Setelah terlepas beberapa perlawanan sebelum ini, se berjayo menjojakkan semulo kaki se kek STAR tadi. Selepas mencatat keputusan seri menentang skuad Dollah Salleh di gelanggang lawan, se sudah membayangkan kenduri gol di Paroi.
FIRST HALF :
Se sekali lagi lewat tiba ke stadium. Perlawanan mungkin telah bermula hampir 10 minit. Koman bona ko management kito ni? Scoreboard tu tolong la boto kan. Haih.
Lebih kurang 15 minit perlawanan berlangsung, Qayyum membuat hantaran jauh kepada Kim. Kim berjaya melepasi pemain pertahanan dan menuju ke kotak penalti dari sebelah kiri. Kim kemudian dijatuhkan dan pengadil memberikan sepakan percuma betul-betul di luar kotak penalti UITM. Dari tompek se nengok tadi, ghaso se la dalam kotak foul ni. Siap ado kosan rumput tercabut laie kek dalam kotak tu. Tapi dah reff boghi free-kick, amek terimo yo la. Dio laie dokek dongan tompek kejadian.
Eddy membuat percubaan terus ke arah gawang UITM hasil dari sepakan percuma tersebut. Bola sekadar menggegar palang.
5 minit selepas itu, Nismilan membuat gerakan cantik yang dimulakan Siva. Siva melakukan through ball kepada Kim yang berada di sayap kiri. Kim membuat hantaran ke tengah namun berjaya dikeluarkan oleh pihak lawan dan terus ke kaki Halim. Halim membuat percubaan namun tinggi.
Beberapa minit kemudian, Kaplan dan Kim menunjukkan gandingan mantap dengan bertukar hantaran sesama mereka. Ketika Kim berjaya melakukan final pass yang baik kepada Kaplan, but instead of hitting the ball first time towards goal with his left foot, Kaplan tried to take the ball onto his right foot and was well read by the defender to clear the ball.
Selepas Kaplan, Kim pula mendapat peluang baik untuk meletakkan Nismilan di hadapan. Siva berjaya mengesan larian Kim dan melakukan through ball. Kim membawa bola menuju ke arah gol. Sebaik tiba di garisan kotak penalti, Kim melepaskan rembatan kencang namun berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol UITM.
Jaring gol UITM akhirnya bergegar selepas Qayyum melakukan cross ke far post untuk mencari Kim. Kim mengawal bola hantaran tersebut dengan dada, sebelum melakukan rembatan kencang kaki kiri untuk menewaskan penjaga gol UITM. 1-0 kepada Nismilan.
Sebelum berakhir babak pertama, Nismilan melancarkan serangan lagi. But this time it was a patience build up. A very patience build up. Nismilan melakukan hantaran pendek untuk melekakan pertahanan UITM. Qayyum dan Eddy kemudian melakukan hantaran satu-dua untuk membuka ruang kepada Qayyum melakukan cross. Kim menerpa ke arah bola dan melakukan tandukan namun tersasar. Jika cross Qayyum rendah sedikit, pasti gawang UITM bergegar lagi.
Kim sekali lagi hampir menambah jaringan apabila gerakan satu-dua beliau dengan Eddy untuk sekali lagi menkucar-kacirkan pertahanan UITM. Kim berjaya melepasi pertahanan UITM dan melepaskan rembatan kencang. Sayangnya rembatan Kim tepat kepada penjaga gol.
SECOND HALF :
Nismilan melancarkan serangan balas. Nantha berjaya melepasi kawalan pemain UITM. Menghantar bola kepada Kaplan di sayap kanan. Kaplan melakukan through ball kepada Kim di sayap kanan. Kim melakukan lob. Berjaya menewaskan penjaga gol tetapi tersasar.
Lebih kurang minit ke-70, Nismilan memperolehi sepakan penjuru. Eddy menghantar bola ke far post mencari Nantha. Nantha melakukan tandukan ke near post mencari Kim yang tidak dikawal di dalam 6 yard box. Namun rembatan Kim hanya sekadar terkena tiang walaupun gawang terbuka luas.
PERBINCANGAN :
Persembahan yang tidak bertenaga ditunjukkan oleh Nismilan. Mungkin kerana hujan. Nismilan dilihat gagal menguasai permainan. Hantaran pendek yang dilakukan tidak mendatangkan hasil positif. Hanya sekadar berlegar di kawasan tengah padang. Keupayaan Siva tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Jentera serangan yang tumpul turut membuatkan peminat sedikit resah ketika tiba di hujung permainan. Jika Kim dan Kaplan berjaya memanfaatkan peluang yang terhidang, mungkin Nismilan akan lebih selesa di hujung perlawanan kerana UITM ternyata mendominasi 15-20 minit terakhir perlawanan. Beberapa kali UITM berjaya mencipta peluang untuk menyamakan kedudukan namun gagal. Jika final pass mereka lebih berkualiti, sudah pasti Nismilan menggigit jari di halaman sendiri.
