Wednesday 3 October 2012

Rusa tumbang diburu askar!

Tersungkurnya Sang Juara

Kecewa, sugul, terkilan. Banyak lagi perkataan yang boleh digunakan untuk menggambarkan perasaan tatkala tewas kepada ATM malam tadi di Paroi dan sekaligus menyebabkan Nismilan tersingkir dari saingan Piala Malaysia tahun ini. 

Mintak maap la entri kali ni takdo gamba, takdo video. Se tongah kecewo laie ni. Maleh nak cari gamba, maleh nak edit video, walaupun ado rakaman full game malam tadi.

Seharusnya waghieh-waghieh tak perlu menggelupur meminta Coach AK disingkirkan. Tahun lalu beliau telah berjaya membawa pulang Piala Malaysia untuk kali kedua dalam tempoh tiga tahun ke tanah beradat. Perbezaan yang amat ketara antara tahun lalu dan tahun ini ialah barisan para pemain. 

Tahun lalu Hai-O, Aidil, Irwan, Zaquan, dan Farizal masih berkhidmat untuk Nismilan. Penghijrahan besar-besaran pada hujung musim lalu ternyata memberi impak besar kepada Nismilan. Masalah kecederaan yang dialami oleh Zamani dan Muzaki tidak membantu. Rasyid dan Ismaidham tidak mampu untuk menggerakkan jentera tengah. Link-up play antara Effa dan Shahurain masih belum serasi walaupun sudah tiba ke hujung musim. Kuna yang terpaksa mengisi posisi full back ternyata merencatkan jentera serangan Nismilan.

Sejujurnya, melayakkan diri ke suku akhir adalah pencapaian yang boleh dibanggakan berdasarkan 'ketempangan' skuad Nismilan. Perlawanan malam tadi walaupun berakhir dengan kekecewaan, namun waghieh-waghieh seharusnya melihat kekalahan tersebut dari sudut positif.

Boto, Nismilan ponyandang juaro. Boto, STAR tu stadium keramat. Tapi tengok skuad Nismilan. Lack of depth in the squad. Sebagai contoh, jika Idris, Effa, dan Kuna cedera. Siapakah yang mampu mengisi kekosongan mereka? Boghi la Alex Ferguson ko Jose Mourinho ko Pep Guardiola ko takdo dapek monang do. Bukan memperlekehkan skuad kita, tetapi ini hakikat yang harus kita terima.

Yang baling objek masuk padang malam tadi sekali lagi se ucapkan 'bangang!'. Yang maki-maki pemain semalam, bawak-bawak bersabar. Yang mintak Coach AK ditukar, jangan nak golabah bonar. Kito buek rilek yo. Kono kalah gak sekali-sekalo. Kalau asik monang yo, nanti kito bongkak. Tuhan tak suko. Haa, tak cayo? Tanyo Azhar Idrus. Hahah.

Diharap skuad Nismilan dapat ditingkatkan kualiti. Full back, center back, center midfield amat-amat diperlukan. Effa juga seharusnya memperbaiki kerjasama dengan pemain sayap. Shahurain kurang menyerlah musim ini kerana kurang mendapat hantaran daripada bahagian tengah dan target man. Tak percaya? Cuba tengok perlawanan-perlawanan Nismilan sebelum ini.

Se nak taip banyak laie, tapi bos dah dok joling-joling sambil asah pisau pandang se tu ha. 

MUSUHNYA HABIS BINASA!


No comments:

Post a Comment