan sebelum ini.

Se nak taip banyak laie, tapi bos dah dok joling-joling sambil asah pisau pandang se tu ha. 

MUSUHNYA HABIS BINASA!


Saturday 29 September 2012

ATM 3-2 Nismilan

A glimmer of hope!

Seperti dijangka, perlawanan yang mencabar untuk Nismilan dan keputusan penuh perlawanan mengesahkan jangkaan. Menurut mereka yang menyaksikan secara langsung, perlawanan tadi merupakan perlawanan terbaik Piala Malaysia SETAKAT ini (untuk edisi ni la kiro eh)

Jentera serangan ATM ternyata berbisa apabila mampu menyumbat 3 gol. Walaupun berjaya mengekang asakan ATM pada separuh masa pertama, namun 11 minit selepas perlawanan disambung, Zaquan Adha menjadi duri dalam daging apabila berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Nismilan sebelum Christie Jayaseelan menyumbat gol pembukaan.






5 minit kemudian, giliran Martelotto menambah jaringan ATM. Menerima hantaran daripada Marlon Alex James dan tidak dikawal, sebelum melepaskan rembatan, dia memperdayakan Acid dan Farbak.



Maso ni se ghaso macam dah tak buleh poie semi final dah. Tapi bak kato omputih Eropah pasal Manchester United, "never write them off". Ciri-ciri pasukan yang 'cempiyen' iolah tak maun ngaku kalah. Walaupun gol King "is a bit fortunate to Negri", (kasi bahaso sopan la sikit. Keh keh keh) namun memberi semangat kepada pemain dan penyokong.



Ketika se sendiri berangan bahawasanya Nismilan akan melakukan comeback, ini yang terjadi.



'Se' ran out of superlatives for this player. 30 plus years and still have that same burning desire to win everything as if he was a teenager. Salute to Hai-O!

Sejujurnya, gol Hai-O ini supposed to be the dagger to the heart. The goal that should have put ATM home and dry. Gol yang dijaringkan ketika perlawanan berbaki 10 minit dan Nismilan dilihat sukar mencipta peluang jaringan secara logiknya harus meranapkan semangat Nismilan. But we must always believe in miracles.  The never give up attitude that just makes them keep coming back for more. Hallmark of a champion they say. Ini yang terhasil!



Walaupun tewas, defisit satu gol tidak begitu sukar untuk dimansuhkan di Paroi. Coach AK pasti mampu merencanakan sesuatu. Gol Shakir ternyata memberi sinar harapan untuk Nismilan mara ke separuh akhir.

Thana, Kecik, dan Effa tidak bermain pada tahap sebenar. Semoga mereka mempamerkan persembahan yang lebih menarik di Paroi kelak demi membantu Nismilan mara ke separuh akhir!

We must believe in miracles. Remember Munich '99 and Istanbul '05? As a matter of fact, when everyone else wrote Negri off on the eve of the Malaysia Cup Final in '09? How did Negri performed on that particular final? A magical performance by the Jangs. As history has shown us time and time again, history will repeat itself.

MUSUHNYA HABIS BINASA!

Thursday 27 September 2012

The return of the prodigy twin!

Kepulangan anak kesayangan Nismilan.

Suatu ketika dahulu.
Kepulangan yang ditagih para penyokong Nismilan. Walaupun bukan dalam seragam kuning seperti lazimnya, setidaknya penyokong boleh melihat aksi mereka semula di tanah Paroi pada 2 Oktober ini. Sebelum tibanya tarikh tersebut, skuad Nismilan harus bertandang ke Selayang terlebih dahulu untuk perlawanan suku akhir pertama. 

Selain pasangan kembar ini, Hai-O, Rezal, Irwan, dan Farizal juga merupakan bekas pemain Nismilan yang kini menyarung jersi ATM. Jasa mereka ketika membantu Nismilan menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh 3 tahun pada musim lalu masih segar dalam ingatan penyokong. Cuma Rezal yang berhijrah semusim lebih awal ke Johor FC namun beliau telah pun mengetuai skuad Nismilan menjuarai Piala Malaysia 2009 dan Piala FA 2010.

