Sunday 12 February 2012

Lions XII 3-1 Nismilan


Keputusan yang amat mengejutkan dan menggemparkan. 3 mata penuh yang dijangkakan dapat dibawa pulang tercicir di Stadium Jalan Besar. Seperti biasa, alasan yang diberikan oleh setiap jurulatih yang tewas di Stadium Jalan Besar ialah "Pemain gagal menyesuaikan diri dengan padang". Se tak nafikan yang padang diorang lain, tapi main 90 minit poit. Kot main 10 minit lopeh tu koba tak dapek nak sosuaikan diri dongan padang takpo la jugak kan? 

Bukan menuding jari, tetapi cuba renungkan perenggan di atas. Kami peminat terima, pemain tak biasa bermain di atas padang tiruan. Se pun terimo! Namun sebagai pemain, mustahil mereka langsung tidak mengambil inisiatif sendiri untuk selesaikan masalah bola yang bergerak laju? Mustahil tak ada sekelumit rasa simpati langsung pada peminat yang korban masa, tenaga, dan wang untuk ke sana semata-mata nak tengok Nismilan beraksi? Mungkin bukan hari kita semalam.

Nak buat analisa match tak dapek sobab tak tengok match pulak. Dah dokek imigresen baru tau passport se mampuih. Usah bangang eh tu. Tak pasal-pasal sangkut kek JB. Hahah. Padan muko se! Oleh sobab se bongang tak dapek poie Singapore, post ini akan monjadi panjang lebar sobab se nak berleter!

Se akan membentangkan sebab mengapa Nismilan tidak akan menjadi powerhouse bolasepak Malaysia. 

1) Inconsistency when playing away from home.

- Hanya 4 mata dikutip dari 12 di gelanggang lawan dengan mencipta satu sahaja kemenangan di Pasir Gudang. Gugup barangkali? Entah. Tetapi jika Nismilan ingin digeruni lawan, maka mengumpul mata maksimum di luar kandang sendiri adalah amat penting. 

2) Lacking of depth in the squad.

- Peluang terbaik Nismilan untuk menjadi kuasa besar bolasepak Malaysia adalah musim lepas. Skuad yang dibarisi bintang daripada penjaga gol sehingga jentera serangan. Daripada kesebelasan utama sehingga ke bangku simpanan. Namun, masalah kecederaan yang kritikal menyebabkan Nismilan hanya boleh berpuas hati sebagai mid-table team di penghujung musim. Berjaya merangkul Piala Malaysia di penghujung tahun boleh dianggap pencapaian minimum berdasarkan skuad yang dimiliki. Musim ini kalau dapat masuk satu final pun dah cukup bagus.(pondapat se)

- Untuk musim ini, jika kecederaan ataupun penggantungan melanda salah seorang pemain kesebelasan utama maka Nismilan akan tempang. Lihat saja apabila Kuna digantung dua perlawanan. Shahurain terpaksa bekerja dua kali ganda kerana serangan akan lebih tertumpu kepada Shahurain dan Effa.

3) Lacking trust in young players.

- Coach Azraai menggunakan Nazrin di sayap kiri untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kuna akibat digantung perlawanan. Namun, berapa banyak kali Nismilan mengasak daripada sayap kiri? Berapa banyak kali Nazrin menyentuh bola? Boleh dibilang dengan jari. Masih ingat bagaimana King, Jibam, Halim, dan Shahurain memimpin skuad Nismilan yang tempang akibat kecederaan musim lalu? Kini hanya Shahurain yang masih berada dalam kesebelasan utama. Mengapa? Tidak memberangsangkan ketika latihan? Tidak fit? Masalah disiplin?

- Se paham yang kualiti pemain mudo ni tak samo dongan first eleven, tapi kalau dah leading 2-3 gol dan maso tinggal 10-15 minit, boghi diorang masuk. Rehatkan player utamo. Dapek gak pongalaman sket kek bebudak ni. First team player pun dapek rehat. Takdo la every game main 90 minit yo tak? Amacam? Boto ko tak boto se cakap ni? Bernas ko bangang se ni? (Kalau bab passport memang se bangang. Hahah)

4) Titles won.

- Bondo ni memang tak buleh nak buek apo dah. "Slow-slow kayuh", bak kato uwan den yang kek JB tu. Kalau nak mengejar rekod Selangor, memang memakan masa berpuluh tahun. Jadi, wajiblah memulakan sesi pengejaran dari musim ini. Tak salah mengejar Piala FA dan Piala Malaysia, tetapi kejuaraan liga harus diutamakan. Tambahan pula kini juara liga layak untuk bermain di AFC Cup. Haa, buleh try lawan team negaro lain pulak. Pendedahan yang amat positif kek mato se! Lantaklah kalau kalah pun. Kito baru laie. Dah selalu masuk sok, dapek la jadi macam Barca, Real Madrid, Liverpool, Man U sok. Kalau masuk pun tak maun, macam mano? 

Cukuplah setakat ini. Azan maghrib akan berkumandang sebentar lagi. Moh bosiap mongadap Ilahi. Semoga pasukan Nismilan kita bangkit daripada setback ini. Selasa ini Nismilan akan berhadapan dengan PKNS yang berjaya menewaskan Selangor semalam. Gilo. Sumo team makin handa skang ni. Tah apo bondo diboghi makan eh tah. Bola agak eh. 

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!






2 comments:

  1. Garang bona ni ado kono mengono ngan pasport expired ko???


    TR

    ReplyDelete
  2. Haha. Takdo la. Garang sobab kalah la. Se bajet monang dah.

    ReplyDelete