Monday, 23 January 2012

Nismilan 1-0 Felda Utd. Tapi...

*beribu kemaafan dipinta kerana lewat meng'update' entri. Kesibukan kerja mengekang se daripada meng'update' dengan segera.


Skuad rusa menang tipis.


Nismilan mencatat kemenangan pertama di gelanggang sendiri dengan menewaskan Felda Utd 1 gol kosong. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Shahurain Abu Samah kira-kira 10 minit berlalu pada separuh masa kedua.

Shukur Adan yang membuat penampilan pertamanya untuk skuad Nismilan ternyata menjadi tulang belakang skuad itu. Kehadiran Shukor berjaya memberikan keyakinan kepada midfield Nismilan dan penetration daripada tengah ternyata memberikan satu lagi attacking option untuk Nismilan.

Faizham dan Rasyid yang masing-masing menerajui left back dan center back Nismilan ternyata mempamerkan persembahan yang begitu memberangsangkan dan berjaya mengekang serangan Felda Utd.

*se kecewo Fakri tak dapek score. Sian kek deh :(


Pengutipan kad kuning.


Perkaro ni ado disobut oleh N9futbol.com kek facebook tak lamo dulu. Bukan main banyak kutip kad kuning. Ado buek pertandingan ko? Sapo kutip paling banyak kad, ujung tahun dapek umah gak eh. 


Jangan la dapek kad kuning bangang macam Shukor marin. Dio dapek kad kuning bukan kek kawasan bahayo dan situasi maso tu pun tak bahayo langsung. Memang nampak remeh bondo ni, tapi untuk long-term akan membebankan pasukan. Match ponting nanti kono suspend pulak. Hmm. Kono boghi porhatian yang banyak pado masalah ni.


* yang se poratikan, Rasyid dongan Zamani yang pandai kutip kad kuning bijak.


Tapi...


Memandangan entri ini lambat diupdate, maka video-video panas di Paroi sudah gagal dikesan oleh se. Yang ado pun kualiti tak berapo nak elok. Jadi, se nak bagi pendapat tentang kejadian tempoh hari. Se akan bagi pandangan sejujur-jujurnya dan akan sedaya upaya untuk tidak menggunakan bahasa lucah.

Taktikal robust Felda Utd
- Robust tak salah dalam bola. Tapi kalau dah sampai menyiku dan memijak, adalah lebih baik jika kami para penonton menyaksikan pertandingan Ultimate Fighting Champion (UFC) ataupun gusti WWE di kaca televisyen sambil terlentang melayan kudapan

- Taktik sebegini ternyata amat memihak kepada Felda Utd kerana mereka berjaya melambatkan rentak permainan kerana pengadil kerap meniup wiselnya pada separuh masa pertama. Natijahnya, se mampu untuk bermain sudoku di telefon bimbit sambil menguap seperti singa kekenyangan kerana 'kerancakan' perlawanan.

Kekuatan mental skuad Nismilan
- AMAT LEMAH! Contohnya? Kad merah untuk Kunalan. Betul, Kuna dipijak oleh pemain tersebut (se tak konal pemain tu). Namun adakah wajar untuk Kuna retaliate dengan melanggar pemain tersebut dari belakang sambil tangan Kuna menolak tengkuk pemain tersebut? Tak pasal-pasal kad merah! Lopeh ni sapo yang nak main left wing tu? Se? Tok Mat? Gareth Bale? Huh!

