Friday 28 October 2011

Pre-Match Final PM 2011



Ok. Aku dah nak demam bila memikirkan esok final PM 2011. Jantung terus berdegup laju bila membayangkan bola akan menerjah jaring pada malam esok. Aku akan cuba kupas pemain yang akan memberikan impak besar pada malam esok. Kita mulakan dengan pemain Terengganu.

P/S : Semua imej dalam blog ini diambil secara rawak melalui enjin pencari google. Manakala video diambil dari youtube.

Terengganu


Manaf Mamat yang tengah on form sekarang ni. 

Natural born striker. Instinct menjaringkan gol yang sangat tinggi. Gol backheel dia masa lawan Selangor kat Shah Alam tempoh hari membuktikannya. Walaupun dah terjatuh menyembam tanah, dia masih mampu mengangkat kakinya untuk menampan bola ke dalam gol. Walaupun pada mulanya aku anggap nasib, setelah melihat goal celebration dan ulang tayang, ternyata beliau berusaha untuk membackheel bola tersebut. Tak percaya? Tengok video atas ni, 1.08-1.12. Sebelum dia backheel, dia tengah pandang bola tu.

Ismail Faruqi yang akan menggerakkan 
serangan Terengganu.

Belum sebagus Safiq Rahim. Sekali je aku tengok dia ni main. Time lawan Singapore. Aku rasa dia ni power la jugak. Larian solo yang akan disudahi dengan through ball kepada Hadi,Ashaari, dan juga Manaf akan membuatkan pertahanan Negeri Sembilan bercerai-berai. Kalau beliau sentiasa diberi game time dan Rajagobal bagi kepercayaan pada beliau untuk mengemudi midfield Malaysia, kita mungkin tidak perlu mengharap kepada Safiq sahaja selepas ini.

Hadi akan menjadi focal point
of attack untuk Terengganu.

Pemenang kasut emas Liga Super 2011 dengan 20 gol. Ayat ini sudah mampu untuk membuatkan Aidil dan Zamani resah. Untuk menampakkan beliau ni lagi hebat, beliau score dalam debut beliau bersama Malaysia. Tak ke hebat namanya tu? Beliau akan bertindak sebagai target man untuk Terengganu dan akan membuka ruang untuk pemain sayap mereka iaitu Manaf dan Ashaari untuk peluang menjaringkan gol.(Tengok kat sini kalau tak percaya!) Dua-dua gol beliau yang assists. Kalau mamat dua orang tu tak lari, beliau pun boleh score sendiri. Apa ade hal? Beliau top scorer kot!

Ashaari Samsuddin meledak gol ketiga Malaysia
ketika menentang Indonesia.

Ashaari Samsuddin. Favourite player aku di Terengganu. Boleh merembat dengan kedua-dua belah kakinya. Beliau mempunyai larian laju, kawalan bola yang amat baik, dan rembatan kaki kiri yang boleh buat penjaga gol mengucup keluarga mereka sebagai tanda perpisahan. Tak percaya? Tak tengok ke video Hadi Yahya kat atas tu? Tak perasan ke bagaimana beliau score gol kedua? Sebab beliau player favourite aku, aku tambah satu lagi video untuk buat beliau nampak lebih hebat!


Negeri Sembilan.

"Cewah,cewah!" kata Kunalan sambil menggelecek.

Kunalan a/L Subramaniam a.k.a Semenyih Ekspres @ Kuna. Prestasi Negeri Sembilan bergantung kepada posisi beliau pada malam final. Jika berada di sayap, maka pertahanan Terengganu berada dalam keadaan bahaya. Pemain yang amat konsisten dalam permainannya. Mempunyai kelajuan angin monsun barat-daya dan mampu membuat pertahanan yang mengejarnya mengunyah rumput. Jarang menjaringkan gol kerana lebih efektif membuat cross untuk disudahkan rakan sepasukan.

Penjaring terbanyak untuk Negeri Sembilan dalam
saingan PM 2011 dengan 7 gol.

Hairuddin Omar a.k.a Hai-O. Beliau ni memang special. Kelebihan beliau adalah di udara. Susah nak cari pemain Malaysia yang handal di udara. Beliau juga mampu menghold bola untuk menunggu support daripada rakan sepasukan. Seperti Hadi, beliau juga menjadi target man untuk Negeri Sembilan dan kesemua serangan Negeri Sembilan akan dimulakan daripada beliau. Andai kata beliau berjaya membuatkan Marzuki Yusof menyembah bumi seperti mana beliau lakukan kepada pertahanan T-Team di SSINS dalam separuh akhir pertama, maka sang penyu hanya mampu melihat si rusa angkat piala.

Sila lihat gol ketiga!

Shukor Adan. Wild card Negeri Sembilan (pada pendapat aku). Persembahan beliau kurang konsisten pada musim ini. Tatkala beliau on form, maka gol yang dalam video di atas dapat dilihat. Tapi bila form tak baik, nescaya lebih eloklah kita menyaksikan awan berarak. Lebih banyak manfaatnya. Betul. Keputusan pada malam final itu bergantung juga kepada prestasi Shukor. 

Shahurain ketika membuka jaringan di
final 2009 menentang Kelantan.

Shahurain Abu Samah a.k.a Kecik. Beliau merupakan favourite player aku dalam skuad rusa. Jika sebelum ini beliau digeruni dengan larian solo berbahaya ke dalam kotak penalti dan juga hantaran silangya, namun pada musim ini beliau menambah satu lagi attribute beliau iaitu rembatan jarak jauh. Selain pasangan kembar Aidil dan Zaquan, Kecik juga merupakan fan favourite di Paroi. Ini merupakan gol-gol beliau. Sila lihat gol yang KETIGA.

Pemain-pemain ini merupakan pendapat aku sahaja. Aku pun bukannya professional dalam bab-bab macam ini. Cuma apa yang aku nampak, aku luahkan.

Akhir kata, harap-harap malam final nanti tiada kejadian yang tak diingini berlaku. JANGAN BAKAR MERCUN! JANGAN BALING OBJEK KE DALAM PADANG! Semoga kita semua ke sana untuk menonton perlawanan bolasepak yang menarik.

No comments:

Post a Comment