Aidil cuba mengekang Mat Yo ketika final
Piala Malaysia 2010
A rock at the heart of defense and a force to be reckon with. Plays his best at central defense as a stopper. During the Piala Malaysia final on 2010, Negri was leading thanks to a Shaurain penalty and Negri was keeping Kelantan at bay UNTIL Aidil picked up an injury after a robust challenge from Mat Yo. From then onwards, it was downhill for Negri as they conceded two goals and watch Kelantan held the Piala Malaysia trophy in dismay.

He has the ability to read games, intercept through balls, win headers, hard tackler, and his blistering pace to keep forwards and wingers at bay. A total package as a defender for Malaysian football scene.

Posisinya kini diisi oleh Farbak. Jujurnya, se rasa Farbak mempunyai segala kebolehan Aidil KECUALI kelajuan. Penghijrahan Aidil ke ATM ternyata meninggalkan ruang yang besar di pertahanan Nismilan. Bukan sahaja Aidil mampu mengekang pihak lawan menjaringkan gol, malahan Aidil turut boleh menjaringkan gol. Gol yang pasti tidak dapat dilupakan oleh peminat tempatan ialah ketika menentang Chinese Taipei dalam kempen pra-kelayakan Piala Dunia tahun lalu.

A moment of brilliance.

Zaquan turut berhijrah ke ATM.
Zaquan mula menempa nama ketika SUKMA 2004 yang dilangsungkan di Negeri Sembilan. Batch yang melahirkan Kuna, Shahurain, Farizal Harun (just to name a few) dan juga Aidil yang kemudiannya diserapkan ke dalam skuad Nismilan. 

Mempunyai larian laju, rembatan kaki kanan yang kencang, dan berupaya untuk membuat hantaran tepat ke dalam kotak penalti adalah antara kelebihan Zaquan.

Musim terakhir Zaquan bersama Nismilan merupakan tempoh yang mengecewakan bagi dirinya. Dibelenggu kecederaan untuk hampir keseluruhan musim sebelum bertekad untuk berhijrah ke ATM. 

Aidil dan Zafuan merupakan fan favourite bagi peminat Nismilan. Apabila mendapat berita bahawa kedua-duanya akan berhijrah, perkara ini memberi tamparan hebat kepada para peminat.

'Halangan' Nismilan untuk ke separuh akhir.

Harus diakui bahawa ATM adalah pasukan yang mantap. Tugas sukar menanti Nismilan di Selayang dan juga Paroi. Dah namo pon defending champion, kono la lawan team kuat yo tak?

Untuk bertembung dengan pasukan yang begitu ampuh jentera serangannya ini, mungkin Kuna lebih sesuai diletakkan di bahagian full back untuk membantu Shukor dan Farbak. Tak buleh nak nafi an yang deduo centre back kito ni kurang sikit laju deh. Setidaknya Kuna mampu untuk cover mereka berdua seandainya kesilapan terjadi.

Thana boleh dikekalkan di bahagian wing. Hantaran silang ke dalam kotak penalti yang berkualiti dan tepat mampu mengoptimakan (ontah ado ontah tak perkataan ni) kehebatan Effa di udara. Telah dilihat dalam peringkat kumpulan bahawa hantaran-hantaran Thana mampu mencipta peluang menjaringkan gol yang tinggi.

Idris boleh dikatakan 'wajib' diturunkan sebagai kesebelasan utama untuk kedua-dua perlawanan ini. Negri really needs his creativity and composure in midfield. A hardworking partner in central midfield should give him enough cover for any mistakes. I'll opt for Rashid.

Untuk mencari kelemahan pihak lawan adalah sukar. Dah la team macam Real Madrid! Kito pulak tak buleh nak tengok full game pihak lawan macam kito tengok full game EPL. Abih sumo pasukan ado full game kalau EPL. Sampai kek bola kito, ... Maleh la nak cakap. 

Pertembungan malam esok amat dinantikan oleh se namun dek pembentangan bajet negara kita yang berlangsung esok, maka terpaksa se korbankan masa untuk bekerja daripada menonton di Selayang. 

Kepada waghieh yang akan bertandang ke Selayang, sentiasalah menjaga tatatertib dan kesusilaan di tempat orang. Haa, dah buleh jadi iklan kesedaran masyarakat dah ni. Semoga kemenangan menjadi milik Nismilan. Yang paling penting, perlawanan menarik yang dapat kita tonton.

