Jurulatih pasukan Negeri Sembilan. (credit untuk n9kini.com)
KUALA TERENGGANU, 18 OKTOBER - Rombongan penyokong Nismilan yang turun ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah akan pulang ke tanah bumi berdaulat dengan senyuman lebar dan harapan menggunung untuk ke final setelah skuad "hoben jang hoben" melakarkan kemenangan 4-2 menewaskan pasukan T-Team. Gol-gol Nismilan dijaringkan oleh Shahurain ('7), Hairuddin Omar ('25 & '45) dan S.Kunalan ('52). Sementara Indra Putra Mahyuddin dan Nor Farhan Muhammad menjaringkan gol untuk pasukan T-Team.
Lopeh abeh yo game kat stadium SINS marin, muko coach nampak macam tak percayo yang Nismilan buleh monang 4-2. Taktik beliau untuk bermain secaro agressif pado separuh maso pertamo ternyato mombuah an hasil. T-Team macam tak dapek nak buek apo bilo Nismilan main cross dari bahagian wing untuk Hai-O menanduk. Kuek bona ko Hai-O ni? Solambo dio yo main lompek-lompek dalam kotak penalti tu nak tanduk bola. Defender T-Team tak terjago ko? Ataupun maleh nak jago? Haa,persoalan ni kono la tanyo defender T-Team tu sendiri. Se ghaso, Hai-O ado bawak an masak lomak cili api untuk defender-defender tu. Itu yang dorang buek ontok yo bilo Hai-O nak tanduk bola. Keh keh keh.
Coach mombuek duo pertukaran berbanding line-up ketiko Nismilan menewaskan Felda kek Paroi tempoh hari iaitu dongan morehatkan Firdaus Azizul dan Idris Karim demi memberi ruang untuk Khairul Ridwan dan Abdul Halim Zainal mempamerkan kebolehan mereka. Khairul Ridwan ataupun lebih dikenali sebagai Jibam di kalangan penyokong tegar skuad rusa kelihatan agak gugup dalam separuh masa pertama sehingga terpaksa digantikan oleh Firdaus Azizul ataupun King sebaik separuh masa kedua bermula.
Halim pulak maintain cool yo main sebagai defensive midfielder ataupun kalau nak nampak bijak, guno lah perkataan holding midfielder. Satu yo silap si Halim ni marin, dapek kad kuning. Berkobar na nak dapek an bola,abih ditakik eh kaki Nor Farhan. Hahah. Takpo. Somangat tu ponting!
S.Kunalan yang menjadi igauan buruk pemain pertahanan.
Kito masuk bab yang lobih ponting! Pado pandangan se, Kunalan ni man of the match! Maun eh tak man of the match, duo assists, satu gol. Dah macam Giggs dongan Gerrard time memudo dulu la. Kalau main fantasy football maun moncanak point si Kuna ni! Dah la dio assist kek Kocik dongan Hai-O bukan main brilliant laie. Gol deh pon dah tahap world class dah! Kono simpan dio ni. Kot dibori pindah pasukan lain, silap bosar la Nismilan!
Ni sorang lagi pemain yang menonjol.
Hai-O ketika menjaringkan gol ketiga Nismilan.
Se dah tak tau la nak komen apo laie kek dio ni. Dah abih kato-kato pujian dah. Segalo sorangan Nismilan akan tertumpu kepado dio! Ini bukan membungak. Ini boto. Asal nak attack yo,bola kompom dapek kek dio dulu baru buleh attack. Kawalan bola ala-ala Berbatov (kalau nak ikut first touch,tak ado sapo buleh lawan Berbatov ghaso se), kebolehan menanduk ala-ala Tim Cahill,dan kebolehan menjaringkan gol seakan Messi. Tak pecayo? Tengok video kek bawah ni ha.
Highlights pertemuan separuh akhir pertama antara
T-Team dan Nismilan.
Kito dah suko hati monang, tibolah maso eh untuk menganalisa beberapa kelemahan Nismilan.
1) Kedua-dua gol T-Team adalah berpunca daripada bahagian kiri Nismilan.
- gol pertamo diorang disobab an oleh Irwan gagal membaca gerakan lawan sehinggakan winger mereka mudah melepasi Irwan sebelum membuat hantaran ke tengah untuk Indra menjaringkan gol penyamaan. Barulah se tau kenapo coach lotak Kuna main left back marin. Kuna ni laju dapek la koja winger yang terlopeh tu! Tapi kalau dio main left back, susah la Nismilan nak dapek gol. Dah duo game Kuna main wing, duo-duo game dio dapek duo assists. Game yang ni siap dapek gol laie. Gol cantik lak tu. Hmm. Mungkin Irwan kono laie fokus time tongah game.
2) Kalau Shukor,Idris dongan Hai-O dah tak ado nanti macam mano?
- yang se poratikan daripado zaman Wan Jamak, coach kito asik nak boghi pemain senior yo main. Macam mano pemain mudo nak handa yo tak? Kalau Hai-O tak ado, kito ado la jugak King,Jibam,Adik, dongan Fakri. Mawi pun ado! Buleh la lagi nak cari gol yo tak?
-Tapi bahagian midfield ni yang se risau bonar. Kato la Idris dongan Shukor tetibo koba kek coach macam ni,
"Coach, kitorang dah lotih main bola la. Kitorang nak borkobun lopeh ni. Orang tuo-tuo koba,kalau berbudi pado tanah, mako kito tak akan rugi!"
Haa, macam mano? Sapo yang nak diharap an time tu? So, cadangan se iolah boghi la jugak pemain mudo kito bergandingan dongan pemain senior di kawasan midfield tu. Se minat Mahathevan main defensive midfield tapi jarang dapek tengok dio main. Kalau coach baco blog se ni, buleh la cubo bagi Mahathevan,Qayyum,Aliff main selalu. Tapi jangan la sekarang. Team tongah sodap,game tongah ponting. Hahah. Next season la coach. Buleh? Kemon coach, tak kan tak buleh? Hahah
Akhir kata,marilah sumo wargo Nismilan ponuh an stadium Sabtu ni. Kito kasi gogar STAR of Paroi dengan harapan menggunung akan ke final untuk kali ketiga berturut-turut! InsyaAllah
No comments:
Post a Comment