Saturday 14 January 2012

Johor FC vs Nismilan (Pre-match)

Selepas sekadar seri Selasa lalu di laman sendiri dengan Selangor, Nismilan akan mengunjungi sarang Sang Lebah di Pasir Gudang malam ini. Berdasarkan prestasi Nismilan musim lalu, ternyata memungut mata di tempat lawan ternyata sukar. Tambahan pula dengan masalah kecederaan kepada pemain tonggak mereka. Adakah Nismilan akan mencatat kemenangan di Pasir Gudang? Kita tunggu malam nanti.

Key Player

Nismilan

Effa
- pasti akan memberi pertahanan Johor FC tekanan yang dahsyat dongan badan deh yang bagak. Dengan ado eh Effa ni, menjaringkan gol bukan masalah untuk Nismilan

Shahurain
- serangan Nismilan akan banyak berpunca dari sayap kanan. Dengan Qayyum mengalami kecederaan ketika menentang Selangor, dijangkakan posisi left back akan diisi oleh S.Kunalan akan menyebabkan serangan dari sayap kiri Nismilan akan diminimakan. (raso se macam ni la malam kang)

Zamani
- akan memimpin bahagian pertahanan Nismilan. Sama ada Maha ataupun Aliff yang akan berganding dengan beliau. Ontah-ontah Rasyid yang jadi partner deh. Natural born leader kek mato se dio ni.

Johor FC

Haris Safwan
- Laju dan ado finishing yang baik. (Nak cakap banyak-banyak takut silap. Heboh la kono buek video mintak maap kek youtube nanti. Keh keh)

Fauzi Shaari
Fauzi akan merencanakan serangan
Johor FC.

Antara pemain yang mempunyai vision dan technique di luar batas pemain Malaysia. Kepada yang tak kenal si Fauzi ni, ingat tak zaman Kedah menang double treble tak lama dahulu? Haa, memang time tu nama Baddrol, Khairil Muhaimin dan Marlon yang naik. Tetapi siapa yang feed mereka yang disebutkan tadi dengan hantaran yang cantik? Mamat ni la! Tak keterlaluan untuk labelkan dia Scholes. (pondapat se yo.)

Fauzi akan bergandingan dengan Eddy Helmi dan juga Azi Sharil Azmi. Belum kira Ridwan Ma'on lagi. Huh! Molampau lak handa eh midfield Johor FC ni ha!

Khaironnisam Sahabuddin
- berpindah daripada FELDA UTD. Kalau Zamani ponting gilo untuk defend Nismilan, macam tu gak lah ponting eh si Khaironnisam ni ek Johor FC. 

Match Prediction 

Prediction penyokong Nismilan     : Johor FC 1-2 Nismilan
Prediction neutral                        : Seri

Kenapa tak predict kemenangan untuk Johor FC? Sobab eh nak mongawal si Effa tu ibarat nak tambat kobau liar! Payah bona! Satu lagi, sotolah bermain dengan kurang memberangsangkan pada separuh masa keduo marin kek Paroi, midfield dan defense Nismilan konfem nak tunjuk diorang pun  CAYA (slang Pilah yang maksud eh power) gak. Bukan Effa yo yang CAYA dalam team Nismilan. 

Nismilan akan merasai kehilangan Qayyum. Ini confirm! Kuna yang dijangko an main left-back, attacking option Nismilan akan kekurangan 33%. Tapi, kot central midfield kito berjayo control game, dan MAINTAIN CONTROL GAME, buleh la monang.

Johor FC akan mengharapkan Fauzi Shaari, Azi Sharil Azmi, dan Eddy Helmi untuk memberi tekanan kepada midfield dan defense Nismilan. 

Firasat se mengatokan yang nak monang agak payah sikit la. Tapi yang 80% konfem ialah match ni akan jadi best! Iyo, x cayo tengok la malam ni.

Cukup la kot se dah membebel banyak ni. Se nak borangkek poie Johor ni. Nak jonguk Uwan se kek JB dulu, lopeh tu gorak poie Pasir Gudang. 

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!

No comments:

Post a Comment