Wednesday 9 May 2012

Selangor 1-3 Nismilan

Bertandang tanpa harapan, pulang dengan kemenangan. Ayat yang paling sesuai untuk menjelaskan perasaan se malam tadi. Nismilan memang ada badi dengan Gergasi Merah. Payah bona nak monang eh! Walaupun mendahului dengan 2 gol, waghieh pasti akan kecewa dengan keputusan penuh perlawanan. Tambahan pula dengan prestasi Nismilan yang bak kato arwah atok se, "Tah hapo bondo eh tah", se mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk ke Shah Alam dengan jangkaan Sang Rusa akan dilapah Gergasi Merah. Tetapi...

Separuh masa pertama :

Sebaik melangkahkan kaki ke stadium, perlawanan sudah pun berusia 13 minit dan Nismilan mendahului dengan 1 gol. Kecewa kerana gagal menyaksikan gol. Thanks to you. You know who you are. LOL. No biggie though. Dengan pantas se bertanya kepada waghieh yang hadir di SSA siapakah penjaringnya dan jawapan yang diberikan oleh seorang waghieh ni ialah King. Macam mano ghoman gol deh? Haa, tengok ulangan kek Astro Arena nanti. Minit ke-duo deh koba kek se.

Nismilan bermain dengan begitu cemerlang. Mengawal tempo perlawanan dengan begitu baik. Bertukar-tukar hantaran pendek di bahagian tengah yang dikemudi oleh Boss dan Rasyid. Ada beberapa ketika, kelihatan kelibat mereka tidak ubah seperti Xavi dan Iniesta. Membuka permainan kepada pemain sayap ketika perlu. Se betul-betul kagum tadi! Se cuba untuk tidak terlalu excited kerana Nismilan cenderung untuk 'menghadiahkan' gol kepada pihak lawan di hujung-hujung perlawanan.

Serangan bertali-arus dari sebelah kanan dikekalkan. Through ball kepada Kecik kerap membuatkan pertahanan Selangor kelam-kabut. Selepas persembahan memberangsangkan bersama Harimau Malaya ketika menewaskan Sri Lanka tempoh hari, dilihat Kecik mula mendapat form yang ditagih oleh waghieh. Namun pada minit ke-30, King mengalami kecederaan dan tidak dapat meneruskan permainan. Nazrin dimasukkan untuk bermain di sayap kanan dan Kecik mengisi kekosongan King dengan bermain di belakang Shakir.

Minit ke-34 Nismilan mendapat sepakan sudut. Short corner kepada Alif. Alif membuat hantaran ke dalam kotak penalti. Farbaq menanduk padu. Ditampan oleh Jelvanathan. Bola hasil tampanan tersebut jatuh di hadapan Shakir. Shakir melepaskan rembatan kaki kanan dari 8 ela ke gawang yang kosong. Gol! Selangor 0-2 Nismilan.

Selangor mula merancakkan permainan. Namun penyerang mereka, Balaban dan Amri terlalu kerap offside. Pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan Nismilan yang dikemudi oleh Shukor dan Farbaq. Kalau limo boleh kali through ball, tigo boleh kali offside, mano la tak mental striker deh yo tak?

Nismilan memperoleh 2-3 peluang lagi namun gagal disempurnakan Kecik, Kuna, dan Shakir. Manjang off target yo. Hanya percubaan Shakir yang tepat ke gawang namun diselamatkan penjaga gol Selangor.

Separuh masa kedua :

Selangor mula menguasai hampir keseluruhan permainan. Merencanakan serangan daripada bahagian tengah. Safiq dan Amri bekerja keras. Ramez Dayoub juga tidak ketinggalan membuat hantaran jauh kepada Balaban. Namun Balaban yang terperangkap offside sedikit sebanyak merendahkan moral rakan sepasukan dan mengurangkan momentum Selangor. Nismilan pula hanya melakukan counter attack untuk mengancam Selangor kerana ingin mengekalkan kelebihan dua gol. Hanya beberapa kali Nazrin, Kuna, dan Kecik membuat larian berbahaya di bahagian sayap hasil through ball daripada Rasyid dan Boss.

