Sunday 2 March 2014

Malaysia's XI

Oleh kerana perlawanan Nismilan yang seterusnya jatuh pada 7hb Mac, sey pun mengambil kesempatan ke Selayang tempoh hari bersama rakan sepejabat yang merupakan penyokong tegar TRW untuk menyaksikan perlawanan suku akhir ke-2 diantara Selangor PKNS dengan Kelantan.

Perlawanan pada malam itu begitu menghiburkan dengan masing-masing berbalas serangan. Antara pemain tempatan yang menyerlah malam tersebut ialah Piya, Nazmi Faiz dan Fauzan Dzulkifli.

Sebentar tadi pula kita menyaksikan skuad kebangsaan kita hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Filipina dalam aksi persahabatan di Selayang.

Sebaik tamat permainan, terdetik soalan di hati ini,

"Kalau den la jadi coach Malaysia, siapo yang den nak pilih?"

Maka tercetuslah entry ini.



FORMASI :

First eleven sey kalau jadi coach Malaysia. Buleh nampak ko tak ni?


GOALKEEPER :

Sejujurnya, ku tak bisa, hidup tanpa ada kamu...errr...ehem!

Sejujurnya, ada 3 penjaga gol yang sey shortlistkan. Khairul Fahmi, Farizal Marlias, dan Khairul Azhan. Pada mulanya, sey ingin meletakkan Farizal Marlias sebagai pilihan utama. Sey totap ghaso yang ball distribution Farizal jauh laie baguih dari si Apexxx. 

Tetapi setelah melihat dengan mata kepala sendiri ketika aksi suku akhir ke-2 tempoh hari, ternyata Apexxx memang tiada tolok bandingnya. Walaupun bolos tiga kali pada malam itu, namun Apexxx tetap beraksi cemerlang.

Ceh ceh ceh. Begitu bergaya menyelamatkan percubaan pihak lawan.

Khairul Azhan pula masih muda. Walaupun cemerlang beraksi dengan Pahang, namun sedikit gugup tadi ketika beraksi untuk negara.


FULL BACKS :

Dari awal lagi sey tidak bercadang untuk meletakkan Mahali Jasuli di dalam skuad sey. Kenapa? Sebab kerap melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya. Sentiasa ingin me'nutmeg' pihak lawan walaupun berada di kawasan sendiri. Tetap ingin menggelecek pihak lawan walaupun boleh membuat hantaran mudah kepada rakan sepasukan. Sebab yang terakhir, don't really like to defend. Mungkin idola beliau ialah Maicon dan Roberto Carlos. Ni team sey, sey pilih mano yang sey borkonan yo la. Keh keh keh.

Pemilihan Daudsu dan Zubir bukanlah dibuat secara semberono. Pemilihan mereka dibuat dengan sangat terperinci dan mengikut cara pasukan bermain. 

Pasukan sey memerlukan full back yang boleh melakukan overlap tetapi tidak terlalu attacking. Cukup sekadar memberikan option kepada rakan sepasukan dan tidak perlu melakukan gelecekan serta through ball. 

Secara defending pula, kedua-dua mereka ternyata agresif. They defended like their life was at stake, and for that, they have made the team.


CENTER BACKS :

Posisi yang paling sukar untuk sey penuhkan. Antara nama yang kerap mewakili negara ialah Muslim, Fadhli, Amiridzwan Taj, dan Aidil. Dalam saingan liga pula, tiada pemain pertahanan yang benar-benar menonjol. The most recent that we can recall was Khairul Anuar Baharom.

Justeru itu, dek kerana kecetekan ilmu pengetahuan sey, sey memilih gandingan yang pernah menggondol beberapa kejuaraan dalam masa 3-4 tahun lepas. 

Aidil Zafuan
Shukor Adan

Gandingan yang berjaya memberikan Nismilan 2 Piala Malaysia, 1 Piala FA, dan Piala Sumbangsih. 

Aidil bertindak sebagai stopper dan Shukor last man. Shukor is a vocal leader and has the ability to organize his defense well. Not to mention that he will lead by example. Aidil meanwhile is quick and agile. A brilliant combination.

Lengkap sudah pertahanan sey.


CENTRAL MIDFIELDS :

Posisi yang paling susah untuk sey pilih pemainnya. Terlalu ramai pemain yang berkualiti. Safiq Rahim, Amar Rohidan, Safiq Rahim, Amar Rohidan. Fuuhh, payah poit!

Antara nama yang tersenarai ialah Hafiz Kamal, Shahrulnizam Mustapa, Amri Yahya. Ghamai laie sobona eh. Tapi dah pukul ompek pagi dah ni ha. Nak dogheh siap yo ni. Tu yang sobut sikit yo.


Pado sey la, the best central midfield in Malaysia.
Tidak perlu diperkenalkan lagi. Tulang belakang pasukan TRW. Tanpa beliau, mungkin TRW tidak segah kini. Very deadly when the ball is at his feet and there are 2-3 options for him. 

His best role is an advanced playmaker. Bijak membuka permainan. Decision making yang luar biasa tepatnya. Tahu bila harus hold up play, bila harus dribble, bila harus attempt killer ball. 

Entah mengapa jarang dipanggil menyarung jersi kebangsaan. Dan entah mengapa juga jarang beraksi dengan baik apabila berpeluang menyarung jersi kebangsaan. Mungkin merupakan pemain yang 'lambat panas'. Walau apa pun, demo pemain tengoh terbaik hok Malaysia ado leni. Pahni main molek sikit untuk Malaysia deh?