MUSUHNYA HABIS BINASA!

Wednesday 29 August 2012

Nismilan 0-0 Perak

Perlawanan yang hambar tetapi dipenuhi pelbagai warna-warni dunia bola sepak. Haa, begitu indah sungguh bahasa yang se guno kan. Bukan apo, sekadar hormat kek jejang dongan memilah yang poso nam buek maso ni.

Perlawanan sabtu lalu di STAR, Nismilan membenam Sime Darby dengan 4 jaringan tanpa balas. Justeru itu, pada perlawanan malam tadi STAR agak penuh dengan para penyokong dan peminat. Berapa jumlah sebenar pengunjung malam tadi tidak pula diketahui kerana se lupo nak tanyo kek pengawal tiket tu semalam. 

Ini BUKAN gambar hiasan.
Maka telah menjadi lumrah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, apabila stadium keramat kita, STAR dibanjiri dengan penyokong maka persembahan hambar akan dijamukan kepada para penyokong. Mungkin ini adalah statement yang ingin ditunjukkan skuad Nismilan kepada kita. Mengapa hanya ketika prestasi memberangsangkan sahaja baru stadium mula dibanjiri? Mengapa tidak setiap masa? 

Haa, se ghaso yo la. Kokadang se ni pon momandai yo. Errr...berbalik semulo kepado tajuk kito. Sebelum kita sentuh isu kontroversi perlawanan malam tadi. Se ingin memperkenalkan individu yang seharusnya boleh membantu Nismilan mengecap kemenangan malam tadi.

K. Thanaraj cuba melepasi pertahanan lawan.
(pinjam gambar yo brader SNOMED3)
Inilah individu tersebut. K. Thanaraj. Ketika Nismilan menewaskan Sime Darby tempoh hari, Thana mempamerkan persembahan yang memukau. Ramai yang cakap man of the match tempoh hari ialah Effa. Tapi se pilih Thana. Kalau bukan Thana, Kocik. 

Pemain yang begitu berbeza dengan Kuna. Kuna lebih gemar menggelecek ke dalam kotak penalti tetapi Thana lebih gemar membuka mangga pertahanan lawan dengan hantaran . Kebolehan Thana membuat hantaran tepat dan berkualiti membolehkan Effa mendominasi pertembungan udara dengan lebih efektif pada malam tersebut. 

Namun akibat mengutip kad kuning tempoh hari, beliau tidak dapat beraksi akibat digantung.

Effa bongih! Bukan kek ref yo, kek teammate pon dio bongih
gak.
(pic by monoriz)
Handa jugak si monoriz ni amek gamba. Ingatkan handa amek gamba orang kawin yo. Ado sesapo yang nak nikah/tunang? Haa, buleh la jonguk-jonguk website deh kek sini ha!!!

Kobongihan Effa malam tadi luar biaso! Poso ko? Bil air tertunggak ko? Sakit porut ko? Ontah lah. His mistake was to get pissed off at his teammate who i reckon is still young. The crowd was picking on the kid as well and that made things worse for the poor young lad. Effa needs to keep his temper in check. AK should look into this. Even Shukor is more patience now. Berkat bulan poso gak eh yo tak kapitan? Keh keh keh.

OK! Kito ko isu paneh malam tadi. Pado minit ke 80 lobih, Effa berjayo mengawal bola dalam kotak penalti pihak lawan. Effa berjayo lopeh tigo portahanan lawan. Namun pemain yang ketigo tu angkek kaki dio samo tinggi dongan kepalo Effa maso Effa nak tanduk bola. Pengadil meniupkan wisel. Sumo yang dalam stadium ingat an penalti termasuk la se. Namun apabilo hanyo sepakan percumo yang diboghi an, ramai yang tertanyo-tanyo kenapo tak dapek penalti dan menuduh pongadil tidak bersifat adil.

Jawapannya sila baca di bawah :



Makanya, berdasarkan bukti di atas (play in a dangerous manner) tindakan pengadil untuk memberi sepakan percuma di dalam kotak penalti semalam adalah according to the book. Walaupun banyak bad decision yang dilakukan beliau malam tadi, namun sepakan percuma dalam kotak penalti adalah salah satu yang tepat. 

