Sunday 13 April 2014

Nismilan 2-0 Perlis (Matchday 12)

Coach VS membariskan Kahar sebagai penjaga gawang. Angah dan Alexander di center back, Qayyum di pertahanan kiri dan Nizam di pertahanan kanan. Halim dan Nantha pula bergandingan di bahagian tengah memberi perlindungan kepada back four Nismilan. Kaplan di sayap kiri, Eddy di sayap kanan, Siva di belakang Kim yang mengepalai jentera serangan.

FIRST HALF :

Perlis memulakan permainan dengan agresif. Mereka mengawal tempo perlawanan dengan baik dan menguasai possession dengan cemerlang hasil hantaran pendek di bahagian tengah. Corak permainan sebegini hampir membuahkan hasil pada awal perlawanan apabila beberapa siri hantaran pendek yang dilakukan (ala tiki-taka Sepanyol) berjaya menembusi benteng Nismilan dan pemain sayap kiri mereka hampir meletakkan Perlis di hadapan namun rembatan beliau dari jarak 15 ela tersasar hanya beberapa kaki dari gawang Nismilan.

Lobih kurang 15 minit usio maso perlawanan, Nismilan mondapek sepakan penjuru yang ketigo dari bolah kiri. Eddy membuat hantaran terus ke dalam 6 yard box Perlis dan Kim berjaya mengatasi pertahanan lawan untuk membuat tandukan terus ke arah gawang Perlis. Tandukan Kim gagal diselamatkan oleh penjaga gol Perlis lantas meletakkan Nismilan berada 1 gol di hadapan.

5 minutes later, Perlis was launching their ground attack again. But their inability to consistently maintain their passing accuracy almost cost them a second goal. Eddy picked up the loose ball from inside his own half. He ran towards the opposition defense along with Kim on his left and Nizam was making up ground on the right flank to support him. Eddy then lays the pass to Nizam. Nizam cuts inside to beat two defenders and unleashed a thunderous strike from just inside the penalty area with his weaker foot but unfortunately the shot went way over the bar. Nizam ketika ini boleh melorongkan bola kepada Kim atau Kaplan yang berada di bahagian kiri dan tidak dikawal untuk membuat percubaan. Namun pada pendapat se, setelah beliau membuat pecutan sepanjang 50-60 ela, beliau layak untuk membuat percubaan. Cuma dengan sedikit lagi composure dan balance, mungkin percubaan beliau boleh membuahkan hasil.

Tidak lama kemudian, sekali lagi Nismilan melancarkan counter attack. Kim menghantar bola kepada Siva dan kemudian meneruskan lariannya ke depan. Siva then hold possession brilliantly to play an exquisite through ball to split the defense and spotting Kim's run. Kim controlled the pass without even needing to break his stride and fires in a shot which went straight to the goalkeeper. A golden opportunity went begging.

Pada minit ke-35, Perlis sekali lagi kehilangan bola di bahagian midfield. Siva mengawal bola dan menghantar kepada Eddy di sayap kanan. Sekali lagi Nizam melakukan overlap untuk memberikan lebih option kepada Eddy. Setelah berjaya 'memancing' pertahanan lawan untuk melakukan tackle, Eddy melorongkan bola kepada Nizam. Nizam kemudian membuat hantaran ke tengah namun sia-sia kerana Kim melakukan larian ke near post. Jika Kim mengambil posisi di tengah kotak penalti, pasti Kim boleh menyudahkan hantaran tersebut dengan tap in mudah untuk menambah gol Nismilan.


SECOND HALF :

Perlis memulakan separuh masa kedua seperti separuh masa pertama. Dominating possession, playing simple short passes and after 10 minutes, their opportunity came. Perlis berjaya menembusi benteng Nismilan daripada sebelah kiri. Pemain sayap mereka membuat hantaran ke tengah mencari penyerang import mereka yang berjaya melakukan tandukan ke arah gol. Namun tandukan tersebut lemah dan terus ke dakapan Kahar.

Minit ke-60, Siva dikeluarkan dan Sumardi dimasukkan setelah Eddy mensia-siakan sepakan percuma dari luar kotak penalti yang sedikit melewati palang gol Perlis.

2 minit kemudian Nismilan memperoleh satu lagi peluang keemasan untuk menjaringkan gol kedua. Eddy dan Kaplan melakukan hantaran satu-dua sebelum Eddy berjaya menghantar through ball kepada Kaplan yang berjaya menewaskan perangkap offside Perlis. Kaplan terus mara ke dalam kotak penalti dari sebelah kanan. Kim berada di tengah dan tidak dikawal. Instead of centering the ball for an easy tap in for Kim, Kaplan decided to go for glory and blast the ball way wide when it was easier to hit the target.

