Saturday 7 February 2015

DRB HICOM 3-1 Nismilan (Matchday 1 Liga Perdana)

First half :

Mungkin kerana bermain pada waktu petang dan juga ini merupakan perlawanan pertama, kedua-dua pasukan bermula dengan bersahaja. Cuba mengawal possession selama yang mungkin dan tidak ingin melakukan kesilapan. Namun daripada body language merekapemain Nismilan tampak seakan-akan sambil lewa sehingga dikejutkan dengan jaringan Mohd. Fakhrul pada minit ke-14 menerusi counter attack. 

Nismilan memperkemas rentak permainan dengan mengamalkan short pass untuk menyerang. Ini diselang-selikan dengan long through ball yang cuba membenarkan Francis untuk memperoleh situasi 1 lawan 1 dengan pertahanan DRB iaitu Godwin Antwi. Namun taktikal ini kerap dipatahkan oleh perangkap offside DRB.



Setelah Nismilan berjaya menyamakan kedudukan, Izzudin mula menampakkan potensi dan kebolehannya. Beliau berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan lawan dengan larian solo di bahagian sayap dan juga penetrating run to the heart of DRB's defence enough to make them a bit disorriented.

Fizikalnya yang kecil membenarkan beliau mempunyai pusat graviti yang rendah dan membolehkan beliau menggelecek 2 atau 3 pemain DRB dengan mudah. Tidak mustahil jika beliau terus diberikan tempat dalam kesebelasan utama, bakat ini mampu digilap untuk membolehkan beliau menjadi pemain sayap paling berharga untuk negara.



Second half :

Nismilan mula meningkatkan tempo perlawanan. Short passes yang semakin laju,overlapping from full backs, the wingers willingness to run in order to support the attack menyumbangkan 2 gol lagi untuk skuad Nismilan.

Kredit : Irwan Fadzli Idrus Fan Club 21

Irwan antara penyumbang besar untuk gol kedua Nismilan. Sebelum mengawal hantaran jauh Sivanesan, beliau telah membuat larian hampir 70 meter untuk membuat hantaran ke tengah mencari Francis yang dengan mudah menampan bola masuk dari jarak 7 meter.

Sumbangan beliau tidak berakhir di situ. Tugas bertahan tidak pernah ditinggalkan dan berjaya meneutralkan sayap kanan DRB sekaligus merencatkan serangan pasukan lawan.

Seorang lagi pemain muda dimasukkan untuk menggantikan Sivanesan. Walaupun kelihatan sedikit gugup pada mulanya, beliau beransur tenang apabila berjaya menyesuaikan diri dengan tempo perlawanan. Seorang lagi pemain muda yang mungkin boleh meneraju jentera tengah Nismilan pada masa akan datang.

Bijak mengawal bola dan membuat hantaran pendek dan tepat kepada rakan sepasukan untuk merangka serangan. Dengan memberi lebih masa perlawanan kepada beliau, bakat yang ada pasti mempercepatkan lagi peningkatan beliau.

Tactical Discussion :

Seperti yang telah dibincangkan dalam post sebelum ini, tektikal Nismilan akan sedikit berubah sekiranya Kim dan KM kembali cergas. Kemasukan Kim pada separuh masa kedua meringankan sedikit beban Francis dan Bruno untuk melancarkan serangan. Kim boleh bertindak sebagai target man and  a creator just like Francis and Bruno. 

Pada ketika ini, Nismilan menyerang dengan formasi 4-3-3. Ini memberikan lebih tekanan kepada pertahanan lawan kerana terpaksa menyekat 3 pemain yang mampu menjelmakan peluang jaringan. Perubahan formasi yang amat positif untuk mengejar perlawanan ataupun to kill the game.

Set piece. Another beautiful part of the game. It is definitely an art. Deceiving the opposition to think that you are about to execute a play but came up with a different play at the end. Hopefully Coach Devan have more of these up his sleeves. Set piece could be the difference to change a lost to a draw, or from a draw to a win.

Kesimpulan :

Puas hati. Walaupun terdapat beberapa aspek lagi yang boleh dipertingkat, namun penonton tetap berpuas hati dengan persembahan tadi. Kecergasan pemain, persefahaman, dan decision making dalam perlawanan antara aspek yang patut diberi perhatian.

Syabas dan tahniah untuk 3 mata ini. Diharap pasukan dapat mengekalkan momentum dan persembahan ini untuk sepanjang musim demi melaksanakan misi melangkah semula ke Liga Super musim hadapan.

Sekian.

MUSUHNYA HABIS BINASA!
SYS.

No comments:

Post a Comment