Persembahan yang tidak bertenaga juga mungkin disebabkan pendedahan isu dalaman yang 'dihebahkan' Kelab Penyokong Bolasepak Negeri Sembilan iaitu n9futbol. SYS amat berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera demi mengecapi objektif musim ini iaitu kembali ke Liga Super yang dilihat semakin sukar untuk dikecapi.
KESIMPULAN :
Ontah la. Tak tau nak koba macam mano laie dah. Nismilan totap main long ball. Kalau kito ingat balik beberapo musim lopeh (time kito monang Pialo Malaysia, Piala FA) taktik long ball ni jarang kito guno. Nismilan waktu tu gomar main pakai wing. Wing kito laju. Kocik, Kuna. Full back kito time tu pun caya. Solalu overlap. Se totap ghaso yang taktik long ball ni tak berapo kono dongan caro Nismilan main. Se ghaso yo. Makno eh pondapat se. Pondapat individu tak buleh la salah.
Jika kita imbas juga perlawanan awal musim, tiada kemajuan dalam corak permainan Nismilan. Kemenangan yang dikecapi hanyalah menentang lawan yang lebih lemah daripada pasukan kita. Dan lawan-lawan yang lemah ini masih berjaya mencipta peluang menjaringkan gol cuma gagal disempurnakan mereka.
Inability to kill the game quickly. Defending the slimmest lead instead of constantly dominating the match to put pressure on the opponent. Ini satu perkara lagi yang se tak berapa nak faham. Mengapa? Mengapa kita bermain secara negatif di laman sendiri menentang lawan yang lebih lemah? Bukankah lebih masuk akal jika kita bermain secara positif dan terus menyerang untuk mematikan terus semangat pihak lawan?
Andai kita SYS betul-betul memuhasabah pasukan kesayangan kita ini, jauh di lubuk hati SYS pasti akan setuju bahawasanya untuk kembali ke Liga Super dengan persembahan sebegini hanyalah angan-angan kosong. Tiada bezanya kita dengan Mat Jenin. Lihat sahaja pasukan Kedah. Sudah berapa musim mereka di Liga Perdana?
Se mewakili SYS berharap pihak yang terlibat berjaya mengubah prestasi pasukan ini. Bukannya SYS mengecam pasukan, kami cuma khuatir dengan masa depan pasukan ini. Pasukan yang gah beberapa musim sebelum ini terus merudum ke Liga Perdana. Apakah sebabnya? Di manakah silapnya? Hanya 'mereka' yang boleh menjelaskan perkara sebenar.
Sekian,
MUSUHNYA HABIS BINASA!
SYS.
Saturday, 29 March 2014
Thursday, 6 March 2014
Yemen 1-2 Malaysia (Matchday 6 Asian Cup Qualifiers)
Harimau Malaya membawa segunung harapan rakyat Malaysia untuk layak ke Piala Asia secara merit walaupun mempunyai peluang yang tipis. Tidak cukup sekadar menewaskan Yemen, Harimau Malaya mengharapkan beberapa keputusan lain memihak kepada mereka untuk memastikan mereka layak ke Piala Asia di Australia.
FIRST HALF :
Sey hanya dapat menyaksikan perlawanan bermula minit ke-11. Tanpa mengetahui bahawasanya skuad negara telah pun bermain dengan 10 orang ketika ini.
Pada minit ke-9, pemain pertahanan negara Amiridzwan Taj dilayangkan kad merah setelah mengasari pemain Yemen di dalam kotak penalti Malaysia. Walaupun pada mulanya dilihat agak kontroversi keputusan yang dibuat oleh pengadil dari Uzbekistan itu, namun sey terpaksa bersetuju dengan pendapat Jalil Rambli dan Hasnizam Uzir (toringek sey maso kocik-kocik dulu poie stadium Larkin tengok Hasnizam ni main untuk Johor) bahawa keputusan yang dibuat pengadil adalah betul.
Amiridzwan menghalang peluang menjaringkan gol kepada Yemen. Wajar diberikan penalti. Persoalannya ialah kad merah yang dilayangkan. "A bit harsh" kata Jalil Rambli. "A soft sending off" kata sey. Walaubagaimanapun, penjaga gol negara, Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan sepakan penalti yang terhasil itu dengan mudah. Sepakan penalti tersebut lemah dan diarahkan terlalu dekat kepada Khairul Fahmi. Kredit kepada beliau.
Datuk OKS membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Fadhli Sas dan mengeluarkan Safiq Rahim untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Amiridzwan Taj. Bobby Gonzales pula dipaksa bermain central midfield bergandingan dengan Hafiz Kamal. Posisi yang agak asing untuk Bobby.
Harimau Malaya mendapat peluang pertama apabila melakukan counter attack menerusi Safee Sali. Beliau dijatuhkan betul-betul di luar kotak penalti Yemen pada minit ke-15. Hafiz Kamal mengambil sepakan tersebut. Bola melantun di hadapan penjaga gol Yemen, gagal ditangkap, terkena palang, Amri Yahya melakukan follow up dengan menanduk masuk ke gawang Yemen.
1-0 kepada Harimau Malaya.
