Monday, 30 January 2012

Pemain Nismilan Samseng???

Yaaaa, begitu kontroversi sekali pasukan Nismilan dewasa ini. Setelah hebat bercakar dengan Kelantan dan Terengganu, kini Nismilan dikatakan mula bercakar dengan Felda United dan juga Sarawak. Tumpuan kontroversi adalah mamat di bawah ini.

Wajah Effa yang dikatakan disiku pemain
pihak lawan.


Effa ghupo eh! Se ingatkan Lennox Lewis tadi. Ok, kita ke perkara yang lebih serius. Adalah perkara normal untuk pemain professional hilang pertimbangan di atas padang ketika perlawanan. Sedangkan Zidane pun boleh tanduk dada Materazzi, inikan pula pemain kita yang bermain di Liga Malaysia.

Dah lamo se porati an bondo ni. Macam se cakap, untuk hilang pertimbangan adalah normal untuk player, tetapi tindakan yang sewajarnya haruslah diambil kepado player yang hilang portimbangan tu! 

Katakanlah Effa hilang pertimbangan lalu melakukan gerakan penyudah 'The Rock' iaitu 'The People's Elbow' kepada pemain lawan dan mengakibatkan bahu pemain lawan itu retak. Lalu tiada tindakan diambil. Tidakkah jahil 'pihak tertentu' tersebut dalam kancah bola sepak? 

Jadi, se mencadangkan kepada 'pihak tertentu' ini janganlah malas sangat. Buka mata. Dah kerap sangat nak bercakar atas padang. Baik penonton semua duduk depan kaca TV hari Khamis jam 11 malam tengok WWE Smackdown! 

Se bukanlah nak backing bonar si Effa ni. Kepada mereka yang mengatakan bahawa peminat Nismilan amat mengagungkan pemain import ini lebih daripada pemain tempatan adalah tidak tepat. Orang lain se tak tau la, tapi se akan cakap bondo yang se ghaso boto. Kot tak boto se tak cakap. Kalau Effa ni yang porangai tak somonggah, tondang player sanun, siku player sini, tak kan la se nak marah player yang kono tondang dongan siku tu. Kompom-kompom se marah an si Effa ni. Kita sebagai peminat kena 'act relevant' la. 

Macam kes baling botol kepada Hamsani di Paroi tempoh hari. Tak relevan langsung. Lopeh tu kito (peminat Nismilan) nak bongih bilo orang koba an kito ni peminat tak bertamadaun. Memang tak bertamadun la kalau poie baling botol kek muko orang. Inilah akibatnya bila kita selalu mengata orang lain tak bertamadun, sekarang kita pula yang dilabel sebegitu. Haa, padan muka kita. Keh keh keh.

Seperkara lagi, kalau ada pengadil yang membaca rintihan dan luahan hati pencinta sukan bola sepak ini, tolonglah jalankan tanggungjawab dengan adil. Kami sebagai penonton mengerti jika anda yang ada lesen pengadil ini kadang-kadang tersalah membuat keputusan. Tapi janganlah sampai tak tahu kesalahan yang layak menerima kad kuning/merah dengan kesalahan yang remeh-temeh. Kalau keliru, saya cadangkan anda semua ini buka kembali buku undang-undang itu dan menelaah serta menghafal semula kesalahan yang dimaksudkan di atas. 

Penjaga garisan pun sama. Dok mongharap an pongadil yo memang tak dapek do poit. Kot kau nampak ado orang kono tondang ko siku ko pijak ko cabul ko, koba an la kek pongadil. Ni kau diam yo. Kot pongadil tu mato deh ado duo ribu takpo gak. Mato dio duo yo poit! Tak dayo deh nak tengok sumo orang.

Setelah kes cakar-mencakar ini makin kerap terjadi kepada pasukan Nismilan, maka adalah wajar untuk menambah kamera di setiap perlawanan Liga Malaysia supaya punca kejadian dapat lebih dikenalpasti dan memudahkan kes siasatan. Dan, tunjukkan lebih banyak perlawanan penuh Liga Malaysia di kaca televisyen. Kalau liga eropah tu, sumo game ado full match. Liga sondiri duo-tigo yo yang full match kek TV. Lopeh tu masing-masing poning kepalo kenapo liga kito tak maju. Kenapo tak ado orang yang konal player kito. 

*Se tak marah. Se cuma cakap apa yang se nampak. Kalau se salah, tolong la betulkan.
*Gambar di atas se ambil dari sini. Se mintak share yo. Keh keh keh.

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!

No comments:

Post a Comment