Selang 3 minit kemudian, sekali lagi Kaplan mensia-siakan peluang jaringan apabila Halim berjaya membuat through ball yang sempurna kepada beliau namun rembatan beliau sekali lagi meliar.

Peluang keemasan Kaplan tiba seminit selepas itu. Sumardi menghantar bola kepada Qayyum yang melakukan overlap di sayap kiri. Qayyum membuat hantaran pendek kepada Kim yang kemudiannya melakukan back heel untuk Qayyum yang membuat larian. Qayyum played an inch perfect low cross to find Kaplan who was unguarded in the middle and was one on one with the goalkeeper. But his tap in went a foot wide from the goal post.

Nismilan mula menguasai permainan. Halim sekali lagi membuat through ball kepada Kaplan di sayap kanan yang kemudian melorongkan bola kepada Nizam yang melakukan overlap. Nizam membuat hantaran ke far post. Kim mendada bola tersebut kepada Sumardi. Sumardi melakukan percubaan side footed half volley namun percubaan beliau lemah dan tepat kepada penjaga gol.

Kaplan akhirnya berjaya menggegar jaring Perlis pada minit ke-75 hasil sepakan percuma Eddy. Namun gol tersebut dibatalkan kerana offside. Mungkin bukan malam Kaplan tadi.

2 minit selepas itu, Kim mengalami kecederaan. Mungkin hamstring. Mungkin. King dimasukkan untuk mengganti Kim.

Nismilan memperoleh sepakan penjuru dari sebelah kiri. Eddy menghantar pendek kepada Sumardi yang kemudiannya memberikan semula kepada Eddy. Eddy berjaya menarik 2 pertahanan lawan ke arahnya dan menghantar kepada Sumardi semula yang tidak dikawal. Sumardi melakukan cross ke far post. Kaplan mendada hantaran tersebut dan melepaskan rembatan outside foot dengan kaki kanannya. Rembatan tersebut berjaya menewaskan penjaga gol Perlis di near post untuk Nismilan selesa dengan kelebihan 2 gol. Hahaha. Kaplan, Kaplan. Dapek jugak score kau kan?

Permainan bersambung. Penyerang import Perlis membuat larian solo dari tengah padang dengan menewaskan hampir kesemua pemain Nismilan. Ketika tiba di kotak penalti Nismilan, Alexander melakukan tackle sempurna untuk menidakkan peluang menjaringkan gol.

Tidak lama selepas itu, Nismilan mendapat sepakan penjuru. Eddy menghantar terus kepada Alexander yang berada di luar kotak penalti Perlis. Alexander kemudian melakukan sepakan akrobatik yang kencang namun sayangnya percubaan beliau tepat kepada dakapan penjaga gol Perlis. Kot masuk la bola ni, kompom gol of the season! Kompom!

Di penghujung perlawanan, King berjaya menanduk bola hasil sepakan percuma Eddy, namun sekadar menggegar palang gol Perlis.

PERBINCANGAN :

Se ghaso, perencanaan taktikal Coach VS memang monjadi. Cumo pomain kito yo yang banyak sio-siokan poluang. Perlis ternyata boleh mendominasi permainan dengan short passes mereka, namun punca kegagalan mereka malam tadi ialah kegagalan mereka menyempurnakan final pass untuk mencipta peluang jaringan.

Walaupun perkara ini tidak semestinya betul, but lets give Coach VS the benefit of the doubt. Mungkin kerana baru sahaja bertemu Perlis, maka Coach VS lebih peka dengan taktikal mereka. Mungkin Coach VS sudah berjaya mengesan kelemahan Perlis ketika bertandang ke Darul Aman tempoh hari. Maka mudahlah untuk beliau come up dengan counter plan untuk mengutip mata penuh di Paroi tadi.

Secara keseluruhannya, persembahan tadi merupakan persembahan terbaik pasukan Nismilan musim ini (yang se tengok la. Ado yo game yang se miss season ni). Cuma se sedikit kurang selesa dengan taktik counter attack (walaupun menjadi taktikal ini). Kerana secara logiknya, apabila bermain di tempat sendiri dan menentang lawan yang lebih lemah berbanding kita, kita yang seharusnya mendominasi possession, mengawal tempo perlawanan. But there's an English saying that "you don't fix something that ain't broken". Walaupun permainan Nismilan kurang memberangsangkan beberapa perlawanan sebelum ini, namun mata demi mata berjaya dikutip. Memandangkan tiga mata berjaya dikutip tadi dan permainan Nismilan juga agak memberangsangkan, I don't think we as fans could complaint much.

