Sunday 30 October 2011

Malam Final PM 2011

Eh? Baju kuning? Dalam paper heboh cakap
baju putih menang. Apa kes ni?

Nismilan juaro PM buek kali keduo dalam maso tigo tahun! Terengganu mendapat gol pertama melalui Ashaari Samsuddin yang membuatkan SSA gegak gempita dengan sorakan penyokong skuad penyu. Namun 15 minit kemudian, giliran penyokong Nismilan pula bersorak akibat kegagalan Syarbinee Alawi menangkap kemas hantaran lintang Kunalan. Kepada Syarbinee, kami penyokong Nismilan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda! 5 minit sebelum tamat perlawanan, muncul wira Nismilan apabila Hai-O merembat masuk hantaran silang daripada Shukor Adan lalu membuatkan lebih kurang 40 000 penyokong Terengganu terkesima.

Aku tak nak penyokong Nismilan happy sangat dengan kemenangan malam tadi. Ada banyak kejadian yang pada fikiran aku amat bangang berlaku sebelum, semasa dan selepas perlawanan malam tadi. GADUH!

Aku tak nak marah langsung penyokong Terengganu. Aku rasa kalau aku tegur, confirm diorang melenting. Biar mereka yang menegur sesama mereka sendiri. Baik aku tegur orang-orang aku.

Ok waghieh, korang takdo dapek apo-apo pongajaran ko daripado final PM 2009 tatkalo kito kalah an Kelantan? Pongajaran yang se dapek malam tu iolah diorang tak pandai nak handle provokasi. Dio kutuk kito buleh, tapi bilo kito kutuk dio tak buleh.

Waghieh-waghieh sumo kono ingat yang caro kito begurau lain dongan diorang sumo. Kalau kito memprovoke (ado ko porkataan ni dalam kamus?) penyokong yang dokek-dokek dongan kito contoh eh Selangor ko, Perak ko, Johor ko, Kolumpo ko, se ghaso takdo masalah sobab caro kito begurau lobih kurang samo yo, (Se bercakap berdasarkan pongalaman ni.)

So, kito dah tau yang diorang ni tak buleh nak tahan provokasi, YANG KITO POIE PROVOKE BUEK APO? Sobab bondo tu fun? Sobab kalau tak ado provokasi mako bola Malaysia tak best? Macam tu? Lopeh tu bilo jadi macam kes somalam, heboh kito dok maki orang-orang dio. Cakap bondo-bondo tak elok kek orang dio? 

Agak-agak eh, waghieh buleh terimo tak se togur ni? Tak buleh? Waghieh ingat tak maso kito lawan Selangor kek Paroi? Time tu FA Cup semi-final 2nd leg. Kito kalah 0-1 malam tu. Kito lawan provoke dongan penyokong Selangor malam tu yo tak? Ado tak jadi bondo tak elok lopeh game malam tu? Ado? 

Kito heboh dok cakap orang tu takdo tamadun, orang ni orang kampung, walhal, ghaso se, KITO YANG KAMPUNG! Gurau tak kono tompek dongan orang eh. Orang tuo-tuo dah posan dah kek kito :

"Jangan bermain dengan api"

Tapi kito ni begar! Nak jugak molawan cakap orang tuo. Kalau malam tadi yang kek stadium tu sumo orang mudo, takpo la nak botumbuk ko, nak bogaduh ko, nak main caklempong ko, ikut waghieh la. Tapi kono ingat, bilo final ramai yang bawak family datang sekali. Gadis-gadis pun ramai. Kono la jugak pikir an kosolamatan diorang. 

Se ado simpan sedikit pujian buek UN9 ni. Timo kasih banyak-banyak kek brader-brader yang sanggup jugak masuk stadium malam tadi (tak tau la berbayar atau tak, hahah). Sebelum brader-brader masuk malam tadi, penyokong kito punyo chant bortorabur. Bilo brader-brader masuk, baru la toratur kito nak bersorak. Semangat penyokong pun lain macam bilo UN9 dah masuk stadium. Kudos to you guys! Dah buleh nampak dah yang tanpo UN9, penyokong hilang arah. Ibarat kapal yang tidak bernakhoda. Kami penyokong Nismilan amat memerlukan brader-brader sentiasa bersama di stadium.

Akhir kato, untuk waghieh-waghieh sumo, kito dah monang PM dah. 2 kali dalam 3 tahun. Dah handa dah se ghaso tu. Justeru, se morayu kepado waghieh agar tolong la ponuhkan STAR of Paroi untuk perlawanan liga. Kito jadikan Paroi tu kubu pasukan Nismilan. Biar sampai jadi macam Kota Bharu. Kalau buleh, biar sampai tak ado team yang sanggup main kek Paroi. Bukan tak sanggup sobab kito baling morcun, baling botol air apo bagai. Tak sanggup sobab penyokong ramai dan diorang akan ghaso tertekan bilo main kek Paroi. Masih ingatkah waghieh akan kejadian di bawah ini? Bayangkan setiap kali perlawanan di Paroi situasinya begini. Sekian.






Gambar diambil daripada http://www.facebook.com/n9futbol

6 comments:

  1. sangat berbaloi malam td. nasib jmpe ko gk b4 blk. ahahahaha. time kaseh la n9 n hai-o

    ReplyDelete
  2. entry terbaik !!!!! :D

    ReplyDelete
  3. Itu gua X berapo nak ingat, yg den taucumo team kito dah jadi CHAMPION..Jang ko mmg handal..Tahniah utk semua termasuk penyokong..Hobin Jang Hobin Nogori Beradat Penyokong Beradab !!! Peace!!!

    ReplyDelete
  4. nismilan memang handaa.. ghuso berbiso sampai buek ponyu mngih!

    ReplyDelete
  5. UN9 masuk tak bayar . harap maklum .
    CHAMPIO N9 !

    ReplyDelete
  6. rk : dah agak dah..hahah..terbaik!

    ReplyDelete