Inilah skuad yang telah dipilih oleh Dollah Salleh (or did he?) untuk menggalas cabaran negara ke kejohanan AFF dua hari lagi. We could all have a say on who should be on the list and who shouldn't, so i think i might have a say or two about this squad.
PENJAGA GOL :
Ketiga-tiga ini mungkin posisi yang paling senang untuk diisi Dollah. Farizal dan Khairul se rasa merit melalui pengalaman, manakala Azhan pula berdasarkan prestasi semasa. Sukar untuk mencari calon lain selain mereka bertiga ini memandangkan tidak banyak penjaga gol yang menyerlah dalam kancah liga kita (pandangan se yo la).
Tentunya memeranjatkan jika Farizal dipilih sebagai kesebelasan utama. 'Sumbangan' beliau dalam gol ke-3 ketika menentang Syria tempoh hari masih tak dapat se maafkan. Tindakan selamat Dollah adalah dengan meletakkan Khairul sebagai pilihan utama. Memilih Azhan merupakan tindakan berani yang mungkin akan mengundang pelbagai kecaman. Namun jika berdasarkan prestasi semasa, se akan boghi si Azhan ni main. Monang Pialo FA dongan Pialo Malaysia kot. Apo yang tak cukup handa laie?
PERTAHANAN :
Hanya 5 pemain pertahanan yang dibawa Dollah ke AFF. Terlalu sedikit memandangkan setiap kejohanan AFF skuad negara lazimnya dibelenggu kecederaan. Anggaplah Kunalan bermain di right back, Shukor di centre back. Dapek lah tujuh.
Agak sukar untuk Dollah menggunakan formasi tradisi Harimau Malaya iaitu 4-4-2 sekiranya kecederaan atau penggantungan perlawanan dihadapi oleh barisan pertahanan Harimau Malaya. Mungkinkah Dollah akan menggunakan formasi 3-5-2?
Muslim's and Azmi's inclusion to the squad bewilders me. It really does. Their performance during the match against Syria was ridiculous. The injury to Aidil and the unfit Razlan (couldn't he do something to get fit before the tournament?) brings little help to the squad.
Tiga daripada posisi pertahanan untuk kesebelasan utama telahpun diisi jika kita menganggap Kunalan akan diturunkan di sayap kanan/kiri. Posisi left back akan menjadi rebutan antara Azmi dan Zubir. Se harap bona Dollah lotak Zubir kek situ.
MIDFIELD :
Sejujurnya, sudah sekian lama midfield Harimau Malaya tidak se'gah' ini. A mix of experience and youth. Sayangnya, gandingan ini tidak menjadi dalam dua perlawanan persahabatan baru-baru ini.
Hafiz dan Safiq (sekiranya fully fit) seharusnya diturunkan sebagai kesebelasan utama. Hafiz sememangnya telah membuktikan bahawa beliau boleh mengawal permainan di tengah padang. Dengan syarat, mendapat support daripada rakan sepasukan dengan off the ball movement untuk mencari ruang kosong. Safiq pula dilihat mendapat semula form yang pernah menjadikan beliau disegani suatu ketika dahulu. Mungkin kerana Bojan meletakkannya semula di posisi natural beliau iaitu attacking midfielder.
Azzamudin juga wajib diturunkan to inject more pace to Harimau Malaya's offense. Prestasi beliau dengan skuad Tok Gajah memang memberangsangkan. Cuma 'darah muda' itu yang harus dikawalnya.
PENYERANG :
Semenjak pemain import diperkenalkan semula dalam liga Malaysia, kita semakin ketandusan penyerang berkualiti. Memang mudah menyalahkan 'entiti tertentu' di atas tindakan ini, namun harus difikir dua kali. Jika betul penyerang sebelum ini berkualiti, seharusnya mereka meningkatkan permainan mereka untuk merebut tempat dalam skuad.
Jika benar Safee dan Shahrul betul-betul berkualiti, jurulatih pasti dapat mengesannya ketika sesi latihan. If the coach sees their effort, work rate and enthusiastic in training, the coach has no options but to play them. Amri is almost a regular in JDT. Why is that he is almost a regular and the two players mentioned above are not? Well, injury is another reason that they are not performing on the level that they should be.
Ketiadaan Norfarhan dalam skuad ini amat-amat memusykilkan. Dinobatkan sebagai penyerang terbaik Liga Super, berada dalam kesebelasan utama skuad Terengganu, tetapi tidak dipilih menyertai skuad kebangsaan? Hmm. Hanya 'mereka' yang tahu mengapa.
PERBINCANGAN :
Berdasarkan skuad yang dibawa, formasi yang paling sesuai digunakan Dollah ialah 3-5-2 (ni pandangan se yo. kalau se jadi coach, formasi ni la yang se guno).
Azhan
Fadhli, Zubir, Muslim
Hafiz, Gary
Indra, Azzamudin
Safiq/Badhri
Amri, Safee
This is the line-up that i had in mind if i were to play a 3-5-2 formation. It would work tremendously if and only if Indra and Azzamudin could track back and help out on the defensive end.
I would also love to play Hafiz and Badhri side by side. Unfortunately, they are the same type of player, it would be difficult to cope with the opponents offense since both of them are not a defensive minded player. Let's just say that every team in the world needs a Keane, Makelele, or a Mascherano. Get it?
Either Safiq or Badhri would fit in the attacking midfield role perfectly. Both can make a pass through the eye of a needle. There is just a slight difference between these two players. Badhri could dribble the ball forward and wreak havoc on the opposition's defence, while Safiq on the other hand is a better finisher.
Pada mulanya se ingin meletakkan Amri di bahagian sayap. Namun memandangkan senarai penyerang kita yang tidak begitu memberangsangkan, terpaksalah se meletakkan Amri di bahagian penyerang. Rakan penyerang Amri pula se tak berapo nak kisah. Kot ado si Farhan, se dah lotak namo Farhan.
Persembahan Shahrul pada final Piala Malaysia tidak lama dahulu terlalu 'sendu' sementara Manaf mungkin terlalu 'senyap' musim ini. Justeru, Safee lah pilihan se.
KESIMPULAN :
Skuad yang dibawa Dollah bukanlah skuad terbaik yang mampu dibentuk. Walaupun mempunyai midfield yang hebat, namun barisanpenyerang dan pertahanan yang kurang meyakinkan sedikit sebanyak melunturkan keyakinan para peminat terhadap skuad ini.
Apatah lagi diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan Thailand dan Singapura. Mungkin ketika menentang Myanmar sahaja skuad ini mampu mengutip mata penuh. Untuk layak ke saingan separuh akhir dilihat sedikit sukar untuk skuad negara, kecuali pemain kita mampu melakar 'magis' yang pernah mereka cipta pada tahun 2010.
P/S : Banyak laie formasi yang buleh se bincang kan laie. Tapi kot panjang-panjang karang takdo ughang pulak nak membaco.
Nismilan macam handa yo musim dopan ni. Waghieh sumo dah ready ko?
Sekian,
MUSUHNYA HABIS BINASA!
SYS.
Nice!
ReplyDeleteAyat last kek P/s tu paling den goma.. hehe..
ReplyDelete