Sebangang-bangang pengadil malam tadi, bangang lagi penyokong kita yang melemparkan objek ke dalam padang. Tak cukup ke berbakul-bakul, bertan-tan carutan dan cemuhan yang kita lemparkan kepada pengadil sehinggakan objek perlu dibaling ke dalam padang? Adat la tu manusio buek silap. Memang la hati paneh bilo asik buat silap yo, tapi kito terimo yo la. Bilo kono togur tau pulak molonting! Bangang! Mintak maaplah torkasar bahaso. Tapi bondo-bondo yang bangang dan salah macam ni memang tak patut bagi muko langsung!

Seperkara lagi tentang perkara-perkara remeh dan tahapobondo eh tah ialah MERCUN! 

Saranan se la kan, sesapo yang nampak ado individu baling objek masuk padang atau morcun ni, poie topuk dahi deh 33 kali. Lopeh tu cabut bulu kaki deh satu-satu sampai licin. Bega bona! Kalau takdo bulu kaki, starlait dahi deh borgilir-gilir sampai dio pitam.

Walaupun nampak macam bergurau, but this is a serious issue. It's a disgrace to football, disgrace to the team, and a disgrace to the STATE. And all of you said you love your state. Pfft! Last night was stupidity at its best.

MUSUHNYA HABIS BINASA!

Wednesday 4 July 2012

Nismilan 2-3 Kelantan

FIRST HALF :

Permulaan yang garang daripada Nismilan untuk 5 minit pertama. Mengawal tempo permainan dengan begitu baik. Mengkucar-kacirkan pertahanan Kelantan terutamanya full-back mereka. Kecik, Kuna, King, Shakir dan pemain nombor 28 (se tak tau namo deh sapo), mendominasi final third Kelantan. Kelantan hanya mampu melancarkan counter attack untuk mengurangkan tekanan Nismilan ke atas mereka.

Minit ke-14, Kelantan cuba melancarkan counter attack. Belum sempat mereka melepasi garisan tengah, pemain nombor 28 berjaya merampas bola daripada kaki pemain Kelantan. King terus melakukan larian ke bahagian tengah. Pemain nombor 28 mengesan larian King, melakukan through ball, King hanya memerlukan dua sentuhan untuk melepaskan rembatan kencang menewaskan Khairul Fahmi.

Nismilan masih meneruskan serangan sehingga minit ke-25. Selepas itu, Nismilan cuba memperlahankan rentak permainan. Dongan harapan Kelantan nak ikut 'game slow'. Memang tak maun la diorang! Kelantan mula melancarkan serangan bertali arus namun masih berjaya dikekang oleh pertahanan Nismilan dan juga JaiM.

Di hujung separuh masa, King mengalami kecederaan. Nampak gayo macam podih ulu hati. Mungkin tak makan Gaviscon sobolum game.

SECOND HALF :

Nazrin substitutes King. Ghaddar enters the game. Kick off. Kelantan menyerang. Dapat sepakan penjuru. Kelam kabut depan pintu gol. Bola jatuh betul-betul di hadapan Azlan Ismail. Azlan rembat. GOL! Se pandang maso perlawanan. Minit ke-46. "Awal laie.", kato se dalam hati.

It was all Kelantan from there onwards. Nismilan lost their way. There were no more lung busting runs from both flanks. No more penetration from the central midfielders. Kecik, playing as a supporting striker and Shakir did not see enough of the ball. They managed to elude Nismilan's offside trap multiple times!

Natijahnya? Pada minit ke-64, Kelantan sekali lagi melepasi perangkap offside Nismilan. Through ball dari bahagian tengah berjaya disambar Ghaddar. Ghaddar menuju ke kotak penalti. Satu lawan satu dengan JaiM. GOL! Kelantan mendahului. 

Oleh kerana ketinggalan, maka formasi Nismilan lebih bersifat menyerang. Full back kerap melakukan overlap. Tapi kalau buek overlap tak diboghi bola, tak guno gak. Kono counter attack toghuih monghungap nak defend. Kalau si Shukor dongan Farbak tu samo laju dongan Usain Bolt takpo.

