Thursday 11 December 2014

Vietnam 2-4 Malaysia (AFF Semi Final 2nd Leg) [agg : 4-5]

FIRST HALF :

Gol pertama perlawanan memihak kepada Harimau Malaya apabila sekali lagi skuad kebangsaan dihadiahkan sepakan penalti. Dan sekali lagi juga Safiq menyempurnakan sepakan tersebut dengan tenang.

Amri membuat hantaran jauh daripada garisan tengah padang cuba mencari Shahrul. Walaupun dikawal dua pemain pertahanan Vietnam, somehow, someway, Shahrul berjaya melepasi pertahanan kedua-dua pemain tersebut dan sempat menguis bola sebelum dikeluaarkan oleh penjaga gol Vietnam. Kuisan tersebut berjaya menewaskan penjaga gol dan Shahrul dengan mudah menolak bola ke gawang Vietnam untuk gol kedua Harimau Malaya.

Vietnam dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-21. Fadhli dipersalahkan kerana memeluk penyerang Vietnam dalam pergelutan dalam kotak penalti dan dengan mudah disempurnakan oleh Le Cong Vinh.

Badhri made a killer pass in the 27th minute. An exquisite pass to find Indra running down the left flank beating the offside trap during the process. With the Vietnamese defense scrambling back to cover the opened up area, Indra sends a cross in to look for Shahrul. Instead of finding Shahrul, the ball ricochet of a defender and hit the back of the net with the goal keeper rooted to the spot.

Minit ke-43, sekali lagi gawang Vietnam dirobek. Badhri ditugaskan untuk mengambil sepakan penjuru dari sebelah kanan, hantaran beliau berjaya ditanduk Fadhli ke arah kawasan bahaya (6 yard box) di mana Shukor dibiarkan bersendirian. Shukor menanduk mudah untuk gol keempat Harimau Malaya dari jarak 6 ela.

Each and every single Malaysian could only dream of this scoreline based on the first leg performance of Harimau Malaya.



SECOND HALF :

Taktikal bertahan memang sudah dijangka untuk separuh masa kedua. Dengan kelebihan tiga gol, dan berdasarkan persembahan barisan pertahanan Harimau Malaya pada separuh masa pertama, ternyata Vietnam menghadapi kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan skuad negara pada separuh masa kedua.

Pada minit ke 78, Dollah mengeluarkan Badhri dan memasukkan Baddrol. Sebaik sahaja pertukaran dibuat, Vietnam berjaya menjaringkan gol kedua mereka. Hantaran jauh daripada tengah padang berjaya membebaskan Le Cong Vinh yang berjaya menewaskan Shukor dan Kunanlan sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan Farizal.

Harimau Malaya seolah-olah terkejut dengan gol kedua Vietnam dan mula melakukan kesilapan mudah yang boleh mengundang padah. Vietnam pula seakan mula mendapat semula keyakinan mereka dan terus mengatur serangan bertali arus.

Dollah membuat satu lagi pertukaran pada minit ke 86 dengan mengeluarkan Shahrul dan memasukkan Afif untuk menguatkan lagi barisan pertahanan.


PERBINCANGAN :

First and foremost, we have to give credit where credit is due. We have to admit that Dollah got the tactical spot on tonight. Based on the first leg performance of Harimau Malaya, the Vietnamese thought they had Harimau Malaya numbered. Instead Dollah and his boys came out of the blocks gun blazing and brought the game to Vietnam. A totally different team from the one that played in Shah Alam.

Kebijaksanaan Indra, Shahrul dan Azamuddin mengeksploitasi perangkap offside Vietnam harus dipuji. Pada separuh masa pertama, perangkap offside Vietnam tidak menjadi kerana Azamuddin dan Indra banyak membuat run from deep untuk menewaskan perangkap offside. Shahrul pula diletak sebagai decoy dengan berada di posisi offside untuk memperdaya pertahanan Vietnam. Brilliant and superb!

Kehadiran semula Shukor dan Amri ternyata memberi keyakinan kepada para pemain. Benteng pertahanan yang dibarisi Zubir, Fadhli, Shukor dan Kuna ternyata begitu berdisiplin mengekang serangan daripada Vietnam.

Se ghaso Zubir paling mantap maso first half. Semuo kojo dio buek. Block shot, intercept passes, tackling players, clearance header. Untuk second half pulak, semuo defender memang caya poit! Walaupun bolos sobijik, tapi totap dapat kokang Vietnam selamo 33 minit sobolum Vietnam dapek gol keduo.

Pemain yang begitu ditagih oleh rakyat Malaysia supaya diturunkan dalam kesebelasan utama, Badhri, ternyata memberi sumbangan besar. Hantaran-hantaran jauh yang berjaya mengesan larian Indra, Shahrul, dan Azamuddin banyak kali memberi masalah kepada pertahanan Vietnam. Hasilnya, gol ketiga dan keempat Harimau Malaya adalah berpunca daripada hantaran beliau.

Kot ado yang poghasan, dalam post lopeh ado se sobut an yang teammate Badhri patut support dan make a run untuk Badhri mompamerkan koupayaan deh pado tahap optimum. Somudah A,B,C.

Satu aspek lagi yang harus dipuji ialah offside trap Harimau Malaya. Perkara ini tidak dapat dilihat dalam perlawanan di Shah Alam. Mungkin dengan kembalinya Shukor, para pemain lebih berkeyakinan untuk melaksanakan perangkap ini. Terlalu kerap penyerang Vietnam terperangkap dan sedikit sebanyak mengganggu rentak permainan Vietnam.


KESIMPULAN :

Berbunga semulalah harapan rakyat Malaysia untuk melihat Harimau Malaya menjulang piala AFF sekali lagi pada tahun ini. Corak permainan yang positif, pertahanan yang kental, komitmen daripada setiap pemain di atas padang, dan taktikal yang menjadi.

Se akui se sondighi ghaso yang kito tak buleh nak poie final kali ni. Sobab eh toghuk bona main maso kek Shah Alam maghin. Tapi Dollah dan anak buah deh mombuktikan se salah. Se memang tabik semuo pemain dan coaching staff kito. 

Bolehkah kita bermimpi untuk mengucup semula piala AFF ini? Masih ada Thailand yang menanti untuk merosakkan mimpi kita itu. Skuad negara harus kembali fokus dan tidak terlalu dibuai kejayaan ini. Tetapi untuk malam ini, biarlah mereka bergembira dahulu dengan misi hampir mustahil yang berjaya disempurnakan dengan penuh bergaya.

P/S: Nak kono caghi tiket final ni.

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!
SYS.




No comments:

Post a Comment