A poachers' goal from Amri. He showed his striker instinct to chase an almost lost cause, and manage to produce a goal from it.
Yemen masih terus menguasai permainan dengan kelebihan seorang pemain. Beberapa percubaan bahaya dilakukan daripada luar kotak penalti. Namun dengan ketangkasan yang ada, Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan percubaan tersebut untuk memastikan Harimau Malaya terus mendahului perlawanan.
Peluang kedua Harimau Malaya tiba pada minit ke-27. Nazrin Nawi mengambil sepakan penjuru dan menghantar bola ke 6 yard box Yemen. Aidil Zafuan menerpa ke arah bola dan berjaya melakukan sentuhan. Penjaga gol Yaman, Saoud berjaya menepis keluar percubaan tersebut.
5 minit selepas melakukan percubaan merbahaya itu, Aidil melakukan kesilapan dengan menghantar bola kepada pihak lawan di dalam kawasan sendiri. Yemen melancarkan serangan balas. Khairul Fahmi again showed his athleticism, agility, and anticipation to make a triple save before Fadhli Sas came in with a crunching but clean tackle to stop the attack.
Pada minit ke-43, Datuk OKS membuat pertukaran kedua dengan memasukkan Fakri Saarani menggantikan Bobby Gonzales.
Separuh masa pertama tamat dengan pasukan negara mendahului 1-0.
SECOND HALF :
3 minit babak kedua bermula, penyerang prolifik negara, Safee Sali mengalami kecederaan groin. Setelah mengeluarkan Bobby, kini skuad negara tidak lagi mempunyai pemain penyerang. Datuk OKS membuat keputusan untuk memasukkan Baddrol Bakhtiar menggantikan Safee. Baddrol menggalas posisi penyerang dan juga attacking midfielder atau lebih dikenali sebagai false number nine. Posisi yang diperkenalkan oleh pasukan Sepanyol.
Harimau Malaya masih lagi mengamalkan permainan bertahan dengan sesekali melakukan counter attack untuk cuba memerangkap pertahanan Yemen. Usaha skuad Harimau Malaya hampir membuahkan hasil pada minit ke-53.
Quick short passes from Zubir Azmi, Hafiz Kamal and Nazrin Nawi somehow someway manage to find Amri who was free down the right flank. Amri managed to side stepped his defender and drilled in a low cross into the danger area. Unfortunately for Harimau Malaya, Zubir could not get to the end of the cross to slot the ball home. A very, very brilliant move by the Malaysian team.
Pada ketika ini, Yemen sudah mula melancarkan serangan daripada bahagian kanan pertahanan skuad negara. Mahali kerap kali dilihat terlalu mudah ditewaskan oleh pemain sayap Yemen dan melakukan beberapa school boy error.
Pada minit ke-57 Yemen hampir berjaya menyamakan kedudukan apabila pemain sayap mereka sekali lagi menewaskan Mahali dan melakukan cross ke dalam kotak penalti Malaysia. Pemain Yemen berjersi nombor 9 melakukan free header namun tandukan beliau sekadar menggegarkan tiang gol Khairul Fahmi.
Kekebalan pertahanan Harimau Malaya akhirnya musnah pada minit ke-59 apabila hantaran yang dilakukan Zubir tepat menuju kaki pemain lawan. Yemen melancarkan counter attack, Al-Sarori berjaya menewaskan Khairul Fahmi dengan rembatan cantik.
Perlawanan terikat 1 gol sama.
Pada minit ke-76, Khairul Fahmi melakukan sepakan jauh ke sayap kiri mencari Nazrin. Nazrin berjaya mengawal bola dan dikasari pemain Yemen. Sepakan percuma diberikan. Nazrin mengambil sendiri sepakan tersebut. Menghantar bola ke dalam kotak penalti. Fakri Saarani melutut bola hantaran Nazrin. Penjaga gol Yemen terkapai-kapai. Bola menerjah jaring. Gol kedua untuk Harimau Malaya!
Sebaik sahaja Fakri menjaringkan gol, perlawanan menjadi lebih terbuka dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. Walaupun Yemen kerap merencanakan serangan bertali arus, namun keampuhan benteng pertahanan Harimau Malaya dan Khairul Fahmi berjaya mengekang Yemen. Skuad negara berjaya mengekalkan kedudukan 2-1 sehingga wisel penamat.
PERBINCANGAN :
Wajarkah Amiridzwan dilayangkan kad merah? If we play by the book, it was definitely a red card without a doubt. Pengadil membuat keputusan berdasarkan undang-undang. Walaupun beliau boleh melayangkan kad kuning sahaja, namun beliau tidak boleh dipersalahkan kerana mengikut undang-undang pengadilan. Sey memang bersependapat dengan Jalil dan Hasnizam.
Sey kurang bersependapat dengan Hj Hasbullah yang mengkritik persembahan Bobby Gonzales. Bobby bermain sebagai seorang penyerang. Apabila terpaksa bermain sebagai midfield, agak sukar untuk Bobby menunjukkan keupayaan sebenar beliau.
