Monday 14 May 2012

Nismilan 2-1 Johor FC

Setelah menewaskan Gergasi Merah dengan persembahan yang mantap dan sedikit bantuan daripada penjaga gol mereka, Nismilan melayan kehadiran Johor FC di Paroi. Berdasarkan kedudukan liga, Nismilan boleh mencatat kemenangan mudah ke atas Sang Lebah.

Coach menurunkan King dengan Effa dalam kesebelasan utama sementara Shakir direhatkan. Isma diletakkan di right back, Faizham left back, dan Rasyid bergandingan dengan Shukor di center back. Halim diberi peluang beraksi di bahagian tengah bersama dengan Boss.

Separuh masa pertama :


Permainan yang hambar! Membosankan. Corak permainan rancak yang ditunjukkan ketika menentang Selangor di Shah Alam. Sobab Effa main gak eh. Langsung main long ball kepado Effa. Perlawanan yang amat bosan sehinggakan ada seorang waghieh mengambil keputusan untuk baring lalu tertidur di astaka tingkat atas. Se tak membungak ni. Sungguh budak tu tidur. 


Kebosanan perlawanan bertahan sehingga ke minit 38. Faizham mengasari Farid Deris (kot) di dalam kotak penalti dan pengadil menghadiahkan sepakan penalti untuk Johor FC. Fernando Augusto dengan mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut. Nismilan 0-1 Johor FC.

Nismilan bingkas merancakkan permainan. Hantaran jauh kepada Effa diselang-selikan dengan penetration daripada tengah yang diketuai oleh Boss. Sayap Nismilan mula bernyawa apabila Kecik dan Kuna mula membuat larian merbahaya hasil hantaran dari Shukor, Rasyid, Halim, dan Boss.

Pada minit ke-41, Nismilan membuat build up terbaik mereka sepanjang perlawanan. Bermula dari hantaran pendek di barisan pertahanan, kemudian ke bahagian tengah sebelum Kuna mendapat through ball dan melakukan larian di bahagian sayap. Kuna berjaya melepasi pertahanan pemain Johor FC dan membuat hantaran lintang dengan weaker foot nya sebelum disudahkan dengan baik oleh Effa. Bersoraklah sekalian waghieh di stadium Paroi dan kembali bernyawa suasana di stadium.

"Bondo sonang!", kata Effa ketika menjaringkan
gol penyamaan menentang Johor FC di Paroi.


Separuh masa kedua :


Waghieh yang tidur maso first half tadi se tengok dah terjago. Dio duduk sambil membakar sebatang rokok untuk menonton second half.


Nismilan rancak menyerang. Pada minit ke-56, Kecik berjaya menembusi benteng Johor FC dari sebelah kanan. Kecik kemudian melakukan low cross ke bahagian tengah kotak penalti. King melakukan percubaan ke arah gawang namun berjaya ditampan oleh penjaga gol Johor FC. Bola muntah. Keadaan kelam-kabut di dalam kotak penalti Johor FC. Effa melakukan rembatan namun dihalang oleh pertahanan Johor FC. Kedudukan masih 1 sama.

Pada minit ke-61, Coach melakukan pertukaran dengan mengeluarkan King dan diganti dengan Shakir. Sekali lagi se nak koba, a touch of genius!


8 minit kemudian, Shukor melakukan diagonal through ball kepada Kecik. Left back Johor FC off position. Kecik keseorangan. Dia melakukan low cross ke dalam kotak penalti. Shakir menanti. Shakir menampan bola hasil hantaran Kecik. Bola menggegar jaring. Nismilan 2-1 Johor FC.

Penjaring gol kemenangan Nismilan.
Selang seminit kemudian, Nismilan sekali lagi mengasak gawang Johor FC. Kali ini daripada sebelah kiri pula. Effa dan Kuna bermain satu dua sebelum Effa melorongkan bola kepada Shakir. Shakir membuat hantaran ke sebelah kiri semula untuk Kuna. Kuna membuat hantaran tinggi dengan kaki kirinya ke dalam kotak penalti Nismilan. Boss berseorangan. Free header! Ditepis oleh penjaga gol. Kecik cuba membuat follow up namun bola terlebih dahulu keluar untuk sepakan penjuru sebelum Kecik sempat melakukan cubaan.

Tamat perlawanan.

Corak perlawanan Nismilan sedikit bosan kerana banyak melakukan hantaran jauh kepada Effa pada awal perlawanan. Sedikit-sebanyak, taktik ini gagal mengoptimumkan kelebihan yang ada pada Kecik, Kuna, Halim, dan King yang mempunyai kelajuan untuk melepasi benteng pertahanan Johor FC. Seharusnya, Nismilan menang dengan jaringan yang lebih besar.

Kita bandingkan statistik Effa, King, dan Shakir dalam perlawanan ini :


Pass
Succesful Passes (%)
Shots
Shots on Target (%)
Goal
Effa
25
88%
11
36%
1
King
16
81%
1
100%
-
Shakir
15
80%
3
100%
1

Peratusan percubaan Effa on target terlalu rendah untuk digeruni sebagai penyerang. Walaupun mempunyai purata gol per perlawanan yang baik, namun Effa terlalu banyak membuat percubaan yang sia-sia. Mungkin terlalu ambitious?

Shakir masih lagi konsisten dengan persembahannya. 3 percubaan, kesemuanya tepat, dan menjaringkan 1 gol. Mungkin Coach boleh membuat kesimpulan sendiri berdasarkan statistik ini. Tu pun kot Coach maun baco blog ni. Kalau tak maun nak buek cano. Lagipun baru duo game statistik ni ado. Kesimpulan apo bondo nak buek yo tak? Hahah.


Passes
Succesful (%)
JaiM
26
73
Isma
59
85
Shukor
57
91
Rasyid
37
94
Faizham
44
70
Kecik
34
91
Halim
49
90
Boss
61
82
Kuna
43
90
King
16
81
Effa
25
88
Shakir
15
80


Memberangsangkan. walaupun banyak hantaran jauh dilakukan, namun kebanyakannya tepat. Nismilan hanya kehilangan bola apabila cuba menggelecek dan terlalu lama menguasai bola.

Esok jangan lupa ke Paroi untuk menyaksikan Nismilan menentang Perak.

Sekian.

MUSUHNYA HABIS BINASA!


No comments:

Post a Comment