Saturday 24 May 2014

Nismilan 1-2 Kedah (Matchday 17)

Yaahhh! Sekali lagi para waghieh dihidangkan dengan persembahan yang amat "memberangsangkan" oleh pasukan kesayangan kita. Sekali lagi juga sey "memandaikan" diri untuk pulang awal dari kerja hakiki, menempuh kesesakan jalan raya di lebuhraya PLUS hanya sekadar untuk mengecewakan diri sendiri.

FIRST HALF :

Nismilan dan Kedah memulakan permainan dengan seimbang. Kedua-dua pasukan bermain dengan agresif. Walaupun Nismilan ketinggalan sejak minit ke-2 hasil jaringan Billy Mehmet, namun Nismilan tetap menunjukkan permainan yang sedikit positif.

Namun segala-galanya berubah apabila Kedah berjaya menjaringkan gol kedua mereka pada minit ke-31. This goal was scored by design. A brilliant goal. Kito kupeh sikit.

Kedah managed to win the ball in midfield. Since Nismilan was shaping for an attack, the middle of the pitch was quite packed. Justeru, dengan bijaknya Kedah menghantar bola kepada penjaga gol mereka. Eddy terus cuba memberi tekanan kepada penjaga gol mereka dan Kim turut mark salah seorang pemain Kedah yang berada di luar kotak penalti. Di sinilah segala-galanya sudah terlambat untuk Nismilan.

Nak cito macam ni payah. Caro sonang eh ado video. Tapi nak buek cemano? Video takdo. Contoh yang paling dokek sey buleh bagi ialah video kek bawah ni.


Ni contoh deh. Lobih kurang la dongan situasi Nismilan.


Berbalik kito pado gol Kodah ni tadi. Gol Everton ni laie gompak la dari gol Kodah sobab diorang siap change side dari kanan ko kiri! Gol Kodah lobih straight forward sobab defend Nismilan tak se'kompleks' defend Arsenal.

Sebaik sahaja penjaga gol Kedah berjaya membuat hantaran kepada bahagian midfield mereka, Sivakumar dan Nantha terpaksa menutup ruang di hadapan mereka yang telah ditinggalkan oleh Eddy, Kim, dan Babic. Ini menyebabkan ruang di belakang midfield Nismilan sangat luas dan pemain Kedah hanya perlu memenuhi ruang yang ditinggalkan dengan membuat hantaran satu-dua hingga ke dalam kotak penalti Nismilan sebelum menjaringkan gol. Hebat bukan taktikal mereka? 

SECOND HALF :

Coach VS membuat sedikit pertukaran taktikal. Memasukkan Radzuan untuk menggantikan Sivakumar. Radzuan bergandingan dengan Alexandre. Angah pula ditolak ke bahagian midfield untuk merencanakan permainan bersama dengan Nantha.

Pada minit ke-86, Alexandre berjaya menjaringkan gol melalui sepakan percuma yang diambil dari jarak hampir 30 ela.


PERBINCANGAN :

Kedah ternyata bersedia sebelum bertandang ke Paroi. Dari awal permainan mereka mendominasi bahagian midfield. Walaupun pada separuh masa pertama Nismilan bermain dengan agak baik, tetapi serangan yang dilancarkan Nismilan terlalu one-dimensional sedangkan Kedah merobek pertahanan Nismilan dengan mudah menerusi through ball dari midfield mereka.

Ketiadaan playmaker semakin ketara apabila tiba di penghujung musim ini. Semakin mencabar kesabaran sebagai seorang penyokong untuk menonton persembahan yang tiada hala tuju. Seharusnya, walaupun tiada seorang playmaker yang berkaliber, Nismilan sepatutnya berupaya untuk bermain di dalam satu sistem yang mantap memandangkan saingan liga sudah tiba di penghujungnya. Namun perkara sebaliknya yang berlaku.

Pada separuh masa kedua Coach VS meletakkan Angah di bahagian tengah untuk menggerakkan permainan. Ada sedikit perubahan positif dilihat tetapi tidak cukup untuk betul-betul memberi tekanan kepada pertahanan Kedah. Ini sahaja perkara positif yang sey dapat perhatikan malam tadi.

Nantha dan Sivakumar sey lihat tidak menyumbang baik daripada aspek menyerang mahhupun bertahan. Benteng pertahanan Nismilan terlalu mudah dirobek dek larian dan gerakan off the ball yang dilakukan pemain Kedah. Kebanyakan pemain Nismilan pula statik dan tidak membuat larian off the ball untuk memberi passing option kepada rakan pasukan menyebabkan posession yang dimiliki kerap disia-siakan.


KESIMPULAN :

Maka kekallah Nismilan di liga perdana untuk semusim lagi. Mantapkan midfield. Jika dapat khidmat pemain import di bahagian midfield lebih baik berbanding penyerang import yang cedera.

P/S: Ada segelintir SYS yang sanggup pulang kerja awal, meredah jalan jem, korbankan masa, duit, tenaga untuk menyokong pasukan kesayangan ini. Tolonglah jangan pamerkan persembahan merapu. Hargailah kami ini. Sudah dua musim kami dihidangkan persembahan sebegini. Dua musim! Jangan kecewakan kami lagi.


Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!
SYS.



No comments:

Post a Comment