Shakir Shaari, the best anchor man in Malaysia?
Mungkin terlalu melampau statement sey. Tetapi apabila Shakir berganding dengan Piya, keserasian mereka ternyata luar biasa. Selain cekap mematikan serangan pihak lawan sebelum serangan tersebut bermula, Shakir juga berupaya membuat killer pass untuk melepaskan striker beliau dari kekangan pertahanan lawan.

His best role is as an anchor man. One of the best if not the best at what he do in Malaysia. 


WINGERS : 

Tiada masalah untuk sey mengisi kedua-dua posisi ini. Walaupun terdapat beberapa pemain seperti Kunalan, Baddrol Bakhtiar, Ashaari Shamsudin, dan Nazrin Nawi yang berjaya mebuat sey berfikir sejenak, namun kedua-dua pemain yang sey pilih telah membuktikan bahawa mereka boleh dikategorikan antara yang terbaik dalam liga kita apabila membantu pasukan mereka muncul juara Piala Malaysia tahun lalu.

Azamuddin dan Gopinathan banyak menyumbang kepada kejayaan Pahang tahun lalu.

Mungkin ada yang tidak sependapat dengan sey. Tetapi ingatkah anda bagaimana mereka berdua memberi mimpi ngeri kepada semua full back yang ditugaskan mengawal mereka musim lalu? 

Both of them can score goals. Both of them can easily beat their man one on one. Both of them can deliver pin point crosses to their striker. They also have blistering pace and could run the whole 90 minutes. There's even a bonus. They could defend as well.

Apabila seorang winger turut membantu untuk bertahan, sedikit sebanyak ini akan meringankan sedikit beban back four kita. Perenggan di atas adalah sebab kenapa sey memilih mereka. Nama-nama yang disebutkan pada perenggan pertama, gagal memenuhi kesemua kriteria di atas.


ATTACKING MIDFIELDER : 

Siapa lagi yang harus digandingkan dengan Alex dan Gopi
jika bukan Amirul Hadi?
Amirul Hadi melengkapkan trio Pahang (musim lalu) dalam skuad sey. Beliau mungkin melakukan kesilapan apabila berhijrah ke JDT kerana kerap memanaskan bangku simpanan. Jika diberikan peluang untuk bermain, dengan form yang beliau tunjukkan musim lalu, tidak mustahil beliau mampu menjadi antara pemain terbaik Malaysia.

Beliau begitu menyerlah dalam sistem Dollah Salleh di Pahang. His agility and pace often left defenders in his wake. His creativity to deliver a pass and to make decoy runs which he often does last season was a joy to behold. Dengan melakukan dummy dan larian mengelirukan, kerap kali membuka peluang kepada Matias Conti, Alex dan Gopi peluang untuk menjaringkan gol.

Sey harap Amirul Hadi akan berjaya memasuki kesebelasan utama di JDT dan mendapatkan semula form beliau pada musim lalu.

Kalau Amri Yahya bermain simple dan tidak fancy, mungkin Amri boleh mengganti beliau dalam pasukan sey.

STRIKER :

Semenjak kemasukan pemain import, penyerang kebangsaan tidak lagi menonjol. Nama seperti Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, Hadi Yahya, Shakir Ali, dan Manaf Mamat sudah tidak lagi didengari. Err, Mat Yo ada la dengar kejap, masa kes dekat lapangan terbang tu. Keh keh keh.

Setelah dinilai, penyerang yang paling konsisten ialah Norfarhan Muhammad. 

Norfarhan Muhammad antara penyerang yang konsisten.

Walaupun kerap diturunkan sebagai winger di Kelantan musim lalu, Farhan masih mampu menggalas tugasnya dengan baik. Farhan masih mampu menjaringkan gol. Beghapo ontah gol deh sey tak tau. Tak sompek kiro.

He knows when to hold plays up. Knows when to beat his man. Knows when to run into channels. A decent crosser of the ball from wide positions. Fairly decent in the air. Clinical finisher and a team player.

Pado mato sey, Mat Yo dribble banyak bona. Safee pulak macam dah boghek yo. Shakir injured musim lopeh. Manaf dongan Hadi langsung sonyap. Farhan yo yang solalu main dan ado gak la score.


KESIMPULAN :

Pemilihan pemain-pemain ini bukan hanya berdasarkan individual skill mereka. Sey pilih lebih kepada cara mereka akan beroperasi sebagai satu pasukan. 

Central midfield akan bertindak sebagai 'pengkarya'. Piya dan Shakir akan menetapkan tempo permainan. Manakala trio Pahang pula akan mencampurkan serangan dari sayap dan tengah. Tidak kira sama ada cross, thorugh ball, atau dribble terus ke dalam kotak penalti.

Jika setiap bahagian di dalam sesuatu pasukan menjalankan tugas masing-masing dan dalam masa yang sama saling membantu, maka akan cemerlanglah pasukan tersebut. 

Pasti akan ada yang tidak berpuas hati dengan line-up sey ni. Dah namo pun line-up sey. Ikut sey la yo tak? Kok tak pueh hati, buek line-up sondighi, lopeh tu share dongan sey. Takpun tipon la sey. Kito lepak kodai kupi sambil bincang. Amacam?

P/S : Waghieh sumo jangan lupo 7hb Mac turun STAR of Paroi. Nismilan lawan poit. Punco entry ni sobab Nismilan lamo na tak lawan la ni. Hadoooii. Sangap tau tak?

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!

SYS



1 comment: