Sunday 7 December 2014

Malasia 1-2 Vietnam (AFF Suzuki Semi Final 1st Leg)

Di kala kita sibuk mendendangkan lagu "keeper kat mana?", pasukan Vietnam nampak kelemahan kita. Pertahanan yang terlalu pincang. Ini bukan kecam, tetapi fakta. Sepanjang kejohanan AFF ini pasukan Harimau Malaya seolah-olah tidak tahu bagaimana ingin menahan serangan dari bahagian sayap.

Kita bernasib baik seri dengan Myanmar walaupun bermain dengan 10 orang kerana kurangnya pemain berkualiti dalam pasukan mereka. Pasukan Thailand telah membogelkan kepada seluruh Asia Tenggara tentang kelemahan kita. Entah mengapa Singapura tidak mengambil iktibar akan persembahan Thailand. Tetapi Harimau Malaya mempamerkan persembahan yang begitu berkualiti dalam perlawanan terakhir kumpulan tersebut.

ANALISA :

Gandingan Hafiz samo Safiq ateh korteh memang nampak sodap. Tapi bilo ado duo playmaker, siapo nak buek kojo payah nak cover back line kito? Kojo nak monang bola? Kojo nak tackle orang? Nak matikan game pihak lawan? Kot nak lotak Badhri samo Safiq pun, kalau ikut se la, totap tak jadi sobab takdo ball winning midfielder. Kenapo Gary tak start, se tak tau poit. 

Form Safiq dalam kejohanan kali ini berada pada tahap optimum. Amat tidak relevan untuk menggugurkan beliau dari kesebelasan utama. Mungkin Dollah menganggap Vietnam akan bertahan di Shah Alam justeru meletakkan Hafiz di sebelah Safiq untuk mendominasi penguasaan bola sekaligus mengawal perlawanan. Tidak menjadi.

Instead of playing simple passes and advancing the ball at the pace that Safee and Shahrul could profit, Hafiz instead went for the Hollywood passes. Long range passes that is. It was to no avail. There were'nt any single meaningful attack until the penalty was awarded to Harimau Malaya.

Pada pendapat se, kita tak patut dihadiahkan penalti itu. Tapi oghang dah boghi, kito amek yo la. Sepakan penalti yang sempurna daripada Safiq.

Bermulalah episod kepincangan pertahanan Malaysia selepas itu. Mahalli kerap melakukan overlap. Namun apabila kehilangan bola, terlalu lambat untuk turun membantu pertahanan. Azamuddin dikerah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mahalli. Ada ketika Fadhli dan Muslim terpaksa menjalankan dua tugas. Muslim terpaksa bertindak sebagai ball winning midfielder untuk mematikan serangan Vietnam, Fadhli kadangkala terpaksa menutup bahagian right back apabila Mahalli dan Azamuddin terlalu ke atas.

Banyak buleh burak pasal isu ni, tapi nanti samo pulak dongan post-post yang lopeh. Se abihkan kek sini yo la pasal isu ni.

Safee gagal sebagai target man. Kerap kehilangan bola ketika di kaki. Cuba membuat gerakan solo. He has lost a bit of his pace and he needs to adapt to a new style of play. He definitely does not have the legs to execute the goal he scored in Gelora Bungkarno and that is a painful fact.

Kemasukan Indra dan Gary ternyata menyuntik semangat baru kepada Harimau Malaya. Namun terdapat beberapa pemain yang off position menyukarkan Harimau Malaya menjaringkan gol penyamaan setelah ketinggalan 1-2.

Safiq was too deep in midfield. He should've hover around the edge of the penalty area for him to really show his ability. Mahalli was playing in front of Azamuddin (not sure why) and I definitely did not see any crosses from the left flank.

Mungkinkah kepincangan ini berpunca daripada Shukor dan Amri yang tidak dapat diturunkan akibat penggantungan?

Kekuatan mental para pemain yang ibarat pelajar tadika bertengkar tentang bapa siapa yang lebih kuat juga adalah tidak masuk akal. Safiq luku kepala pemain tengah Vietnam, Apek cuba bentes penjaring gol Vietnam, Kuna cuba siku pemain Vietnam ketika Safiq ambil sepakan percuma. Oleh sebab perkara remeh sebeginilah se amat hormat kepada Amri dan Shukor. Never retaliate!!!

Walaubagaimanapun, Vietnam ternyata bermain dengan baik dan juga sebagai satu pasukan. Hantaran pendek yang kemas, sentiasa membuka ruang dan memberi beberapa pilihan untuk rakan sepasukan membuat hantaran. Pemain-pemain yang laju dan berdisiplin (bermain dalam sistem).Mereka memang layak menewaskan Harimau Malaya.

HARAPAN:

Diharap kemasukan Shukor dan Amri pada perlawanan timbal balik nanti akan memberi impak positif pada Harimau Malaya. Diharap Gary dan Indra boleh diselitkan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan itu.


P/S: Frenly Nismilan - 8/12/2014 - vs Penjara, 8:45 mlm, STAR of Paroi
                                      - 22/12/2014 - vs Kelantan TRW, Stadium Selayang



Sekian, 

MUSUHNYA HABIS BINASA!
SYS.


2 comments:

  1. Setuju, tadi game midfield hancos. Player malaysia memang off position kucar kacir

    ReplyDelete