Wednesday 12 November 2014

Malaysia 0-3 Syria (Friendly)

Shahrul diberi kepercayaan untuk mengepalai jentera serangan Harimau Malaya amat meragukan se. Mungkin Dollah masih ingin memberi peluang kepada pemain yang regular untuk beberapa tahun kebelakangan ini untuk melengkapkan skuad Harimau Malaya untuk mengharungi kejohanan AFF hujung 22 November ini.

Amri diletakkan sedikit di belakang Shahrul sementara Shukor dan Baddrol di central midfield. Azamuddin dan Kunanlan sebagai wide midfielder. Azmi dan Mahalli di full back. Fadhli dan Muslim di pertahanan tengah.

FIRST HALF :

Bermain dalam hujan sedikit merencatkan passing game Harimau Malaya namun tidak kepada passing game Syria. Pelik bukan? Sedikit pun tidak. Entah mengapa walaupun se rasakan midfield Harimau Malaya cukup ampuh untuk merencanakan serangan dengan lebih efisyen, namun para pemain Harimau Malaya tetap mengharapkan individual brilliance masing-masing untuk menggerakkan permainan.

Shahrul, Kunanlan, Azammudin, Mahali and Azmi tried to 'the hard way' instead of sticking to the system. We could not say that Dollah does not have a system. Take a glance back when he was managing Pahang and PDRM. The teams he managed played fluid football as a cohesive unit. Unfortunately this does not happen in the national squad.

Cukup setakat itu, pada minit ke-4 gawang Harimau Malaya bocor hasil half volley Nadim
Sabagh dari jarak 25 ela. Farizal Marlias berjaya meneka arah rembatan tersebut namun dibiaskan oleh Azmi Muslim untuk bola menerjah gawang.

Syria berjaya menggegarkan gawang Malaysia sekali lagi namun dibatalkan kerana offside. Namun apabila ulang tayang ditunjukkan ternyata tiada seorang pun pemain Syria yang berada dalam posisi offside. 

SECOND HALF :

 Minit 48 Syria menambah jaringan menerusi sepakan penjuru. Hantaran ke dalam 6 yard box, tandukan awal berjaya diselamatkan Kuna di atas garisan. Rebound berjaya disambar Sanharib Malki untuk menanduk mudah untuk menggegar jaring.

Minit ke-66 sekali lagi benteng pertahanan Harimau Malay bocor. Gerakan satu dua pasukan Syria di bahagian pertahanan kanan berjaya membelah pertahanan dan melakukan hantaran ke tengah. Namun Farizal gagal menangkap kemas hantaran tersebut dan bola jatuh kepada Omar Khrbin untuk menanduk masuk bola ke gawang yang tidak dijaga.

ANALYSIS :

Kalau diikutkan hati, pelbagai jenis carutan daripada pelbagai jenis bahasa yang boleh dihamburkan untuk persembahan skuad kebangsaan tadi. Memandangkan sabar itu sebahagian daripada iman, jari jemari ini terpaksalah menahan amarah.

1. Tiada gameplay

Se tak rasa Dollah tak bagi gameplay. Se tak ghaso gameplay Dollah tak jadi. Se percayo bahawaso eh pomain yang tak maun main. Harimau Malaya gagal mengawal permainan sepanjang permainan. Hantaran pendek 10-15 ela yang tidak tepat. Jika hantaran pendek pun sukar dibuat, nak menyerang daripada celah mana?

We all know that Shukor and Bakhtiar could pick a pass anytime, but instead of initiating the offense through the creative department, Harimau Malaya opt to initiate it from defense which does not make any logical sense what so ever. 

2. Tiada teamwork

Tiada support ketika mengawal possession. Pemain terlalu statik. Sestatik tugu negara. Sekali sekala sahaja kita dihidangkan larian tanpa arah daripada pemain sayap dan penyerang. Larian yang sia-sia. Apabila menyerang, hanya pemain sayap dan penyerang yang menyerang. Ketika bertahan, hanya pertahanan yang bertahan. Kalau Dollah pun cakap, "Saya pun tak tahu kenapa pemain hilang punca". Maknanya pemain yang tak execute game plan Dollah.

3. Bad individual performance

Mahali dan Azmi se poratikan banyak menyusahkan Fadhli dan Muslim. Kad kuning pertama Fadhli berpunca daripada Azmi yang tidak track larian pemain yang sepatutnya Azmi kawal. Kad kuning kedua Fadhli mungkin kurang bernasib baik.

Gol kedua berpunca daripada poor man marking. Hanya pemain yang seharusnya mengawal Sanharib Malki yang tahu bagaimana beliau boleh terlepas daripada kawalan pertahanan.

Gol ketiga Syria berpunca daripada Muslim yang juga gagal track larian pemain yang sepatutnya dikawal beliau. Hantaran ke tengah dilakukan dari atas garisan gol yang dianggap keluar oleh pertahanan Malaysia (ulang tayang menunjukkan bahawa bola masih dalam permainan), Farizal pula gagal menangkap kemas bola dan terus disudahkan oleh Omar Khrbin. Seluruh pertahanan Harimau Malaya hanya ball watching ketika Omar menanduk masuk gol ketiga. 

4. Relying too much on individual brilliance

Each and every single player was hoping one another to "pull out a Messi or a Ronaldo". Even these two individuals need teammates to make them look good and to make them better. Certqain players even showed that they do not want to be there/are not ready to perform based on their body language.

...

Bukanlah semuanya negatif, ada juga positifnya. Kunalan berjaya melakukan dua atau tiga cross yang berkualiti namun gagal disambar rakan sepasukan. Namun peluang yang dicipta tidak cukup banyak. Option yang tidak banyak juga antara sebab hantaran-hantaran ini gagal disudahkan.

Cutback cross yang kerap dilakukan terlalu mudah dibaca pertahanan Syria. Seharusnya penyerang membuat larian ke dalam 6 yard box, midfielder menanti di penalty spot untuk cutback cross, winger berada di far post sekiranya bola gagal disambar penyerang mahupun pertahanan lawan. Dengan adanya tiga options ini (jika berjaya dilaksanakan), peratusan untuk menjaringkan gol akan meningkat dengan syarat the crosser would pick the right cross or pass based on the situation. 

KESIMPULAN :

Secara peribadi, Mahali, Azmi, dan Shahrul sudah tidak relevan untuk skuad ini. Persembahan Hafiz dan Badhri sekurang-kurangnya berjaya menggerakkan permainan sedikit pada separuh masa kedua. Baddrol, Shukor, Azamuddin, Kuna dan Amri sedikit tenggelam kerana gagal mengawal sepenuhnya permainan dan mencipta peluang jaringan. Farizal (penjaga gol yang se ponah koba laie baguih dari Khairul Fahmi) ternyata mengecewakan kerana melepaskan gol ketiga.

Entah lah. Terlalu banyak yang boleh diperbetulkan. Harap-harap Dollah akan membawa skuad yang betul-betul boleh melaksanakan game plan beliau dan pemain yang betul-betul inginkan kemenangan.

P/S : Boleh donga apo yang di'chant'kan bobudak UM maso game tadi. Memang topat lagi jitu chant yang diorang tompik an tadi.






 

No comments:

Post a Comment