Sunday 15 January 2012

Johor FC 0-2 Negeri Sembilan

"Kalau dijolok sarang tobuan memang la kono songat, kito kono
sondol deh! Baru buleh monang!", ujar salah sorang jang
yang 'gilo'  setelah melihat gol Shakir malam tadi.
Pasir Gudang ditawan!

2 gol daripada Shakir Ali pada minit ke-32 dan 48 sudah cukup untuk memberikan 3 mata penuh untuk Nismilan. Osah laju eh game malam tadi. Dapek pulak si Eddy Helmi yang bawak bola. Berdobar gak la time kek Stadium JCorp semalam. 

Caro attack Nismilan masih samo iaitu menghantar bola tinggi kek Effa untuk flick-on atau dikawal sebelum membuka ruang untuk rakan sepasukan. Andai kata taktik ini berjaya dikekang pihak lawan, maka Nismilan tidak mampu lagi untu menjaringkan gol. Midfield Nismilan seharusnya lebih bijak mengawal tempo perlawanan dan mampu untuk membekalkan through ball dan pass yang baik kepada pemain sayap dan juga penyerang Nismilan

Asik kono condemn yo midfield Nismilan ni an? Keh keh keh. Kito puji la pulak. DEFENSIVELY, central midfield Nismilan yang dianggotai oleh Halim dan Rasyid menjalankan tugas dengan baik. Nismilan bergerak sebagai satu pasukan untuk menahan serangan daripada Johor FC. Zonal defense antara Rasyid dan Halim berjaya menghalang Fauzi Shaari daripada menghantar through ball untuk Zamri Chin dan hanya berjaya membuka ruang untuk wing iaitu Eddy Helmi.

Left back Nismilan malam tadi bukan Kuna seperti sangkaan se. Faizham diberi kepercayaan untuk mengisi posisi yang ditinggalkan Qayyum akibat kecederaan dan Faizham bermain dengan cemerlang untuk mengekang Eddy Helmi. Dari mulo first half sampai abeh game, ado la 3-4 kali yo Eddy lopeh dongan Faizham ni. Bilo dah lopeh, Angah pulak ado nak halang deh. Memang lotih la Eddy malam tadi. Se sebagai peminat Nismilan happy bilo dapek tengok pemain mudo beraksi.


Gol pertama Shakir untuk Nismilan dalam competitive match. Bola terkena Rasyid sebelum jatuh di hadapan Shakir untuk disudahkan dengan half volley daripada kaki kanannya. 


Ok, gol kedua daripada Shakir ni penyokong Nismilan akan selalu tengok dalam season ni. Route 1 goal nama dia. Direct dan straight to the point untuk menjaringkan gol. Sepakan percuma daripada JaiM, flick-on header daripada Effa, Shakir berjaya mengawal bola, Shakir merembat, Gol! 

It's simple and as easy as A B C. But the finish from Shakir is truly exquisite. He caught the goal keeper off guard including the fans in the stadium.

*video "ihsan" daripada sokernet.com


Akhirnya, local player berjaya score untuk Nismilan. Bukan tak suka bila Effa score, cuma lebih berpuas hati bila rakyat tempatan yang jaringkan gol. Tak adalah nanti at the end of the season, semua top goalscorer ialah pemain import. Kan? 

Next stop is Ipoh! Se lun ponah sampai Ipoh ni. Kot ado rombongan koba an kek se yo. Teringin na nak poie sanun. Mano tau buleh kutip 3 mato laie. Keh keh eh.

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!

2 comments:

  1. Jang..best entri..x meromang bulu roma ekau heh heh

    ReplyDelete
  2. keh keh keh..meromang gak la time shakir score 2nd gol..

    ReplyDelete