Tindakan OKS mengeluarkan Bobby juga tepat kerana Bobby kurang agresif untuk mematikan serangan Yemen. Walaupun berjaya membuat interception beberapa kali, Bobby dilihat tidak dapat menyesuaikan diri bermain di midfield. Cuma pertukaran Fakri dan Bobby sey lihat mungkin terlalu awal.
Mahali Jasuli. Mungkin satu-satunya pilihan OKS yang sey tidak setuju. Sejak persembahan memberangsangkan pada AFF 2010, bilakah kali terakhir kita mendengar Mahali bermain dengan baik selain daripada menjaringkan gol ketika menentang Indonesia pada AFF 2012?
Pado pandangan sey la, Mahali takdo banyak sumbangan bilo monyorang. Takdo banyak sumbangan jugak maso bortahan. Ini pandangan sey.
Hantaran yang dilakukan kerap tidak tepat. Sering cuba menggelecek pihak lawan di dalam kawasan sendiri. Kehilangan bola ketika menggelecek. Yemen turut menukar cara serangan mereka pada separuh masa kedua sebentar tadi. Mereka banyak mengasak melalui Amri dan Mahali. Mungkin jurulatih Yemen berjaya mengesan kelemahan di bahagian kanan benteng Harimau Malaya?
Ramai yang memberi pujian kepada Apex. Tidak dinafikan beliau layak mendapat pujian-pujian tersebut. Sey turut memuji beliau di awal entry ini. Sey nak puji pemain lain pula.
First and foremost, our defense. Comprising of Aidil, Fadhli, and Zubir. They have played their hearts out. Intercepting passes, crunching tackles, well timed challenges, heading clear the ball, and blocking shots.
Oleh kerana mereka telah melakukan perkara-perkara sukar sebegini, Aidil amat kecewa ketika gawang mereka dibolosi. Jika Zubir membuat hantaran tepat dan Mahali bertahan dengan lebih baik, mungkin gawang Malaysia tidak dibolosi malam tadi. Adakalanya pertahanan kita melakukan schoolboy error, tetapi berdasarkan persembahan keseluruhan, mereka ternyata wira kerana bertahan selama lebih 80 minit dengan hanya 10 pemain.
Amri, Hafiz, Bobby, Fakri, and Nazrin. How many times were they chasing shadows? How many times did they ganged up on the Yemen players just to win the ball to launch counter attacks? They were amazing.
Hafiz Kamal bermain dengan demerlang. Ketenangan beliau mengawal tempo permainan harus dipuji. Bijak mengesan larian rakan untuk melakukan through ball. Dictating play when he was on the ball with so much ease. Sey memang betul-betul kagum dengan Hafiz.
Amri ternyata menyerlah bermain di sayap kanan di bawah kendalian OKS. Bayangkan jika beliau tidak perlu banyak menggunakan tenaga untuk membantu pertahanan. Sudah tentu lebih banyak gerakan bahaya yang mampu mencipta peluang menjaringkan gol berjaya dihasilkan beliau.
Bobby dan Fakri melaksanakan tugas mereka sebagai ball winning midfielder dengan agak baik pada pengamatan sey. Kedua-dua mereka berjaya mematikan serangan dan intercept hantaran pihak lawan. Jika Fakri berjaya memperbaiki skil menahan dan menghantar bola secara tepat, tidak mustahil Harimau Malaya pasti mempunyai lebih banyak peluang menjaringkan gol di penghujung separuh masa kedua tadi.
Nazrin pula lebih menyerlah selepas Safee dikeluarkan. OKS banyak mengarahkan counter attack dilancarkan dari posisi Nazrin. Berkali-kali beliau melakukan larian laju untuk memulakan counter attack. Sebaik berjaya mengawal bola, beliau cuba untuk mendapatkan sepakan percuma untuk memberi peluang dan masa kepada rakan sepasukan naik keatas untuk menyerang melalui set-piece. Modus operandi yang amat sempurna bagi pasukan yang bermain dengan 10 orang untuk 82 minit.
Persembahan Safee sebagai lone striker juga harus dipuji. Jika Nazrin menggalas tugas melancarkan counter attack untuk mendapatkan sepakan percuma pada separuh masa kedua, Safee menggalas tugas tersebut pada separuh masa pertama dengan amat jayanya. Walaupun jarang diturunkan sebagai kesebelasan utama di JDT, Safee masih mampu mempamerkan aksi mantap pada perlawanan malam tadi.
KESIMPULAN :
Bermain 10 orang untuk 90% perlawanan ternyata merencatkan sedikit game plan Datuk OKS. Namun beliau cepat untuk mengubah strategi dan pemain berjaya melaksanakan strategi tersebut. Tahniah diucapkan.
Pado pongamatan sey, goalkeeper Yemen tadi takdo la handal bona. Gol pertamo tadi mungkin la dio torsilap. Mungkin jugak bola si Hafiz tu molantun arah lain. Tang gol keduo tu yang sey tak berapo nak faham. Gayo keeper tu dive tak macam keeper.
