Saturday 29 March 2014

Nismilan 1-0 UITM FC (Matchday 10)

Setelah terlepas beberapa perlawanan sebelum ini, se berjayo menjojakkan semulo kaki se kek STAR tadi. Selepas mencatat keputusan seri menentang skuad Dollah Salleh di gelanggang lawan, se sudah membayangkan kenduri gol di Paroi.

FIRST HALF :

Se sekali lagi lewat tiba ke stadium. Perlawanan mungkin telah bermula hampir 10 minit. Koman bona ko management kito ni? Scoreboard tu tolong la boto kan. Haih.

Lebih kurang 15 minit perlawanan berlangsung, Qayyum membuat hantaran jauh kepada Kim. Kim berjaya melepasi pemain pertahanan dan menuju ke kotak penalti dari sebelah kiri. Kim kemudian dijatuhkan dan pengadil memberikan sepakan percuma betul-betul di luar kotak penalti UITM. Dari tompek se nengok tadi, ghaso se la dalam kotak foul ni. Siap ado kosan rumput tercabut laie kek dalam kotak tu. Tapi dah reff boghi free-kick, amek terimo yo la. Dio laie dokek dongan tompek kejadian.

Eddy membuat percubaan terus ke arah gawang UITM hasil dari sepakan percuma tersebut. Bola sekadar menggegar palang.

5 minit selepas itu, Nismilan membuat gerakan cantik yang dimulakan Siva. Siva melakukan through ball kepada Kim yang berada di sayap kiri. Kim membuat hantaran ke tengah namun berjaya dikeluarkan oleh pihak lawan dan terus ke kaki Halim. Halim membuat percubaan namun tinggi.

Beberapa minit kemudian, Kaplan dan Kim menunjukkan gandingan mantap dengan bertukar hantaran sesama mereka. Ketika Kim berjaya melakukan final pass yang baik kepada Kaplan, but instead of hitting the ball first time towards goal with his left foot, Kaplan tried to take the ball onto his right foot and was well read by the defender to clear the ball.

Selepas Kaplan, Kim pula mendapat peluang baik untuk meletakkan Nismilan di hadapan. Siva berjaya mengesan larian Kim dan melakukan through ball. Kim membawa bola menuju ke arah gol. Sebaik tiba di garisan kotak penalti, Kim melepaskan rembatan kencang namun berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol UITM.

Jaring gol UITM akhirnya bergegar selepas Qayyum melakukan cross ke far post untuk mencari Kim. Kim mengawal bola hantaran tersebut dengan dada, sebelum melakukan rembatan kencang kaki kiri untuk menewaskan penjaga gol UITM. 1-0 kepada Nismilan.

Sebelum berakhir babak pertama, Nismilan melancarkan serangan lagi. But this time it was a patience build up. A very patience build up. Nismilan melakukan hantaran pendek untuk melekakan pertahanan UITM. Qayyum dan Eddy kemudian melakukan hantaran satu-dua untuk membuka ruang kepada Qayyum melakukan cross. Kim menerpa ke arah bola dan melakukan tandukan namun tersasar. Jika cross Qayyum rendah sedikit, pasti gawang UITM bergegar lagi.


Kim sekali lagi hampir menambah jaringan apabila gerakan satu-dua beliau dengan Eddy untuk sekali lagi menkucar-kacirkan pertahanan UITM. Kim berjaya melepasi pertahanan UITM dan melepaskan rembatan kencang. Sayangnya rembatan Kim tepat kepada penjaga gol.

SECOND HALF :

Nismilan melancarkan serangan balas. Nantha berjaya melepasi kawalan pemain UITM. Menghantar bola kepada Kaplan di sayap kanan. Kaplan melakukan through ball kepada Kim di sayap kanan. Kim melakukan lob. Berjaya menewaskan penjaga gol tetapi tersasar.

Lebih kurang minit ke-70, Nismilan memperolehi sepakan penjuru. Eddy menghantar bola ke far post mencari Nantha. Nantha melakukan tandukan ke near post mencari Kim yang tidak dikawal di dalam 6 yard box. Namun rembatan Kim hanya sekadar terkena tiang walaupun gawang terbuka luas.

PERBINCANGAN :

Persembahan yang tidak bertenaga ditunjukkan oleh Nismilan. Mungkin kerana hujan. Nismilan dilihat gagal menguasai permainan. Hantaran pendek yang dilakukan tidak mendatangkan hasil positif. Hanya sekadar berlegar di kawasan tengah padang. Keupayaan Siva tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Jentera serangan yang tumpul turut membuatkan peminat sedikit resah ketika tiba di hujung permainan. Jika Kim dan Kaplan berjaya memanfaatkan peluang yang terhidang, mungkin Nismilan akan lebih selesa di hujung perlawanan kerana UITM ternyata mendominasi 15-20 minit terakhir perlawanan. Beberapa kali UITM berjaya mencipta peluang untuk menyamakan kedudukan namun gagal. Jika final pass mereka lebih berkualiti, sudah pasti Nismilan menggigit jari di halaman sendiri.

Persembahan yang tidak bertenaga juga mungkin disebabkan pendedahan isu dalaman yang 'dihebahkan' Kelab Penyokong Bolasepak Negeri Sembilan iaitu n9futbol. SYS amat berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera demi mengecapi objektif musim ini iaitu kembali ke Liga Super yang dilihat semakin sukar untuk dikecapi.

KESIMPULAN :

Ontah la. Tak tau nak koba macam mano laie dah. Nismilan totap main long ball. Kalau kito ingat balik beberapo musim lopeh (time kito monang Pialo Malaysia, Piala FA) taktik long ball ni jarang kito guno. Nismilan waktu tu gomar main pakai wing. Wing kito laju. Kocik, Kuna. Full back kito time tu pun caya. Solalu overlap. Se totap ghaso yang taktik long ball ni tak berapo kono dongan caro Nismilan main. Se ghaso yo. Makno eh pondapat se. Pondapat individu tak buleh la salah. 

Jika kita imbas juga perlawanan awal musim, tiada kemajuan dalam corak permainan Nismilan. Kemenangan yang dikecapi hanyalah menentang lawan yang lebih lemah daripada pasukan kita. Dan lawan-lawan yang lemah ini masih berjaya mencipta peluang menjaringkan gol cuma gagal disempurnakan mereka.

Inability to kill the game quickly. Defending the slimmest lead instead of constantly dominating the match to put pressure on the opponent. Ini satu perkara lagi yang se tak berapa nak faham. Mengapa? Mengapa kita bermain secara negatif di laman sendiri menentang lawan yang lebih lemah? Bukankah lebih masuk akal jika kita bermain secara positif dan terus menyerang untuk mematikan terus semangat pihak lawan?

Andai kita SYS betul-betul memuhasabah pasukan kesayangan kita ini, jauh di lubuk hati SYS pasti akan setuju bahawasanya untuk kembali ke Liga Super dengan persembahan sebegini hanyalah angan-angan kosong. Tiada bezanya kita dengan Mat Jenin. Lihat sahaja pasukan Kedah. Sudah berapa musim mereka di Liga Perdana?

Se mewakili SYS berharap pihak yang terlibat berjaya mengubah prestasi pasukan ini. Bukannya SYS mengecam pasukan, kami cuma khuatir dengan masa depan pasukan ini. Pasukan yang gah beberapa musim sebelum ini terus merudum ke Liga Perdana. Apakah sebabnya? Di manakah silapnya? Hanya 'mereka' yang boleh menjelaskan perkara sebenar.

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!
SYS.

No comments:

Post a Comment