Wednesday 26 November 2014

Malaysia 2-3 Thailand (2nd match Group B)

Harimau Malaya ditundukkan skuad muda Thailand. Adakah skuad negara kurang bernasib baik? Betulkah padang sintetik sedikit sebanyak merencatkan rentak permainan skuad negara?

Se yakin rata-rata peminat bolasepak tanah air menyaksikan perlawanan tadi. Jadi tidak perlu dibicarakan dengan panjang tentang persembahan skuad negara sebentar tadi.

PERBINCANGAN :

Pendapat jujur se ialah skuad negara seharusnya memberi persembahan yang lebih baik daripada tadi. Memang kita berjaya menjaringkan dua gol, tetapi persembahan yang terlalu sederhana ditunjukkan. Skuad negara masih lagi mengharapkan individual brilliance untuk menghasilkan sesuatu. 

Gol Amri terhasil berpunca daripada Thailand kehilangan bola di tengah padang. Shukor, Amri, dan Safiq membuat hantaran sesama sendiri sebelum disudahkan oleh Amri. Begitu juga gol kedua. Safiq membuat larian solo setelah mendapat hantaran daripada Shahrul. 

The problem with relying on individual brilliance is that, what would happen if the player that we rely on is well defended or well contained by the opposition? What other options do we have?

Sekiranya skuad negara dibarisi pemain team player dan terdapat dua atau tiga pemain yang boleh mencipta magis, berkemungkinan bola sepak kita tidak melarat begini. Football is a team game. 

Perasankah kita bahawasanya skuad muda Thailand seolah-olah 'bermain-main' dengan skuad negara sebentar tadi? Mereka boleh menyerang habis-habisan sejak sepak mula tetapi dengan bijaknya memilih masa yang sesuai.

A team is most vulnerable after they scored. Jika diteliti, skuad Thailand menggandakan serangan ke atas kubu Harimau Malaya sebaik sahaja Amri dan Safiq menjaringkan gol. Mereka menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir permainan. Bukankah skrip yang hampir sama 'ditulis' ketika mereka menentang Singapura? A mere coincidence? I think not. 


Skuad negara masih lagi mengharapkan nama-nama besar untuk memikul tanggungjawab. 

Safee Sali
He was the best we had (4 years ago). Since his return from the Indonesian League, he wasn't really the same. Hampered by injury and was a regular bench warmer for his team. Does he still have it in his tank? I do think he does. Can he get back to the form when he was with Selangor and help Malaysia won the Suzuki Cup in 2010? Not a chance. I personally feel that he has passed his peak and I do not think that many can argue with this statement.

 
Norshahrul Idlan
Seorang lagi pemain yang memainkan peranan penting pada Piala Suzuki 2010. Namun setelah berhijrah ke JDT, form beliau menurun. Menanggung nasib sama seperti rakan sepasukannya kerana lebih kerap memanaskan bangku simpanan. Kecederaan yang dialami juga tidak membantu beliau untuk mendapatkan semula form yang pernah membuatkan beliau digeruni pemain pertahanan.

Pado se la, kot Malaysia nak poie laie jauh dalam kejohanan kali ni duo pomain ni kono ado

Amri Yahyah

Pomain yang tidak dimamah usio. Pakai susuk ko apo si Amri ni? Laju ado, kepalo otak ado, finishing tajam laie, kolobihan individu yang buleh mongubah game bilo-bilo maso. Walaupun ado skill, totap buleh bomain sobagai satu pasukan. Dokek JDT pun main first team. Apo laie ciri yang takdo? Hensem dio pun ado laie ni.

Safiq Rahim

Pemain yang pernah dikecam hebat tidak lama dahulu. Se pon kocam jugak dio ni. Main macam hampeh. Tetapi kembali kepada prestasi yang berjaya melonjakkan nama beliau ketika bersama Selangor. Pemain yang hampir sama seperti Amri namun lebih selesa berada di belakang penyerang. Menjaringkan gol kedua untuk Malaysia pada perlawanan tadi.

Shukor Adan
Kelihatan letih di penghujung perlawanan. Bertindak sebagai defensive midfield untuk membolehkan Safiq bergerak bebas untuk membantu jentera serangan. Gagal mengawal tempo permainan sepenuhnya. Se sedikit kecewa kerana seharusnya beliau mendominasi kawasan midfield tadi. Mungkin pemain muda Thailand terlalu laju. Lightning counter attack daripada Thailand banyak memaksa beliau mengerah tenaga menghalang pemain-pemain muda Thailand.

Hafiz atau Badhri se rasa boleh membantu skuad negara untuk pertemuan getir menentang Singapura. Hafiz merupakan pemain muda and his best years are definitely ahead of him, sementara Badhri pula berkebolehan mengawal tempo permainan dengan adanya pemain yang mampu memberi support kepada beliau. 


KESIMPULAN :

Dollah harus membuat perubahan dalam pasukan untuk meraih semula kepercayaan penyokong. 

Perlu menang dengan Singapura untuk ke separuh akhir. Tugas yang amat sukar. Se tidak mahu terlalu optimis. 



P/S : Dogheh la start liga perdano haa. Tak dayo dah nak nunggu ni.


Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!
SYS.

1 comment:

  1. Skuad recycle 2010. Malaysia ni kalo nama tu bleh harap, die pakai tu jela. Tak reti nak explore.

    ReplyDelete