Jika skuad negara berjaya menguji penjaga gol tersebut dengan lebih banyak, mungkin bukan setakat dua gol sahaja yang mampu dijaringkan. Mungkin.
Walaupun gagal melayakkan diri ke Piala Asia, persembahan Harimau Malaya menentang Yemen harus dipuji. Tahniah para pemain! Tahniah Datuk OKS!
P/S : Tak dapek nak ke Paroi hari Jumaat ni. Orang rumah nunggu hari. Mintak jaso baik kek waghieh-waghieh dan semuo yang membaco ni doakan semoga urusan sey sekeluargo dipermudahkan. Aamiiin.
Sekian,
MUSUHNYA HABIS BINASA!
MALAYSIA BOLEH!
SYS

Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti. (Bukan gambar perlawanan) |
Datuk OKS membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Fadhli Sas dan mengeluarkan Safiq Rahim untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Amiridzwan Taj. Bobby Gonzales pula dipaksa bermain central midfield bergandingan dengan Hafiz Kamal. Posisi yang agak asing untuk Bobby.
Harimau Malaya mendapat peluang pertama apabila melakukan counter attack menerusi Safee Sali. Beliau dijatuhkan betul-betul di luar kotak penalti Yemen pada minit ke-15. Hafiz Kamal mengambil sepakan tersebut. Bola melantun di hadapan penjaga gol Yemen, gagal ditangkap, terkena palang, Amri Yahya melakukan follow up dengan menanduk masuk ke gawang Yemen.
1-0 kepada Harimau Malaya.
Amri menyerlah di bawah kendalian Datuk OKS. |
A poachers' goal from Amri. He showed his striker instinct to chase an almost lost cause, and manage to produce a goal from it.
Yemen masih terus menguasai permainan dengan kelebihan seorang pemain. Beberapa percubaan bahaya dilakukan daripada luar kotak penalti. Namun dengan ketangkasan yang ada, Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan percubaan tersebut untuk memastikan Harimau Malaya terus mendahului perlawanan.
Peluang kedua Harimau Malaya tiba pada minit ke-27. Nazrin Nawi mengambil sepakan penjuru dan menghantar bola ke 6 yard box Yemen. Aidil Zafuan menerpa ke arah bola dan berjaya melakukan sentuhan. Penjaga gol Yaman, Saoud berjaya menepis keluar percubaan tersebut.
5 minit selepas melakukan percubaan merbahaya itu, Aidil melakukan kesilapan dengan menghantar bola kepada pihak lawan di dalam kawasan sendiri. Yemen melancarkan serangan balas. Khairul Fahmi again showed his athleticism, agility, and anticipation to make a triple save before Fadhli Sas came in with a crunching but clean tackle to stop the attack.
Pada minit ke-43, Datuk OKS membuat pertukaran kedua dengan memasukkan Fakri Saarani menggantikan Bobby Gonzales.
Separuh masa pertama tamat dengan pasukan negara mendahului 1-0.
SECOND HALF :
3 minit babak kedua bermula, penyerang prolifik negara, Safee Sali mengalami kecederaan groin. Setelah mengeluarkan Bobby, kini skuad negara tidak lagi mempunyai pemain penyerang. Datuk OKS membuat keputusan untuk memasukkan Baddrol Bakhtiar menggantikan Safee. Baddrol menggalas posisi penyerang dan juga attacking midfielder atau lebih dikenali sebagai false number nine. Posisi yang diperkenalkan oleh pasukan Sepanyol.
Harimau Malaya masih lagi mengamalkan permainan bertahan dengan sesekali melakukan counter attack untuk cuba memerangkap pertahanan Yemen. Usaha skuad Harimau Malaya hampir membuahkan hasil pada minit ke-53.
Quick short passes from Zubir Azmi, Hafiz Kamal and Nazrin Nawi somehow someway manage to find Amri who was free down the right flank. Amri managed to side stepped his defender and drilled in a low cross into the danger area. Unfortunately for Harimau Malaya, Zubir could not get to the end of the cross to slot the ball home. A very, very brilliant move by the Malaysian team.
Pada ketika ini, Yemen sudah mula melancarkan serangan daripada bahagian kanan pertahanan skuad negara. Mahali kerap kali dilihat terlalu mudah ditewaskan oleh pemain sayap Yemen dan melakukan beberapa school boy error.
Pada minit ke-57 Yemen hampir berjaya menyamakan kedudukan apabila pemain sayap mereka sekali lagi menewaskan Mahali dan melakukan cross ke dalam kotak penalti Malaysia. Pemain Yemen berjersi nombor 9 melakukan free header namun tandukan beliau sekadar menggegarkan tiang gol Khairul Fahmi.
Kekebalan pertahanan Harimau Malaya akhirnya musnah pada minit ke-59 apabila hantaran yang dilakukan Zubir tepat menuju kaki pemain lawan. Yemen melancarkan counter attack, Al-Sarori berjaya menewaskan Khairul Fahmi dengan rembatan cantik.
Perlawanan terikat 1 gol sama.