Minit ke-68, sekali lagi Kelantan melepasi perangkap offside Nismilan. Ghaddar lagi yang beat offside trap tu. Satu lawan satu dengan JaiM sekali lagi. Tetapi kali ini dia melorongkan bola ke bahgian tengah untuk Indra Putra Mahyuddin. GOL! Kelantan 3, Nismilan 1.

Hanya pada 10 minit terakhir perlawanan baru Nismilan bersungguh mencari gol. Pada minit ke-85, Nismilan mendapat sepakan penjuru. Shukor melakukan tandukan. GOL! 

Nismilan terus mengasak dan mendapat beberapa peluang baik namun penyudah yang sia-sia dan decision making yang tidak tetap membuatkan Nismilan terpaksa berputih mata.

ANALISA :

1) Inconsistency

20-25 minit pertama, corak permainan Nismilan sangat memberangsangkan. Hantaran pendek yang cepat dan tepat, changing side from left to right and vice versa with so much ease. A question occured in my head. 

"WHY ON EARTH THAT WE COULD NOT KEEP THIS STYLE OF PLAY THROUGH OUT THE MATCH?". 

Forget about our consistency for the season as a whole. If we could not keep our consistency for a single match, there's no point of discussing this matter for a whole season.

2) Lack of strikers

Effa, King, Shakir. 3 sahaja penyerang yang boleh diharapkan. Sekiranya Nismilan mengutamakan formasi 4-5-1, mempunyai 3 penyerang bukanlah isu yang besar. Namun, Nismilan mengutamakan formasi 4-4-2. Formasi yang memerlukan sekurang-kurangnya 4 penyerang. Nismilan mempunyai Jibam, namun jarang diturunkan.

When King exit the game with an injury, it was interesting to see whether AK9 would  stick to the 4-4-2 or switch the formation to 4-5-1. AK9 opted to stick with the current formation and allowing Nazrin to play on the flank pushing Kecik behind Shakir. A tactical flop in my opinion. Kecik is great when playing on the flanks, not in the middle. Nazrin's pace and trickery is not up to the task (YET!) to break down Kelantan's defense from the wing.

Sekiranya Nismilan mempunyai seorang lagi penyerang berkualiti, sebagai contoh Dekwan, berkemungkinan besar keputusan perlawanan akan berubah.


3) Offside trap

Gol kedua dan ketiga Kelantan terhasil kerana offside trap yang tidak menjadi (se nampak dari tompek se diri memang tak offside la deduo gol ni.) Kalau diperhatikan, sebelum Kelantan mendapat gol kedua, mereka berjaya menewaskan perangkap offside Nismilan berkali-kali. Seharusnya perkara sebegini menjadi amaran kepada Nismilan. Namun, Nismilan masih mengamalkan taktik offside trap. 2 bijik lopeh. Bak kato Nabil Ahmad, "Haa, itu makan dia!"

4) Lack of creativity.

Isu-isu ini telah pun se bentangkan sebelum ini. Ghaso eh lah. Jentera tengah Nismilan terlalu pasif dan kadangkala seperti tiada dalam perlawanan. Nismilan hanya mengharapkan pemain-pemain sayap. Tak salah, cuma kurang variasi ketika menyerang.

You could not deny that Idris has passed his best in the creativity department. But as a holding midfielder, he is still up to the task. Rasyid is another holding midfielder. Maha a defensive midfielder. Nyamuk another holding midfielder. See the point? Nismilan do not have a creative midfielder. 

Pemain yang berkebolehan untuk mengubah tempo permainan sesuka hati seperti Yaya Toure, Iniesta, Silva. Pemain-pemain ini amat diperlukan (sekiranya Nismilan ingin maju. Kalau tak maun, podulikan la apo yang se taip panjang lebar ni). 

Tapi ada harapan untuk Nismilan. Pemain nombor 28 betul-betul membuatkan se tergamam dengan persembahan beliau. He made the right pass at the right time. Winning possession in the middle of the pitch. Supporting offense and defense. To make things better, CREATED the first goal of the game.

Nismilan amat dahagakan pemain seperti ini.

KESIMPULAN :

"Kita akan mula memberi perhatian kepada pemain muda."

