Monday 9 January 2012

Negeri Sembilan vs Selangor (Pre-match)

Star of Paroi akan kembali hidup pada malam esok iaitu 10 Januari 2012. Fuuhhh. Bukan main lamo menunggu musim liga baru ni. Perlawanan malam esok adalah perlawanan yang besar untuk skuad Negeri kerana kali terakhir mereka membenam Selangor adalah 3 tahun lalu pada perlawanan separuh akhir Piala FA di Shah Alam dengan keputusan 2-1. Pado pendapat ese, perlawanan ini boleh dijadikan kayu pengukur untuk Negeri Sembilan untuk menilai kekuatan skuad setelah penghijrahan besar-besaran pemain mereka yang berhijrah ke ATM. 

Antara pemain yang akan memainkan peranan penting untuk Negeri Sembilan pada perlawanan malam esok ialah :

Effa yang meledak 2 gol menentang Kelantan.
Semua tengok perlawanan Piala Sumbangsih tempoh hari? Tak perlu diulas banyak tentang pemain ini. Cuma sedikit teguran untuk Effa.

* I really hope someone could ask Effa to read this.

A brilliant individual player. Uses his physical advantage to bully defenders. Has an exquisite touch on the ball. A true menace in front of goal BUT, and it is a big but. He needs to trust his teammates more. Before him, there were the likes of Kunalan, Halim and Shahurain who won the fans heart due to their work rate and sheer determination. Effa on the other hand, always fuss when the ball does not reaches him. Yes he did won the game for Negeri. but even Messi passes to his teammates and Messi is the best in the world.
(* just a minor advise from a passionate football fan to a great player)

'The Next Big Thing'?
Clinical finisher. Kepada peminat yang kerap pergi friendly Negeri Sembilan, mereka akan faham kenapa aku gelarkan Shakir sebegini. Jarang mensia-siakan peluang di hadapan gol. Ala-ala Filippo Inzaghi di prestasi terbaik. Bijak membaca perlawanan dan boleh mengagak kemana bola akan pergi. A true poacher. Ketika menentang Kelantan tempoh hari, dia memiliki 3 peluang dan dua daripada tiga peluang tersebut berjaya membuat Khairul Fahmi menggelupur. Rembatan kencang yang sayangnya terus ke dakapan Khairul Fahmi dan glancing header yang sekadar terkena tiang gol. Se dapek ghaso yang dio akan score malam esok.

Maha yang beraksi cemerlang menentang Kelantan.
Antara pemain under rated dalam skuad Negeri. Prestasinya pada musim lalu amat membimbangkan sehingga tidak menjadi regular player. Namun persembahan Maha ketika perlawanan Piala Sumbangsih kelmarin begitu memberangsangkan. Walaupun beberapa kali off position dan mendedahkan pertahanan Negeri Sembilan dalam bahaya, namun Maha bingkas memperbaiki permainannya sepanjang perlawanan dengan bimbingan Norhafiz. Untuk Negeri menang malam esok, maka Maha perlu berada di puncak prestasinya (itu pun kalau dia dapat main). Maha masih perlu bimbingan untuk memikul tanggungjawab yang ditinggalkan Aidil sebagai stopper kerana dia masih kelihatan tidak selesa apabila tidak bermain di posisi defensive midfield. 

Skuad Selangor secara kasar.


Setelah dilihat senarai pemain Selangor, ternyata Negeri Sembilan sukar untuk menewaskan skuad gergasi merah ini malam esok. Jika ingin menyatakan bahagian terlemah skuad Selangor pun ialah pertahanan mereka. Itu pun kerana Razman Roslan dan Nasriq Baharom masih mencari sentuhan setelah mengalami kecederaan berpanjangan. Setelah merekrut Ramez Dayoub dari Lebanon dan diiringi oleh P.Gunalan, Asraruddin, ternyata tugas merobek gawang Selangor tampak sukar.

Midfield dan Striker Selangor? Sila klik link senarai pemain Selangor dan anda akan tahu betapa mantapnya skuad mereka.

Prediction sebagai penyokong Negeri : N9 1-1 Selangor
Prediction sebagai neutral                  : N9 1-2 Selangor             

Prediction di atas dilakukan berdasarkan keputusan perlawanan head-to-head kedua-dua pasukan. Memang payah Nismilan nak monang sok poit! Tapi mana tau gandingan Effa dengan Shakir boleh menghasilkan magic pada malam esok dan menafikan prediction di atas. Tambahan pulak derby match! Fuh! Wajib poie stadium poit! Lamo dah kito poso nak tengok Nismilan main! 

Mari penuhkan STAR of Paroi malam esok!

MUSUHNYA HABIS BINASA!

*Se maleh nak report player Selangor. Kot nak tau gak, poie cari blog peminat Selangor :)

No comments:

Post a Comment