Pada minit ke-76, Khairul Fahmi melakukan sepakan jauh ke sayap kiri mencari Nazrin. Nazrin berjaya mengawal bola dan dikasari pemain Yemen. Sepakan percuma diberikan. Nazrin mengambil sendiri sepakan tersebut. Menghantar bola ke dalam kotak penalti. Fakri Saarani melutut bola hantaran Nazrin. Penjaga gol Yemen terkapai-kapai. Bola menerjah jaring. Gol kedua untuk Harimau Malaya!
Fakri menjaringkan gol kedua Harimau Malaya. |
Sebaik sahaja Fakri menjaringkan gol, perlawanan menjadi lebih terbuka dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. Walaupun Yemen kerap merencanakan serangan bertali arus, namun keampuhan benteng pertahanan Harimau Malaya dan Khairul Fahmi berjaya mengekang Yemen. Skuad negara berjaya mengekalkan kedudukan 2-1 sehingga wisel penamat.
PERBINCANGAN :
Wajarkah Amiridzwan dilayangkan kad merah? If we play by the book, it was definitely a red card without a doubt. Pengadil membuat keputusan berdasarkan undang-undang. Walaupun beliau boleh melayangkan kad kuning sahaja, namun beliau tidak boleh dipersalahkan kerana mengikut undang-undang pengadilan. Sey memang bersependapat dengan Jalil dan Hasnizam.
Sey kurang bersependapat dengan Hj Hasbullah yang mengkritik persembahan Bobby Gonzales. Bobby bermain sebagai seorang penyerang. Apabila terpaksa bermain sebagai midfield, agak sukar untuk Bobby menunjukkan keupayaan sebenar beliau.
Jika statistik di atas tepat, tidakkah Bobby Gonzales, mempunyai rekod (untuk Sarawak) yang amat dahsyat! |
Tindakan OKS mengeluarkan Bobby juga tepat kerana Bobby kurang agresif untuk mematikan serangan Yemen. Walaupun berjaya membuat interception beberapa kali, Bobby dilihat tidak dapat menyesuaikan diri bermain di midfield. Cuma pertukaran Fakri dan Bobby sey lihat mungkin terlalu awal.
Mahali mengekang pergerakan Neymar. (Tiada kaitan dengan perlawanan tadi, cuma nampak 'style' sikit bila 'guard' Neymar) |
Mahali Jasuli. Mungkin satu-satunya pilihan OKS yang sey tidak setuju. Sejak persembahan memberangsangkan pada AFF 2010, bilakah kali terakhir kita mendengar Mahali bermain dengan baik selain daripada menjaringkan gol ketika menentang Indonesia pada AFF 2012?
Pado pandangan sey la, Mahali takdo banyak sumbangan bilo monyorang. Takdo banyak sumbangan jugak maso bortahan. Ini pandangan sey.
Hantaran yang dilakukan kerap tidak tepat. Sering cuba menggelecek pihak lawan di dalam kawasan sendiri. Kehilangan bola ketika menggelecek. Yemen turut menukar cara serangan mereka pada separuh masa kedua sebentar tadi. Mereka banyak mengasak melalui Amri dan Mahali. Mungkin jurulatih Yemen berjaya mengesan kelemahan di bahagian kanan benteng Harimau Malaya?
Ramai yang memberi pujian kepada Apex. Tidak dinafikan beliau layak mendapat pujian-pujian tersebut. Sey turut memuji beliau di awal entry ini. Sey nak puji pemain lain pula.
First and foremost, our defense. Comprising of Aidil, Fadhli, and Zubir. They have played their hearts out. Intercepting passes, crunching tackles, well timed challenges, heading clear the ball, and blocking shots.
Oleh kerana mereka telah melakukan perkara-perkara sukar sebegini, Aidil amat kecewa ketika gawang mereka dibolosi. Jika Zubir membuat hantaran tepat dan Mahali bertahan dengan lebih baik, mungkin gawang Malaysia tidak dibolosi malam tadi. Adakalanya pertahanan kita melakukan schoolboy error, tetapi berdasarkan persembahan keseluruhan, mereka ternyata wira kerana bertahan selama lebih 80 minit dengan hanya 10 pemain.
Amri, Hafiz, Bobby, Fakri, and Nazrin. How many times were they chasing shadows? How many times did they ganged up on the Yemen players just to win the ball to launch counter attacks? They were amazing.
Hafiz Kamal bermain dengan demerlang. Ketenangan beliau mengawal tempo permainan harus dipuji. Bijak mengesan larian rakan untuk melakukan through ball. Dictating play when he was on the ball with so much ease. Sey memang betul-betul kagum dengan Hafiz.
Amri ternyata menyerlah bermain di sayap kanan di bawah kendalian OKS. Bayangkan jika beliau tidak perlu banyak menggunakan tenaga untuk membantu pertahanan. Sudah tentu lebih banyak gerakan bahaya yang mampu mencipta peluang menjaringkan gol berjaya dihasilkan beliau.