- Masih ingat kad merah untuk Hardi? Namun, adakah Effa mengambil keputusan untuk bertindak sendiri? Effa terus mengadu kepada pengadil perlawanan. Ya, begitulah seharusnya pemain bereaksi jika 'diambil kesempatan' oleh pihak lawan. Pandai jugak si Effa ni. Pemain lain, sila contohi attitude Effa ketika peristiwa tersebut berlaku. (Contohi kebijaksanaannya menangani situasi sahaja)

Kehampehan mutu pengadilan
- BANGANG! Se mintak maap. Satu perkataan ini sudah cukup untuk merumuskan mutu pengadilan malam tersebut. Andaikata, FAM tidak berniat mempertingkatkan mutu pengadilan di Malaysia, poh ceroh la Malaysia dop gi Piala Dunia! (baru jumpo dongan member dari Ganu, cakap Ganu lalu! Keh keh keh)

- Kepada mereka yang menonton perlawanan antara Kedah dengan Kelantan pada Jumaat lalu, nampakkah anda bagaimana keji dan kotornya corak permainan pertahanan Kedah. Bukan membenci, tetapi ini hakikat. Maka begitulah corak permainan pertahanan Felda. Se memang anti dengan corak permainan keji sebegini. Memberikan nama busuk kepada sukan bola sepak. Memijak, menendang, menyiku pemain lawan sama ada dilihat pengadil atau tidak. Andai pengadil nampak pun, pengadil dan penjaga garisan hanya memerhatikan. HEEEIIIII! Goram lak raso eh ni ha! Lesen jadi referee bola ado lesen torbang gak eh! Terpaksa se melafazkan sekali lagi ayat ini - BANGANG!

Mentaliti penyokong

Ini pondapat se secaro jujur yo. Jangan nak kocik-kocik ati.

- Dah tau perangai pemain lawan tu tak senonoh, kito pun BANGANG nak jadi tak senonoh macam dio buek apo? Cukup sekadar kita menghamburkan kata nista serta caci-maki kepada mereka. Walaupun sebenarnya amalan mencaci dan memaki amatlah tidak elok. Kito bukan main provoke player, bilo player provoke balik, kito bongih. Memang la seorang pemain professional seharusnya mempunyai mental yang kuat untuk menangkis provokasi peminat, tapi dah namo deh pun manusio. Kompom la buek silap. Kot dio tak buek silap, malaikat la namo deh. Baling objek ke dalam padang, baling botol kepada pemain, ada hati nak mengaku penyokong bertamadun. Heh. Paku dulang paku serpih, kata "orang" kita yang lebih.

- Bukan semua yang berperangai seperti point pertama. Tapi, nampak tak kesan daripada seorang penonton yang tidak berdisiplin? Heboh bergaduh! Elok bonar la tu. Memang matang tindakan bergaduh tu kan? Gasaklah kek player tu kalau dio nak begaduh ko, nak buek poco-poco ko, nak main konda-kondi ko kek ateh padang tu, gasak dio lah. Kita sebagai penyokong 'bertamadun' dan 'beradat' ini kawal la perasaan tu. Andaikata brader yang bertelingkah dengan Hamsani tu tidak melakukan apa yang dilakukan. Agak-agak kecoh tak Paroi malam tu? Jadi bahan cacian tak penyokong Nismilan di alam maya ni? Se jamin, jawapan deh ialah tidak.

- Masalah kita ialah kita tak pernah nak mengaku salah sendiri. Sama macam FAM (cheap shot di situ. Keh keh keh). Kalau di soal siasat kenapa membaling botol? Kita jawab,"Dia yang provoke saya dulu". Memang la dia provoke. Daripada menuding jari, adalah lebih baik berdiam diri. Daripada menjadi penyakit, adalah lebih baik menjadi penawar (mangaaaaiiihhhh, dah macam ahli falsafah!)

Kesimpulan
- 10% gembira kerana Nismilan menang.

- 90% kecewa kerana perlawanan dicemari insiden yang tercetus dek kegagalan mengawal emosi. Pemain dan penyokong sama kuraang bijak. Pengadil dan penjaga garisan 2X5. Haih. 

Kesedihan yang tidak terhingga dirasai di hati ini apabila melihat insiden-insiden tak relevan sebegini terjadi.

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!

2 comments:

  1. Bro.. Kontek wa kat misternin at gmail bro.. Ade hal nak bincang

    ReplyDelete
  2. Bro kontek wa kat misternin at gmail
    Ado hal skit nak bincang

    ReplyDelete