Thursday, 24 November 2011

Malaysia 0-2 Syria

Yaaahhh! Begitu lama aku tidak mengarang. Ok, straight to the point! Akan kita analisa perlawanan kelayakan pra-Olimpik tempoh hari. Pertama sekali, player-player negara kita yang menyerlah. Mereka yang dimaksudkan adalah :

Khairul Fahmi Che Mat
Walaupun diselubungi pelbagai kontroversi, tapi kau memang luar biasa la Apex. Kau makan apa sampai jadi power macam ni? Biawak? Dubuk? Kekalkan prestasi kau, gentle kau boleh pergi jauh. (Malas nak komen banyak-banyak sebab semua dah tau dia ni memang power)



Zubir Azmi
Orang ganu memang nelang belake! (Sori kalau salah,aku baru nak belajar telo ganu) Persembahan mantap pada final SEA Games tempoh hari ditunjukkan sekali lagi pada pertemuan menentang Syria. Boleh melakukan overlap dan juga boleh membuat larian solo dari kawasan sendiri. Nok wak guane kalu dah nelang?

Nazmi Faiz Mansor
Nama yang kian menjadi sebutan peminat bola sepak tanah air. Daripada budak sekolah menengah sampai la warga emas. Dia ni special. Something else. Rare! Kena gilap betul-betul. Partner dengan Safiq Rahim. Memang pergi! Cuma jangan selalu tunggu bola kat kaki dik. Abang tengok game kau. Run for the ball, don't wait for it! (Bak kata Shebby). Lagi satu, bila nak jawab SPM? Hahah. Gurau, jangan kecik hati tau dik.

Fakri Saarani
Yaaa. Mesti ramai yang tak setuju dengan aku dan mengatakan aku bangang. Biar aku jelaskan kenapa aku memilih mamat ni. Sebab pertama, dia ni antara FAVOURITE PLAYER aku. Hahah. Walaupun aku gelak, tapi aku serius ni. Banyak memenangi header dalam 1st half untuk flick kepada Thamil. Terkencing jugak defender Syria masa 1st half tu. Perbaiki touch kau! Kadang-kadang aku pun menyampah tengok first touch kau. Tapi kau tetap aku minati.

Kita tengok perkara positif Harimau Muda pulak.

Pada separuh masa pertama, Harimau Muda bermain sangat baik. Mereka berjaya meyakinkan aku bahawa mereka mampu menang pada malam tersebut. Pertahanan bertahan dengan cemerlang kerana Syria gagal menembusi barisan pertahanan langsung! Kalau lepas pun sebab mereka offside. 

Nak menunjukkan bahawasanya pemain kita bagus ialah ketika syria menjaringkan gol. Tengok bench diorang celebrate macam mana. Nampak sangat susah gila diorang nak dapat gol.

Rembatan terus Fakri dari luar kotak penalti baik tetapi terus kepada penjaga gol Syria. Sepakan percuma daripada Fandi pada minit akhir babak hampir memberi gol tetapi tandukan salah seorang pemain kita gagal menemui gawang.

Perkara yang perlu diperbaiki :

- Komunikasi antara pemain amat kurang sehingga pihak lawan mudah mencuri bola daripada kaki pemain kita.
-Wan Zack Haikal perlu lebih bijak dengan decision making dia sebab banyak peluang dibazirkan daripada  right wing kita.
- Pemain kita terlalu mementingkan individual skill berbanding dengan teamwork terutamanya Mahali. Hantaran dekat seharusnya jadi keutamaan pemain kita.
- Penyerang yang one-dimensional dan tidak versatile. (Mungkin kerana kecederaan kepada Izzaq, Syahrul dan Irfan)
- Beban terlalu tinggi diberikan kepada Nazmi. Ketika dia mendapat bola, tiada pemain lain yang mencari ruang untuk menerima hantaran dan hanya menunggu through ball ala Iniesta dan Xavi daripada beliau yang mengakibatkan bola dapat kepada pihak lawan semula.
- Fitness kurang. (ketara sangat bahawa penat beraksi di SEA Games tak hilang lagi. So, pekara ini boleh dimaafkan oleh fans yang macam aku)

Terima kasih kepada UM kerana memeriahkan stadium dan menaikkan moral penyokong dengan chant yang bersemangat terutamanya aku yang begitu sedih kerana kalah. Satu je yang aku nak tegur. Ketika player warm-up. Pemain Syria datang memberi tepukan kepada kita tetapi kita tunjuk jari tengah pula kepada mereka. Tak manis la kot. Time game nak buat macam tu tak apa. Untuk bagi tekanan. Tapi ketika warm-up macam tak patut pulak. Dia respect kita, kita respect la dia betul tak? Brader-brader UM jangan hangin pulak, ini pendapat gua je.




But all and all, a brilliant performance from the Young Tigers, UM, and the fans. Bring on Bahrain!


Oh Malaysia~...Kau kebanggaanku~


* nota tambahan - adakah aku seorang sahaja yang merasakan SNBJ boleh menjadi fortress kita? Nampak macam susah pasukan lain nak menang di SNBJ. Kalau dapat jadi fortress mantap geng. Boleh jadi macam Stadium Merdeka suatu ketika dahulu!

No comments:

Post a Comment