Bobby dan Fakri melaksanakan tugas mereka sebagai ball winning midfielder dengan agak baik pada pengamatan sey. Kedua-dua mereka berjaya mematikan serangan dan intercept hantaran pihak lawan. Jika Fakri berjaya memperbaiki skil menahan dan menghantar bola secara tepat, tidak mustahil Harimau Malaya pasti mempunyai lebih banyak peluang menjaringkan gol di penghujung separuh masa kedua tadi.
Nazrin pula lebih menyerlah selepas Safee dikeluarkan. OKS banyak mengarahkan counter attack dilancarkan dari posisi Nazrin. Berkali-kali beliau melakukan larian laju untuk memulakan counter attack. Sebaik berjaya mengawal bola, beliau cuba untuk mendapatkan sepakan percuma untuk memberi peluang dan masa kepada rakan sepasukan naik keatas untuk menyerang melalui set-piece. Modus operandi yang amat sempurna bagi pasukan yang bermain dengan 10 orang untuk 82 minit.
Persembahan Safee sebagai lone striker juga harus dipuji. Jika Nazrin menggalas tugas melancarkan counter attack untuk mendapatkan sepakan percuma pada separuh masa kedua, Safee menggalas tugas tersebut pada separuh masa pertama dengan amat jayanya. Walaupun jarang diturunkan sebagai kesebelasan utama di JDT, Safee masih mampu mempamerkan aksi mantap pada perlawanan malam tadi.
KESIMPULAN :
Bermain 10 orang untuk 90% perlawanan ternyata merencatkan sedikit game plan Datuk OKS. Namun beliau cepat untuk mengubah strategi dan pemain berjaya melaksanakan strategi tersebut. Tahniah diucapkan.
Pado pongamatan sey, goalkeeper Yemen tadi takdo la handal bona. Gol pertamo tadi mungkin la dio torsilap. Mungkin jugak bola si Hafiz tu molantun arah lain. Tang gol keduo tu yang sey tak berapo nak faham. Gayo keeper tu dive tak macam keeper.
Jika skuad negara berjaya menguji penjaga gol tersebut dengan lebih banyak, mungkin bukan setakat dua gol sahaja yang mampu dijaringkan. Mungkin.
Walaupun gagal melayakkan diri ke Piala Asia, persembahan Harimau Malaya menentang Yemen harus dipuji. Tahniah para pemain! Tahniah Datuk OKS!
P/S : Tak dapek nak ke Paroi hari Jumaat ni. Orang rumah nunggu hari. Mintak jaso baik kek waghieh-waghieh dan semuo yang membaco ni doakan semoga urusan sey sekeluargo dipermudahkan. Aamiiin.
Sekian,
MUSUHNYA HABIS BINASA!
MALAYSIA BOLEH!
SYS
Sunday, 2 March 2014
Malaysia's XI
Oleh kerana perlawanan Nismilan yang seterusnya jatuh pada 7hb Mac, sey pun mengambil kesempatan ke Selayang tempoh hari bersama rakan sepejabat yang merupakan penyokong tegar TRW untuk menyaksikan perlawanan suku akhir ke-2 diantara Selangor PKNS dengan Kelantan.
Perlawanan pada malam itu begitu menghiburkan dengan masing-masing berbalas serangan. Antara pemain tempatan yang menyerlah malam tersebut ialah Piya, Nazmi Faiz dan Fauzan Dzulkifli.
Sebentar tadi pula kita menyaksikan skuad kebangsaan kita hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Filipina dalam aksi persahabatan di Selayang.
Sebaik tamat permainan, terdetik soalan di hati ini,
"Kalau den la jadi coach Malaysia, siapo yang den nak pilih?"
Maka tercetuslah entry ini.
FORMASI :

First eleven sey kalau jadi coach Malaysia. Buleh nampak ko tak ni? |
GOALKEEPER :
Sejujurnya, ku tak bisa, hidup tanpa ada kamu...errr...ehem!
Sejujurnya, ada 3 penjaga gol yang sey shortlistkan. Khairul Fahmi, Farizal Marlias, dan Khairul Azhan. Pada mulanya, sey ingin meletakkan Farizal Marlias sebagai pilihan utama. Sey totap ghaso yang ball distribution Farizal jauh laie baguih dari si Apexxx.
Tetapi setelah melihat dengan mata kepala sendiri ketika aksi suku akhir ke-2 tempoh hari, ternyata Apexxx memang tiada tolok bandingnya. Walaupun bolos tiga kali pada malam itu, namun Apexxx tetap beraksi cemerlang.
Ceh ceh ceh. Begitu bergaya menyelamatkan percubaan pihak lawan. |
Khairul Azhan pula masih muda. Walaupun cemerlang beraksi dengan Pahang, namun sedikit gugup tadi ketika beraksi untuk negara.
FULL BACKS :
Dari awal lagi sey tidak bercadang untuk meletakkan Mahali Jasuli di dalam skuad sey. Kenapa? Sebab kerap melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya. Sentiasa ingin me'nutmeg' pihak lawan walaupun berada di kawasan sendiri. Tetap ingin menggelecek pihak lawan walaupun boleh membuat hantaran mudah kepada rakan sepasukan. Sebab yang terakhir, don't really like to defend. Mungkin idola beliau ialah Maicon dan Roberto Carlos. Ni team sey, sey pilih mano yang sey borkonan yo la. Keh keh keh.
