Monday 10 October 2011

Pengadil!

Howard Webb

Yaa, siapa yang tidak kenal akan muka pengadil di atas ini iaitu Howard Webb yang dikatakan sering menyebelahi pasukan Manchester United jika mengadili perlawanan mereka. Namun, entri kali ini penulis tidak akan sama sekali mempersoalkan mutu pengadilan pengadil di atas. Perkara yang menarik hati penulis adalah kes KEDAH TIDAK LAYAK ke SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA! 

Kepada yang tak tengok langsung bola Malaysia dan tak tahu menahu apa terjadi dalam perlawanan tersebut, silalah merujuk kepada encik google. Kedah harus menang perlawanan terakhir kumpulan mereka untuk layak ke suku akhir (sebenarnya situasi dia lebih rumit,tapi penulis meringkaskan untuk pembaca agar mudah difahami). Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1 gol. Perlawanan yang disiarkan secara langsung menunjukkan Wan Jamak memberikan reaksi ini dalam komen selepas perlawanan beliau.

Kedah 1-1 Perak

Berdasarkan video di atas,LANGSUNG TIDAK DAPAT MEMBUKTIKAN APA-APA. "SYABAS kepada MEDIA! Lain kali, "JANGAN LETAK KAMERA LANGSUNG DI STADIUM" kerana KAMERA ANDA "MEMANG SEDIKIT". Berdasarkan penerangan Wan Jamak ketika penulis menyaksikan komen beliau secara langsung (penulis tak sempat tengok perlawanan,ada urusan keluarga tatkala itu), ayat yang digunakan oleh Wan Jamak adalah lebih kurang seperti berikut.

"Kami dapat 2 gol bersih yang dibatalkan. Kami dirompak pengadil...Kalau tak percaya tengok Astro Arena. Saya dimaklumkan bahawa pihak Astro Arena turut mengatakan kedua-dua gol tersebut sepatutnya diberikan pengadil."

Pada waktu ini penulis semakin tertarik dengan komen Wan Jamak dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya yang terjadi. Namun "KEBIJAKSANAAN" media kita terserlah apabila LANGSUNG TIDAK MENUNJUKKAN ulang tayang insiden-insiden tersebut. Sekali lagi pengulas mengucapkan "TAHNIAH YANG TIDAK TERHINGGA" kepada pihak media.

Malahan, Wan Jamak turut ditertawakan oleh pengacara rancangan terbabit iaitu Allday Newspaper (bukan nama sebenar). Pundit yang dijemput dalam rancangan turut menyelar tindakan Wan Jamak mempertikaikan keputusan pengadil dengan ayat lebih kurang seperti,

"Seharusnya Wan Jamak tidak boleh membuat komen sebegitu kerana keputusan pengadil adalah muktamad...Kedah sepatutnya boleh bermain dengan lebih baik pada separuh masa kedua kerana bermain dengan terlalu baik di separuh masa pertama"

Kalau dah jaringkan gol 2 biji, dan kedua-duanya dibatalkan dalam perlawanan yang wajib menang, HARUSLAH pemain hilang fokus! Kenapalah BIJAK SANGAT komen anda? Terlalu mencium punggung persatuan! Takut didenda seperti Wan Jamak ke? http://sokernet.com/piala-malaysia/wan-jamak-berdepan-penggantungan-6-bulan.html

Berdasarkan pengalaman penulis pula, mutu pengadilan memang "AMAT MEMBANGGAKAN" di Malaysia. Jika last defender menjatuhkan pemain lawan secara sengaja atau tidak demi menafikan peluang menjaringkan gol, maka secara otomatiknya pengadil akan melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan tersebut. Namun di Malaysia, mutu pengadilannya adalah "LEBIH HEBAT!" Pengadil AKAN MELAYANGKAN SENYUMAN kepada pemain pertahanan tersebut. HEBAT BUKAN? 

Adakah pengadil perlawanan Liga Super/Piala FA/Piala Malaysia adalah sama dengan pengadil yang mengadili perlawanan MSSD/MSSM? Jika tidak, mengapakah mutu pengadilannya "TAK SAMA LANGSUNG?" Apakan daya, darah penulis berwarna merah. Hanya mampu meluahkan rasa "PUAS HATI" dan "MAMPU MENGAMBIL TINDAKAN SENDIRI".

Akhir kata,
"JANGAN PERGI STADIUM TENGOK BOLA SEPAK KITA. TENGOK EPL/LA LIGA/SERIE A JE. BUKANKAH KITA SEMUA DILAHIRKAN DI EROPAH?"

Sekian.

2 comments:

  1. yeahhhh...Kid is back...Kid is Back

    ReplyDelete
  2. walaupun aku bukan peminat bola sepak baik di msia ataupun eropah, i've got to say this: PEEEEEEEEEERRRRRRRRRRRRGH........

    ReplyDelete