Thursday 9 February 2012

Nismilan 2-1 T-Team

Perlawanan yang dijangkakan menarik antara kedua-dua pasukan tidak mencapai tahap yang diimpikan oleh se. Namun comeback win daripada skuad Jang sedikit sebanyak mampu membuatkan se dan kira-kira 20-25 ribu penonton yang lain pulang dengan senyuman.

First half bermula dengan cemerlang apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Nismilan memiliki peluang pertama untuk memecah kebuntuan perlawanan hasil daripada cross Shahurain ke far post yang berjaya disambut oleh Nazrin dengan melakukan first timer ala Juan Mata namun rembatan Nazrin hanya sekadar mengenai tiang gol setelah penjaga gol T-Team hanyo mampu terngango. 


Pada minit ke-36, T-Team dihadiahkan sepakan percuma dari jarak 30 ela dan Zairo Anuar Zailani melepaskan rembatan kencang melepasi wall Nismilan untuk menrjah jaring. JaiM hanyo mampu menangkap angin dek kolajuan sepakan Zairo. Honestly, the strike from Zairo would even make Beckham and Nakamura gave a standing ovation. A truly world class strike from our local player.


T-Team hanya berjaya mendahului perlawanan selama 10 minit kerana pada masa kecederaan separuh masa pertama, giliran Nismilan pula mendapat sepakan percuma dari jarak 20-25 ela. Sapo laie nak amek kalau bukan Effa? Rembatannya yang koncang ibarat rembatan Stephen Chow dalam cito Shaolin Soccer, melepasi penjago gol T-Team yang tongah pose deh macam tongah stretching untuk longgarkan otot groin deh. Gol daripada Effa tidak semarvellous Zairo kerana terdapat deflection sebelum bola menerjah gawang. Langsung abih first half.


Second half bermula dengan T-Team lebih banyak mengasak. Fast ball movement daripada mereka berjaya membuatkan se mongah monyaksi an perlawanan tadi. Counter attack yang dilancarkan T-Team jugo berjayo mombuekkan defender Nismilan hongeh dan mombuek se molempar an kato-kato nisto yang kurang enak didengar. Puncanya? Tiada support diberikan kepada Faizham sebaik menerima bola dan Faizham terpaksa membuat clearance liar dan dengan mudah T-Team menguasai permainan semula.

The moment of truth came in the 64th-66th minute when T-Team lost possession in the midfield area and Shukor picked up the ball and made a surging run through the middle. Whilst T-Teams' defender were focusing on Shukor, Shahurain made a lung busting run on the left wing from deep in his half. Shukor berjaya mengesan larian Shahurain dan melorongkan through ball kepada Shahurain. Sebaik Shahurain menerima bola, Shahurain melakukan beberapa feint untuk mencipta sedikit ruang di antara dirinya dengan pertahanan T-Team. Sebaik yo defender tu torkono dongan skill Shahurain, cross yang bortaraf dunio dilakukan oleh Shahurain yang singgah topek kek kepalo si Shakir. Bola melayang ko ponjuru kiri gol T-Team dan penjago gol T-Team hanyo sokadar terkaku ibarat mengambil gambar mongguno an kamera filem Kodak sobab takut gambar blur.


T-Team mula menggandakan serangan untuk mencari gol penyamaan namun JaiM serta center back berjaya mengekang asakan T-Team.

*Se mintak maap takdo gambar kali ni. Lotih. Maleh nak cari. Video pon waghieh-waghieh cari la sendiri yo.


P/S : Ado waghieh-waghieh yang maun take over blog ni? Silo komen yo. Se takut dah takdo maso  nak sambung blog ni untuk maso akan datang.


Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!

No comments:

Post a Comment