Friday 14 February 2014

Kedah 0-1 Nismilan (Matchday 5)

First of all (cewaaahhh) I would like to thank the admin of the n9futbol.com for re-posting my blog on their facebook page. 

Jadi, kita terus sahaja ke ulasan perlawanan. Disebabkan urusan kerja, sey cumo dapek tengok bilo second half start.

Coach VS masih mengekalkan formasi 4-1-4-1. Masih tiada perubahan kesebelasan utama daripada perlawanan bertemu Felda Utd tempoh hari.

SECOND HALF :

Oleh kerana bermain di tempat sendiri, Kedah lebih rancak melakukan serangan. Pasukan Kedah berjaya memnggegar garang Nismilan pada minit ke 53 namun dibatalkan kerana offside.

Nismilan masih mengekalkan cara bermain long ball dengan hantaran jauh daripada Halim cuba mencari Effa, Eddy, dan Shoufiq. Namun hantaran Halim kerap tersasar dan tidak tepat. Sey ghaso Nismilan lobih bahayo kalau melancarkan sorangan melalui darat dan bukan udara. Namun kita percaya Coach VS lebih mengenali pemain dan pasukan beliau.

Pada minit ke 58, Nismilan mendapat sepakan penjuru setelah Effa melepaskan peluang untuk menjaringkan gol ketika berlakunya situasi kelam-kabut di dalam kotak penalti Kedah. Eddy mengambil sepakan penjuru, tepat kepada kepal Effa, gawang Kedah bergegar. Nismilan mendahului perlawanan.

Permainan seakan hambar selepas itu sehinggalah berlaku insiden di dalam kotak penalti Nismilan apabila Kim dikatakan telah disiku oleh pemain import Kedah. Namun pengadil sekadar melayangkan kad kuning. Hairan bukan?   

Serangan Kedah kerapkali berjaya dipatahkan oleh Nismilan di bahagian tengah padang. Bukan kerana keampuhan midfield kita, tetapi kerana passing mereka yang kurang berkualiti dan tidak tepat.

Nismilan mendapat sepakan percuma di tengah padang setelah Kim dijatuhkan. Angah mengambil sepakan dan melambungkan bola kepada Effa yang berada di dalam kotak penalti Kedah. Effa mendada untuk mengawal, tidak dikawal,  melepaskan half volley, namun tersasar. Jika Effa tahu beliau mempunyai masa yang banyak, pasti beliau mampu menggegar jaring untuk kali kedua.

Eddy out, Puva in. Halim out due to head injury, Nantha in.

Coach VS memadatkan lagi barisan tengah Nismilan untuk memberi cover yang lebih untuk Nantha. Kedah masih lagi gagal melancarkan serangan berbahaya kepada Nismilan buat masa ini.

Minit ke 80, Nismilan mendapat sepakan percuma dari jarak 30 ela. Effa membuat rembatan terus namun dapat ditangkap kemas oleh penjaga gol Kedah, Muhaimin.

Pada minit ke 86, serangan Kedah menjadi. through ball daripada midfield KEdah berjaya membuka kunci pertahanan Nismilan(kunci portahanan yo tak? Dah saing-saing Hasbullah Awang dah). Faizal Abu Bakar melepaskan rembatan dan menggegar...palang Nismilan (nervous tak? keh keh keh)

Nismilan berjaya melengahkan masa perlawanan yang berbaki untuk muncul pemenang di Alor Setar. 3 mata berharga dibawa pulang setelah kecewa di bumi Sabah.

PERBINCANGAN :

Hantaran-hantaran jauh yang kerap dilakukan untuk Effa masih lagi dilihat tidak cukup untuk menggentarkan lawan (dari pandangan mato se la). Peratusan untuk pasukan Nismilan terus menguasai bola di final third pihak lawan masih 50-50 kerana knock down/flick on Effa jarang tepat kepada rakan sepasukan.

If VS could mix our attacking style a bit, it would've been more effective. The long balls by Halim and Angah being mixed with Siva's brilliant ability to play the quick one-two's in the opponents final third could put the opponents defence in tremendous pressure.

Pujian harus diberikan kepada pemain berjersi hijau dan bernombor 28. Shafiq ghaso eh la namo deh. Kerap mengkucar-kacirkan pertahanan Nismilan. Bijak membuat larian daripada bahagian kiri untuk masuk ke tengah. Dengan mudah melepasi kekangan Eddy, Nizam, dan Halim. Beliau juga turut menjaringkan gol tetapi dibatalkan kerana offside.

Serangan Kedah yang gagal berhasil mungkin faktor utamanya disebabkan oleh ketiadaan Badrol. Nismilan seharusnya menarik nafas lega kerana barisan tengah pasukan Kedah gagal merencanakan permainan mereka dengan sehabis baik.

Halim sekali lagi mempamerkan persembahan yang meyakinkan dari segi bertahan. Kerap kali beliau mematahkan serangan pasukan Kedah dan memberi perlindungan yang hampir sempurna kepada back fournya.

Barisan pertahanan Nismilan pula dilihat agak ampuh. Mungkin kerana tidak banyak serangan berbahaya yang berjaya dilancarkan pasukan Kedah. Nizam dilihat semakin berkeyakin untuk menggalas tugas right back. Tidak lagi melakukan kesilapan mudah.

K.Nanthakumar. Beliau menggantikan Halim yang tercedera. Begitu efficient dalam menangani hantaran tinggi daripada pasukan Kedah. Calm and composed. Terserlah pengalamannya. Puva, Shoufiq, Siva, dan Kim turut membantu Nantha ketika Kedah melancarkan serangan.

Ingat! Segalo yang sey 'carut' an ni bordasarkan persembahan second half yo.

Last but not least, mungkin Coach VS memang mengarahkan pemainnya bertahan di akhir-akhir perlawanan. Perkara ini terjadi juga ketika menentang Felda di Paroi. Ontah la, sey laie suko kalau kito kill the game. Tapi kok nak ikut kopalo sey yo tak buleh la kan? Kono buek yang terbaik untuk team la.

Keseluruhannya, perlawanan yang tidak mencapai piawaiannya. Sekadar 'OK'. Namun, 3 mata yang amat-amat berharga untuk Nismilan kembali beraksi dalam Liga Super musim depan berjaya dikutip. Itu yang penting.

P/S : Sey harap admin n9futbol terus me're-post' entry-entry sey kek page fb deh. Keh keh keh.
  

Sekian.
MUSUHNYA HABIS BINASA!

SYS.

No comments:

Post a Comment