Tuesday 17 January 2012

Perak 2-1 Nismilan

Kesilapan taktikal?


"Apo kono eh jang?" , maun kono lompang si Akhbar ni kang! Keh keh keh. Ok, memang sedih sebab sekali lagi Nismilan lead the game hanya untuk kecewa di hujung perlawanan. Berdasarkan tajuk di atas, kalau waghieh-waghieh perasan, Nismilan hanya menggunakan long ball kepada Effa untuk mengasak gawang Perak.

Defend dapek bola, toghuih boghi bola tinggi kek Effa. Midfield dapek bola, toghuih boghi bola tinggi kek Effa. Tak ado build up langsung. Lotak la Shukor ko, Doghih ko, Pirlo ko, Kaka ko, totap gak tak bulih buek apo kalau dah taktikal seperti itu.

Taktikal ini menjadi ketika di Pasir Gudang adalah kerana Johor FC tiada pertahanan seperti Nanthakumar dan juga Effa bijak untuk pass kepada pemain sayap dan juga Shakir. Se nak tanyo, tadi ado tak si Effa ni buek macam tu? Ado la kot, tapi kurang bona. 

Sekali sahaja build up yang se nampak tadi. Ketia Zaki membuat overlap dan melepasi seorang pertahanan Perak sebelum cross Zaki dikeluarkan oleh pemain Perak. Ramai yang mengkritik persembahan Halim, namun setelah melihat gandingan Nyamuk dongan Rasyid tadi, ternyata tidak banyak beza.

Zamani bermain dengan cemerlang
tadi.

Se highlight kan Angah ni bukan la makno eh yang lain tak handa. Handa jugak. Terutamanya Zaki dengan Faizham. Tapi kalau tiada Angah yang mengemudi barisan pertahanan Nismilan tadi, maun limo-onam bijik Nismilan kono tadi. 

Player of the game

Ada dua pemain yang se rasa layak menjadi pemain terbaik perlawanan Perak vs Nismilan tadi.

Akmal tersenyum setelah menjaringkan
2 gol.
Eceh ceh ceh. Bukan main lebar sonyum deh! Masuk sebagai pemain gantian setelah Failee (raso se la) mengalami kecederaan. Ternyata tindakan bijak daripada Cikgu Jan untuk memasukkan Akmal kerana Akmal menjaringkan 2 gol untuk membenam Nismilan dan sekaligus membuatkan Azlan Johar terdiam kerana mengkritik Akmal sebelum perlawanan bermula.

Nantha yang berjaya mengekang
Effa.

Dapatkah tuan-tuan serta puan-puan menyaksikan bagaimana anak tempatan kita mengekang awang import sebentar tadi. Se banggo lak tetibo dapek jadi anak Malaysia. Keh keh keh.


Kesimpulan


Momandangkan kalah, se pun kurang la mood nak buek post panjang lebar. Ada dua point penting iaitu :

- Perubahan taktikal amat diperlukan seperti yang telah dibincangkan sebelum-sebelum ini. Mungkin Coach Azraai belum memiliki pemain yang mampu memimpin barisan midfield kerana Shukor dan Idris masih dilanda kecederaan.

- Decision making Effa perlu lebih baik. Effa perlu memilih untuk pass kepada teammate, dribble pemain ataupun membuat percubaan terus ke arah gol. Kalau dah ompek-limo orang dopan kau, takkan kau nak shoot jugak yo tak?(Se yo ko yang porasan bondo ni? Ataupun pondapat se salah?)


Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!

No comments:

Post a Comment