Antara pemain kito yang se ghaso layak diboghi pujian malam tadi ialah Qayyum, Nizam, Nantha, dan Halim. Kedua-dua full back kita kerap melakukan overlap untuk membantu jentera serangan. Walaupun mereka kerap membantu jentera serangan, tugas utama mereka untung menghalang pihak lawan menjaringkan gol tidak ditinggalkan. Seingat se cumo sokali yo full back kito kono tobuk. Bolah Nizam maso second half. Sokali ni yo. Seingat se lah. 

Nantha melaksanakan tugasnya sebagai defensive midfielder dengan jayanya. Aerial attack daripada Perlis dapat dipatahkan hampir 90% oleh Nantha. Short simple passes yang kerap dihantar kepada rakan sepasukan dibuat dengan tepat dan tidak meletakkan barisan pertahanan dalam keadaan tertekan. Long diagonal passes to the wingers juga kerap menemui sasaran dan berjaya memaksa pertahanan Perlis sedikit stretched out untuk memberi ruang kepada Kim dan Siva di bahagian tengah.

Halim pula mempamerkan passing ability beliau yang hampir sempurna malam tadi. Entah mengapa beliau tidak konsisten dalam membuat hantaran ini. Through ball Halim ternyata menjadi. Beliau bijak mengesan larian rakan sepasukan dan decision making beliau dalam membuat hantaran berada pada tahap optimum malam tadi. Kerap kali jentera serangan Nismilan berjaya mematahkan perangkap offside yang cuba dibuat oleh pasukan Perlis dek kerana hantaran-hantaran beliau. Mungkin ramai waghieh yang kurang setuju dengan pendapat se ini (berdasarkan reaksi yang se lihat di stadium tadi), tetapi kita perlu memberi kredit apabila perlu.

Finishing. Ini yang agak merisaukan sedikit malam tadi. Penyudah yang tumpul dan tidak clinical. Se tidak pasti sama ada penyudah yang tumpul disebabkan oleh lack of confidence atau lack of composure. Yang paling mengecewakan adalah Kaplan. Beliau mensia-siakan empat atau lima peluang dihadapan gol. Walaupun bukan bermain di posisi utama beliau, namun sebagai seorang striker, scoring instinct tetap ada. Beberapa kali percubaan beliau tersasar walaupun hanya berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol. Setidaknya percubaan-percubaan beliau seharusnya on target. Namun hampir kesemuanya tersasar.

Kim juga terlepas beberapa peluang untuk menambah jaringan pada separuh masa pertama. Jika kesemua peluang yang dicipta berjaya disempurnakan, pasti Nismilan berkenduri gol di STAR tadi. This concern is for the long run. We were lucky to be leading 1-0 when we squandered all those chances. Imagine if we were level on score, or even worse, trailing the game by a goal or two. Wasting these opportunities could be fatal to our ambition of gaining promotion to the Super League next season!   

KESIMPULAN :

Walaupun masih bermain long ball, tetapi kebanyakkan hantaran jauh Nismilan menjadi malam ni. Kim berjaya melaksanakan tugas sebagai target man dengan jayanya dan tugas beliau menjadi lebih mudah kerana kerap dibantu oleh Siva, Eddy, dan Kaplan.

Ada peningkatan daripada segi permainan. Nismilan lebih agresif sedikit berbanding perlawanan-perlawanan sebelum ini. Keinginan untuk kill the game early sudah kelihatan. Cuma penyudah yang tumpul membuatkan waghieh-waghieh sedikit resah malam tadi.

Coach VS mungkin boleh menambah shooting drill untuk penyerang kita agar mereka lebih compose untuk menjaringkan gol. Shooting target training pun boleh buat (kalau sobolum ni tak ponah buek la). Buek training macam Beckham tu ha. Gantung tayar kek gol, lopeh tu suruh la striker kito sepak bola tu masuk dalam tayar. Mangaih, orang Molayu kalau bab mongarah, bab boghi cadangan, bab kritik memang handa yo tak? Hahahah. Bab nak melaksanokan yo kurang sikit. Biasolah, ponyakit maleh ni dah kronik bona. Sekadar idea untuk dipertimbangkan.

P/S : Tak ghaso si Nizam tu buleh main wing ko? Kalau ado sorang lagi right back yang handa macam Rahman Zabul dulu, at least kito ado option untuk lotak si Nizam main wing ganti Eddy. Waghieh tak ghaso macam tu ko?

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!
SYS.



No comments:

Post a Comment