Di atas merupakan kata-kata AK9 selepas perlawanan malam tadi. Se teringat kata-kata AK9 ketika penghijrahan besar-besaran skuad bintang Nismilan. Kata beliau,

"Kita tak perlukan pemain bintang, kita melahirkan bintang"

Lobih kurang macam tu la bunyi deh. Se tak ingat yang sebijik-sebijik apo AK9 cakap. Lambat dilaksanakan mungkin? Nazrin jarang dapat game time. Pemain nombor 28 semalam, amat-amat menyerlah pada mata se tapi baru nampak semalam (banyak jugak se miss game season ni). Halim yang suatu ketika merupakan pemain muda di bawah kendalian Wan Jamak, berjaya deliver dalam game, semakin dilupakan. 

Jadi, untuk musim ini, siapakah pemain muda yang kita nampak boleh menjadi bintang? Kek mato se, takdo sorang pun la. Maaf la se cakap camni.

Berbalik kepada perlawanan malam tadi. Layakkah kita kalah? Memang layak. Layakkah Kelantan menjaringkan 3 gol? Tidak, sama sekali. Cukupkah Nismilan menghadiahkan 2 gol untuk peminat semalam? TIDAK! SEHARUSNYA LEBIH! Terlalu banyak peluang yang disia-siakan. Se amat kecewa dengan finishing Nismilan.

Walaubagaimanapun, perlawanan malam tadi antara persembahan terbaik Nismilan. Sekali pun se tak menguap malam tadi. Sentiasa berdebar. Sentiasa fokus menyaksikan perlawanan. Piala Malaysia dapat lepas group stage pun dah kira OK dah berdasarkan skuad sekarang ini.

MUSUHNYA HABIS BINASA!


Saturday 23 June 2012

T-Team 1-1 NISMILAN

Separuh masa pertama :

Perlawanan yang agak seimbang. Ada beberapa percubaan ke arah gol lawan. Pertahanan Nismilan tampak rapuh kerana gagal mengekang kemaraan pemain-pemain pasukan T-Team. Perangkap offside yang gagal dua kali dalam separuh masa pertama sedikit sebanyak memaksa Boss dan Rashid berjaga-jaga agar tidak terlalu menyerang. Walaubagaimanapun, kesilapan Farbak ini berjaya ditebus oleh Isma yang melakukan sliding tackle yang baik untuk menghalang T-Team membuka jaringan. Shukor pula dilayangkan kad kuning apabila menghalang penyerang T-Team yang melepasi perangkap offside.

Pada awal permainan, percubaan jarak jauh daripada Effa dan King ternyata sia-sia. Kot Effa pass kek Kuna, lain jadi deh. Kot King pass kek Kocik, lain jadi deh. Tapi nak buek cano? Bondo dah lopeh. Ontok yo la den kek opis ni ha nengok kan Nismilan main.

Hantaran pendek Nismilan juga dilihat kurang menjadi pada separuh masa pertama ini. Not enough pace to reach the designated target. Adakah kerana permukaan padang? Adakah kerana pemain masih belum makan malam? Ontah lah.

Gerakan paling baik Nismilan adalah pada minit ke-44. Shukor yang naik ke tengah padang melorongkan through ball untuk Effa yang berada di bahagian sayap kiri. Effa kemudian melakukan cutback untuk mencari Shukor yang masih meneruskan lariannya ke dalam kotak penalti. Namun Shukor sedikit lewat dan hantaran daripada Effa kurang tepat menyebabkan pertahanan T-Team berjaya mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya.

Separuh masa kedua :

Perlawanan yang lebih rancak berbanding separuh masa pertama. Tapi takdo lah rancak mano. Rancak la sikit. Nismilan berjayo dapek gol pertamo. Sapo laie nak score kalau bukan Effa yo tak?

T-Team kehilangan bola di kawasan tengah dan berjaya dikawal oleh Isma. Isma kemudian menghantar bola tinggi yang berjaya didada oleh Effa. Effa out muscle the first defender before outwitting T-Team's last man and Syamsuri to score an outside foot effort to the top corner which left Syamsuri rooted to his spot.

Perangkap offside Nismilan berfungsi dengan lebih baik pada separuh masa kedua. Beberapa kali serangan T-Team dimatikan dengan perangkap offside Nismilan.