Alif mengalami kecederaan pada dan gagal meneruskan permainan pada minit ke-62. Ismaidham dimasukkan. Rasyid ditolak ke bahagian right back dan Isma bergandingan dengan Boss di bahagian tengah. A touch of genius from Coach.

Minit ke-65, Isma menghantar bola tinggi kepada Shakir. Shakir berjaya mengawal bola. Berjaya melepasi pertahanan Ramez Dayoub. Bernasib baik untuk melepasi pertahanan kedua Selangor. Melepaskan rembatan kaki kiri dari jarak 15 ela. Did not make a good contact with the ball. Bola bergerak leret menuju ke kiri gawang Selangor. Jelva seakan dapat menyelamatkan bola. Bola menerjah gawang. Gol ini pelik. Sama ada ada deflection daripada pertahanan Selangor ataupun Jelva tergelincir. Se terpakso bersorak. Osah kelakar gol deh. Selangor 0-3 Nismilan. Se hadiahkan assist kepada Isma.

Selangor semakin rancak menyerang. Mereka turut dihadiahkan beberapa sepakan percuma dari jarak 25-30 ela. Namun benteng dan JaiM menjalankan tugas dengan begitu cemerlang. Hanya satu sepakan percuma daripada Balaban yang berjaya menewaskan JaiM namun gagal menewaskan palang gol Nismilan.

Amri dan Balaban masih kerap terjerat dengan perangkap offside benteng Nismilan. Mungkin krisis pertahanan Nismilan berjaya diselesaikan setelah Coach menggandingkan Shukor dengan Farbaq sebagai jantung pertahanan Nismilan. Namun, mungkin Nismilan akan menghadapi satu lagi masalah. Ketiadaan penyerang. Shakir mengalami kecederaan pada minit ke-80 (kekejangan otot barangkali) dan digantikan dengan Halim. Kini Kecik bermain sebagai striker dan Halim dibelakangnya.

Nismilan masih berjaya mengekang asakan Selangor dan berjaya membuat counter attack ala Manchester United namun tiada penyudah. Pada minit ke-93, ketika hanya segelintir sahaja penyokong Selangor yang tinggal, hantaran jauh dilakukan dari bahagian tengah padang mencari Balaban di bahagian left back Nismilan. Qayyum off position. Balaban mendada untuk mengawal bola dan masuk ke dalam kotak penalti. Satu lawan satu dengan JaiM. Balaban merembat dengan kaki kanan ke far post. Bola menggegar jaring. Gol saguhati untuk Selangor. Balaban dan Amri adalah antara pemain Selangor yang layak menjaringkan gol. Hardworking, consistent and the two best players on the pitch for Selangor. Betul tak Nismilan selalu hadiahkan gol minit-minit akhir kepada pihak lawan?

Tamat perlawanan.

Pemain Nismilan yang menyerlah malam tadi ialah Boss, Kecik, Kuna, Nazrin, dan Shakir. Se memilih Boss sebagai man of the match. Walaupun Shakir menjaringkan 2 gol, namun Boss berjaya mengemudi bahagian tengah dengan cemerlang. Kita lihat statistik pemain-pemain ini :


Minutes
Pass Completion
Succesful Tackles
Idris Karim
94’
73%
40%

Nampak? 73% pass completion. Hampir menyaingi Xavi dan Iniesta dah!


Minutes
Pass Completion
Shots on Target
Shakir Ali
80’
50%
75%
 
Percubaan tepat yang amat tinggi peratusnya. A clinical finisher. Lebih baik daripada Effa barangkali?


Minutes
Pass Completion
Shots on Target
Shahurain Abu Samah
94’
65%
0%

Bermain dengan sangat baik. Membuat beberapa percubaan ke arah gol namun tiada yang menepati sasaran. Need to be a little more composed infront of goal. It's not about striking the ball with power but putting the ball in the net.

Sedikit sebanyak statistik yang berjaya se dapatkan secara manual dengan bantuan daripada rakan se, Hasrizal Haron. Couldn't have done it without you mate. Thanks for the extra hand.

Jadi, memandangkan Nismilan berjaya melakarkan kemenangan malam tadi, maka diharap waghieh-waghieh akan memenuhkan stadium Paroi pada Sabtu ini ye?

MUSUHNYA HABIS BINASA!

Sekian.

No comments:

Post a Comment