Sunday 19 February 2012

FA Cup : Nismilan 1-2 Johor FC

Memandangkan Nismilan kecundang malam tadi, maka entri kali ini mungkin tidak akan ramai pembaca. Jadi mari kita ringkaskan entri kali ini.

Separuh masa pertama :

Persembahan mantap yang dipamerkan oleh Nismilan. Sepanjang 45 minit Nismilan mengawal perlawanan. Hanya beberapa kali sahaja Johor FC melakukan counter attack. Masih ingat persembahan Nismilan ketika menentang Selangor awal musim dahulu? Begitulah persembahan Nismilan malam tadi jika tidak lebih baik.

Nismilan mendominasi perlawanan untuk 23 minit pertama. Pada minit ke-24, Johor FC mendapat throw in berhampiran dengan sudut penjuru Nismilan. Long throw dilakukan, Abang Abu meng'flick' bola tersebut dan disudahkan dengan volley oleh penyerang Johor FC iaitu Arthuro Enrique Bernhardt.

Tapi tak lamo sang Lobah riang. Limo minit kemudian, Nismilan dapek free kick boto-boto kek luar kotak penalti Johor FC lopeh Kocik dijatuh an. Sapo laie nak amek free kick kalau bukan si Effa. Hasil deh? Click link kek bawah ni ha.


Nismilan terus mendominasi perlawanan dengan kebanyakan serangan Nismilan digerakkan oleh hoding midfield mereka iaitu Boss dan Nyamuk.

Separuh masa kedua : 

Penyakit Nismilan kembali. Holding midfielder entah ke mana. Short passes tidak tepat. Mudah hilang bola dan workrate pemain midfield turun mendadak. Shukor enggan membantu pertahanan. Nyamuk dan Boss lambat turun untuk membantu pertahanan yang diasak. Kerap kali Angah yang menyelamatkan keadaan.

Coach membuat tactical change dengan mengeluarkan Boss dan digantikan oleh Nizam Roslan. Shukor kembali ke central midfield sebagai playmaker, Nizam di wing kanan, dan Kecik mendapat free role di belakang Effa. Tactical change yang boleh membawa perubahan jika dilihat di atas kertas. Namun holding midfielder kerap kali off position untuk merencanakan serangan merencatkan tactical change ini. Johor FC terus mengasak sehingga minit ke-80 dan click link di bawah untuk menyaksikan kejadian tersebut. Tak sanggup se nak cito an :'(


Play resumes with 10 minutes left. Nismilan kept attacking but to no avail as Johor FC's defense managed to keep Nismilan's attacking force at bay.

Sobab Nismilan kalah malam tadi :

1) Tak manfaatkan peluang.
- Terutamanya pada separuh masa pertama. Terlalu banyak peluang dibazirkan.

2) Crossing tidak menjadi.
- Kecik, Kuna, Zaki dan Faizham gagal membekalkan hantaran berkualiti kepada Shukor dan Effa untuk menambah peluang menjaringkan gol.

3) Momasing nak jadi 'hero'
- Terlalu ambitious dalam melakukan cubaan ke arah gol. Decision making yang kurang tepat pada separuh masa kedua. Sepatutnya pass, tapi shoot. Sepatutnya cross, tapi dribble. Perkara sebegini yang akan merencatkan flow serangan.

4) Pemain kurang 'fit'?
- Berdasarkan workrate yang ditunjukkan oleh pemain Nismilan pada separuh masa kedua amat-amat mendukacitakan. Bilo kono counter attack, 4 orang yo yang defend. Tu pun sobab diorang defender. Midfield lambek turun. Sian se porati an defender-defender kito.

5) Rasuah???
- Se harap se silap la. Sobab bezo bonar caro main first half dongan second half. First half nampak Nismilan main, second half nampak macam Tabika Kemas TTJ yang main. Terutamo eh, pemain yang main holding midfield tu...

Untuk sebab terakhir ni, se harap sangat se silap. Cukuplah pertengahan 90-an dulu kami sebagai penyokong ditipu. Janganlah tipu kami lagi. Bila kami tak datang stadium, bising suruh datang. Kini kami dah kembali ke stadium. Paling sikit pun 10 ribu penyokong boleh dapat setiap game. Kami boleh terima kekalahan. Andai main cantik seperti first half, kemudian kalah, rasa-rasanya penyokong marah tak? Semestinya tidak. Kami dah mula jatuh cinta semula dengan liga tempatan (walaupun bukan semua). Jangan sia-siakan cinta kami. Jangan benarkan kami pulang ke liga luar negara. Se merayu :(

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA ...??

No comments:

Post a Comment