Pada minit ke-61, Nismilan mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol kedua. Isma sekali lagi menghantar through ball untuk merencanakan serangan Nismilan. BUT King lost his footing after controlling the ball. T-Team's defense recovered the ball quickly and they launch a counter attack. They work the ball to the right wing and sent in an exquisite cross to find Faiz Subri who manage to beat the offside trap and left Farbak in his wake. Faiz enters the penalty box and was one on one with Farizal. He unleashed a blistering right foot shot to beat Farizal and equalize for T-Team.

5 minit kemudian, Shakir dimasukkan untuk mengganti King. 7 minit selepas itu, Nismilan memperoleh sepakan percuma di dalam kotak penalti T-Team setelah Syamsuri cubo untuk tunjuk bakat deh buek kelakar. Back pass dari pertahanan T-Team ditangkap komeh oleh Syamsuri dongan rilek, selambo dan konfiden. Namun sepakan percumo yang diambil oleh Effa gagal menemui jaring.

Kecik dan Kuna kurang menyengat pada malam ini. Gerakan yang kurang menjadi dan tiada larian-larian merbahaya dilakukan daripada kedua-dua pemain ini. Hantaran pendek Nismilan juga masih tidak begitu menjadi di separuh masa kedua.

Kedua-dua pasukan kelihatan berpuas hati setelah berkongsi mata.

Footnote :

A lackluster performance from Nismilan. The title of reigning Malaysian Cup champion means nothing if we could not improve our game. Tengok Kelantan. Di mana mereka sekarang? Bersaing untuk takhta liga, berada di suku akhir Piala AFC, juara piala FA! Nismilan bermain seolah-olah tidak mempunyai long term objective. Main ala kadar. Kalau menang, Alhamdulillah. Kalau kalah, nak buek cano? Adat permainan katanya.

This is just a question to reflect upon. Sampai bila nak main macam ni? Seharusnya bila dah bergelar juara, kejayaan itu dijadikan sebagai pemangkin untuk kaju ke hadapan. Tapi... Entahlah. Kalau main sotakat nak jadi cempiyen Pialo Malaysia yo nak buek cano. Itu misi tahunan agak eh. Hmm.





Monday 14 May 2012

Nismilan 2-1 Johor FC

Setelah menewaskan Gergasi Merah dengan persembahan yang mantap dan sedikit bantuan daripada penjaga gol mereka, Nismilan melayan kehadiran Johor FC di Paroi. Berdasarkan kedudukan liga, Nismilan boleh mencatat kemenangan mudah ke atas Sang Lebah.

Coach menurunkan King dengan Effa dalam kesebelasan utama sementara Shakir direhatkan. Isma diletakkan di right back, Faizham left back, dan Rasyid bergandingan dengan Shukor di center back. Halim diberi peluang beraksi di bahagian tengah bersama dengan Boss.

Separuh masa pertama :


Permainan yang hambar! Membosankan. Corak permainan rancak yang ditunjukkan ketika menentang Selangor di Shah Alam. Sobab Effa main gak eh. Langsung main long ball kepado Effa. Perlawanan yang amat bosan sehinggakan ada seorang waghieh mengambil keputusan untuk baring lalu tertidur di astaka tingkat atas. Se tak membungak ni. Sungguh budak tu tidur. 


Kebosanan perlawanan bertahan sehingga ke minit 38. Faizham mengasari Farid Deris (kot) di dalam kotak penalti dan pengadil menghadiahkan sepakan penalti untuk Johor FC. Fernando Augusto dengan mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut. Nismilan 0-1 Johor FC.

Nismilan bingkas merancakkan permainan. Hantaran jauh kepada Effa diselang-selikan dengan penetration daripada tengah yang diketuai oleh Boss. Sayap Nismilan mula bernyawa apabila Kecik dan Kuna mula membuat larian merbahaya hasil hantaran dari Shukor, Rasyid, Halim, dan Boss.

Pada minit ke-41, Nismilan membuat build up terbaik mereka sepanjang perlawanan. Bermula dari hantaran pendek di barisan pertahanan, kemudian ke bahagian tengah sebelum Kuna mendapat through ball dan melakukan larian di bahagian sayap. Kuna berjaya melepasi pertahanan pemain Johor FC dan membuat hantaran lintang dengan weaker foot nya sebelum disudahkan dengan baik oleh Effa. Bersoraklah sekalian waghieh di stadium Paroi dan kembali bernyawa suasana di stadium.

