Saturday 19 April 2014

Nismilan 2-0 PBAPP FC (Matchday 14)

Ivan Babic diturunkan di bahagian sayap kiri untuk perlawanan debutnya. Sivakumar digandingkan dengan Nanthakumar di bahagian midfield dan Bad kembali di posisi penjaga gol. Barisan pemain yang lain masih sama.

FIRST HALF : 

Perlawanan bermula hambar. Nismilan dan PBAPP masing-masing hanya mengacah untuk menyerang. Ada beberapa ketika serangan acah-acah kedua-dua pasukan berjaya mencipta peluang jaringan. Tetapi hanya sekadar peluang.

Pada minit ke-15, PBAPP melancarkan serangan. Mereka berjaya memecah masuk benteng pertahanan Nismilan dan mendapat half a chance untuk menjaringkan gol namun berjaya dipatahkan oleh Angah. Angah kemudian terus membuat long diagonal pass kepada Babic yang berada di sayap kiri. Babic berjaya melepasi pemain pertahanannya dan membuat low cross ke dalam kotak penalti mencari Sivanesan. Unfortunately, Sivanesan could not make a good contact on his shot and the ball rolled tamely straight into the goalkeepers' hands.

Beberapa minit kemudian, sekali lagi Nismilan melancarkan serangan daripada sayap kiri. Kali ini hantaran satu-dua antara Babic dan Sivanesan berjaya mengelirukan pertahanan lawan. Babic sekali lagi membuat low cross ke dalam kotak penalti. Namun rembatan Kim dari jarak 10 ela terlalu tinggi.

Ketika berbaki 1 minit sahaja lagi masa kecederaan di separuh masa pertama, Angah sekali lagi berjaya mematikan serangan PBAPP dan merampas bola di dalam kotak penalti Nismilan. Angah kemudian melarikan bola ke bahagian kiri sebelum membuat hantaran jauh kepada Babic. Babic berjaya meloloskan diri dari kawalan pemain pertahanannya dan membawa bola menuju ke kotak penalti. After side stepping another defender, Babic unleashes a thunderous right foot strike from outside the penalty box to beat the goalkeeper at his near post. Memang laju bola tu tadi poit! Bordosup poie deh!


SECOND HALF :

Nismilan cuba memperlahankan tempo perlawanan apabila bermulanya separuh masa kedua. Tidak lagi melakukan serangan balas dan hanya mendominasi possession.

Lebih kurang 15 minit usia perlawanan di separuh masa kedua, Nismilan melancarkan serangan. Hantaran jauh dari bahagian pertahanan berjaya mencari Kim yang membuat larian di sayap kanan. Kim menghantar bola kepada Sivanesan yang berada di bahagian tengah. Sivanesan kemudian melakukan through ball kepada Babic yang tidak dikawal di bahagian kanan. Babic menunggu Kim membuat larian ke dalam kotak penalti sebelum melakukan low cross kepada beliau. Kim kemudian menolak masuk bola tersebut ke penjuru gol untuk menewaskan penjaga gol PBAPP.

Philani masuk menggantikan Babic.

Nismilan mendapat lontaran ke dalam di bahagian kiri. Philani membuat lontaran jauh ke dalam kotak penalti. Kim menanduk bola tersebut terus ke Sivanesan yang berada hanya 5 ela dari garisan gol. Namun Sivanesan sekali lagi gagal menyempurnakan peluang tersebut kerana rembatannya sekali lagi tidak tepat.


PERBINCANGAN : 

Debut yang hampir sempurna untuk Babic. Satu gol dan satu assist. Walaupun tidak bermain di posisi  natural beliau. Impak beliau amat besar dalam perlawanan tadi. Cuma beliau acapkali merebahkan badan untuk mendapatkan sepakan percuma namun gagal dan mengakibatkan Nismilan hilang penguasaan bola. Selain daripada itu, persembahan beliau cukup memberangsangkan.

Terdapat tiga pemain yang betul-betul menjalankan tugas dengan sempurna pada malam tadi. Angah, Nantha, dan Sivakumar. A world class performance. Angah banyak mematikan serangan PBAPP dengan dibantu oleh Alexander. Selain itu, kawalan bola, menggerakkan permainan, dan hantarannya amat tepat. Cuma sekali yang se perasan hantaran Angah tidak tepat. He really led by example tonight.

Nantha dan Sivakumar memberi perlindungan yang sempurna kepada barisan pertahanan Nismilan. Persefahaman yang tiada celanya. Sentiasa bersebelahan ketika bertahan dan berjaya menutup ruang di bahagian tengah, secara tidak langsung memaksa PBAPP menyerang daripada bahagian sayap. Kerapkali serangan-serangan PBAPP terhenti seketika kerana gagal menembusi bahagian tengah Nismilan.

Persembahan Philani pula tidak begitu adil untuk kita adili tadi. Bermain kurang daripada 30 minit dan se ghaso dio tak buleh main wing. Fizikalnya yang besar mungkin membuatkan beliau lebih sesuai bermain sebagai top striker. Mungkin Coach VS terpaksa menukar formasi sedia ada kepada formasi 4-4-2. Ataupun menolak Kim ke bahagian sayap kiri dan membenarkan Philani mengepalai jentera serangan Nismilan.

Eddy yang mengalami kecederaan di hujung perlawanan sedikit menggusarkan hati se. Harap-harap kecederaan beliau tidak begitu serius.

Taktik memperlahankan tempo perlawanan di separuh masa kedua ternyata menjadi. PBAPP yang ingin bermain agresif untuk mencari gol penyamaan terikut-ikut dengan tempo perlawanan Nismilan. Tahniah Coach dan tahniah kepada pemain kita.

Lebih kurang 20 minit terakhir tadi, keletihan para pemain Nismilan jelas terlihat. Nantha dan Sivakumar terutamanya. Pertukaran yang dilakukan pula tidak melibatkan kedua-dua pemain ini. Ketika perlawanan berbaki 1 minit, barulah Sivakumar dikeluarkan.

Penghargaan yang ditunjukkan penyokong (UN9 terutamanya) kepada Jozef Kaplan amat-amat se puji. Walaupun jodoh beliau dengan Nismilan tidak lama, tetapi jasa bakti beliau tetap dihargai. Adakah penamatan kontrak beliau merupakan tindakan yang tepat oleh persatuan? Jawapannya hanya boleh dilihat di penghujung musim dan persembahan pemain import baru yang kita ada. Kalau soalan yang sama diajukan kepada se, jawapan se sudah tentu tidak. Namun PBNS pasti lebih arif dengan keputusan yang telah dibuat.


KESIMPULAN :

Tiga mata berharga berjaya dikutip di laman sendiri lagi. Kemenangan demi kemenangan harus dikecap demi memastikan objektif awal musim tercapai iaitu kembali ke Liga Super.

Pemergian Kaplan amat dirasai. Walaupun beliau gagal mengulangi prestasi memberangsangkan beliau ketika bersama Geylang United, namun para penyokong tetap menghargai jasa beliau. Terima kasih kepada mereka yang menjayakan tribute untuk beliau tadi. Dakujeme Kaplan! Terima kasih Kaplan! We wish you the best for your future!

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!
SYS.


No comments:

Post a Comment