"Bondo sonang!", kata Effa ketika menjaringkan
gol penyamaan menentang Johor FC di Paroi.


Separuh masa kedua :


Waghieh yang tidur maso first half tadi se tengok dah terjago. Dio duduk sambil membakar sebatang rokok untuk menonton second half.


Nismilan rancak menyerang. Pada minit ke-56, Kecik berjaya menembusi benteng Johor FC dari sebelah kanan. Kecik kemudian melakukan low cross ke bahagian tengah kotak penalti. King melakukan percubaan ke arah gawang namun berjaya ditampan oleh penjaga gol Johor FC. Bola muntah. Keadaan kelam-kabut di dalam kotak penalti Johor FC. Effa melakukan rembatan namun dihalang oleh pertahanan Johor FC. Kedudukan masih 1 sama.

Pada minit ke-61, Coach melakukan pertukaran dengan mengeluarkan King dan diganti dengan Shakir. Sekali lagi se nak koba, a touch of genius!


8 minit kemudian, Shukor melakukan diagonal through ball kepada Kecik. Left back Johor FC off position. Kecik keseorangan. Dia melakukan low cross ke dalam kotak penalti. Shakir menanti. Shakir menampan bola hasil hantaran Kecik. Bola menggegar jaring. Nismilan 2-1 Johor FC.

Penjaring gol kemenangan Nismilan.
Selang seminit kemudian, Nismilan sekali lagi mengasak gawang Johor FC. Kali ini daripada sebelah kiri pula. Effa dan Kuna bermain satu dua sebelum Effa melorongkan bola kepada Shakir. Shakir membuat hantaran ke sebelah kiri semula untuk Kuna. Kuna membuat hantaran tinggi dengan kaki kirinya ke dalam kotak penalti Nismilan. Boss berseorangan. Free header! Ditepis oleh penjaga gol. Kecik cuba membuat follow up namun bola terlebih dahulu keluar untuk sepakan penjuru sebelum Kecik sempat melakukan cubaan.

Tamat perlawanan.

Corak perlawanan Nismilan sedikit bosan kerana banyak melakukan hantaran jauh kepada Effa pada awal perlawanan. Sedikit-sebanyak, taktik ini gagal mengoptimumkan kelebihan yang ada pada Kecik, Kuna, Halim, dan King yang mempunyai kelajuan untuk melepasi benteng pertahanan Johor FC. Seharusnya, Nismilan menang dengan jaringan yang lebih besar.

Kita bandingkan statistik Effa, King, dan Shakir dalam perlawanan ini :


Pass
Succesful Passes (%)
Shots
Shots on Target (%)
Goal
Effa
25
88%
11
36%
1
King
16
81%
1
100%
-
Shakir
15
80%
3
100%
1

Peratusan percubaan Effa on target terlalu rendah untuk digeruni sebagai penyerang. Walaupun mempunyai purata gol per perlawanan yang baik, namun Effa terlalu banyak membuat percubaan yang sia-sia. Mungkin terlalu ambitious?

Shakir masih lagi konsisten dengan persembahannya. 3 percubaan, kesemuanya tepat, dan menjaringkan 1 gol. Mungkin Coach boleh membuat kesimpulan sendiri berdasarkan statistik ini. Tu pun kot Coach maun baco blog ni. Kalau tak maun nak buek cano. Lagipun baru duo game statistik ni ado. Kesimpulan apo bondo nak buek yo tak? Hahah.


Passes
Succesful (%)
JaiM
26
73
Isma
59
85
Shukor
57
91
Rasyid
37
94
Faizham
44
70
Kecik
34
91
Halim
49
90
Boss
61
82
Kuna
43
90
King
16
81
Effa
25
88
Shakir
15
80


Memberangsangkan. walaupun banyak hantaran jauh dilakukan, namun kebanyakannya tepat. Nismilan hanya kehilangan bola apabila cuba menggelecek dan terlalu lama menguasai bola.

Esok jangan lupa ke Paroi untuk menyaksikan Nismilan menentang Perak.

Sekian.

MUSUHNYA HABIS BINASA!