Pemilihan Daudsu dan Zubir bukanlah dibuat secara semberono. Pemilihan mereka dibuat dengan sangat terperinci dan mengikut cara pasukan bermain.
Pasukan sey memerlukan full back yang boleh melakukan overlap tetapi tidak terlalu attacking. Cukup sekadar memberikan option kepada rakan sepasukan dan tidak perlu melakukan gelecekan serta through ball.
Secara defending pula, kedua-dua mereka ternyata agresif. They defended like their life was at stake, and for that, they have made the team.
CENTER BACKS :
Posisi yang paling sukar untuk sey penuhkan. Antara nama yang kerap mewakili negara ialah Muslim, Fadhli, Amiridzwan Taj, dan Aidil. Dalam saingan liga pula, tiada pemain pertahanan yang benar-benar menonjol. The most recent that we can recall was Khairul Anuar Baharom.
Justeru itu, dek kerana kecetekan ilmu pengetahuan sey, sey memilih gandingan yang pernah menggondol beberapa kejuaraan dalam masa 3-4 tahun lepas.
Aidil Zafuan |
Shukor Adan |
Gandingan yang berjaya memberikan Nismilan 2 Piala Malaysia, 1 Piala FA, dan Piala Sumbangsih.
Aidil bertindak sebagai stopper dan Shukor last man. Shukor is a vocal leader and has the ability to organize his defense well. Not to mention that he will lead by example. Aidil meanwhile is quick and agile. A brilliant combination.
Lengkap sudah pertahanan sey.
CENTRAL MIDFIELDS :
Posisi yang paling susah untuk sey pilih pemainnya. Terlalu ramai pemain yang berkualiti. Safiq Rahim, Amar Rohidan, Safiq Rahim, Amar Rohidan. Fuuhh, payah poit!
Antara nama yang tersenarai ialah Hafiz Kamal, Shahrulnizam Mustapa, Amri Yahya. Ghamai laie sobona eh. Tapi dah pukul ompek pagi dah ni ha. Nak dogheh siap yo ni. Tu yang sobut sikit yo.
Pado sey la, the best central midfield in Malaysia. |
Tidak perlu diperkenalkan lagi. Tulang belakang pasukan TRW. Tanpa beliau, mungkin TRW tidak segah kini. Very deadly when the ball is at his feet and there are 2-3 options for him.
His best role is an advanced playmaker. Bijak membuka permainan. Decision making yang luar biasa tepatnya. Tahu bila harus hold up play, bila harus dribble, bila harus attempt killer ball.
Entah mengapa jarang dipanggil menyarung jersi kebangsaan. Dan entah mengapa juga jarang beraksi dengan baik apabila berpeluang menyarung jersi kebangsaan. Mungkin merupakan pemain yang 'lambat panas'. Walau apa pun, demo pemain tengoh terbaik hok Malaysia ado leni. Pahni main molek sikit untuk Malaysia deh?
Shakir Shaari, the best anchor man in Malaysia? |
Mungkin terlalu melampau statement sey. Tetapi apabila Shakir berganding dengan Piya, keserasian mereka ternyata luar biasa. Selain cekap mematikan serangan pihak lawan sebelum serangan tersebut bermula, Shakir juga berupaya membuat killer pass untuk melepaskan striker beliau dari kekangan pertahanan lawan.
His best role is as an anchor man. One of the best if not the best at what he do in Malaysia.
WINGERS :
Tiada masalah untuk sey mengisi kedua-dua posisi ini. Walaupun terdapat beberapa pemain seperti Kunalan, Baddrol Bakhtiar, Ashaari Shamsudin, dan Nazrin Nawi yang berjaya mebuat sey berfikir sejenak, namun kedua-dua pemain yang sey pilih telah membuktikan bahawa mereka boleh dikategorikan antara yang terbaik dalam liga kita apabila membantu pasukan mereka muncul juara Piala Malaysia tahun lalu.
Azamuddin dan Gopinathan banyak menyumbang kepada kejayaan Pahang tahun lalu. |
Mungkin ada yang tidak sependapat dengan sey. Tetapi ingatkah anda bagaimana mereka berdua memberi mimpi ngeri kepada semua full back yang ditugaskan mengawal mereka musim lalu?
Both of them can score goals. Both of them can easily beat their man one on one. Both of them can deliver pin point crosses to their striker. They also have blistering pace and could run the whole 90 minutes. There's even a bonus. They could defend as well.
Apabila seorang winger turut membantu untuk bertahan, sedikit sebanyak ini akan meringankan sedikit beban back four kita. Perenggan di atas adalah sebab kenapa sey memilih mereka. Nama-nama yang disebutkan pada perenggan pertama, gagal memenuhi kesemua kriteria di atas.
ATTACKING MIDFIELDER :
Siapa lagi yang harus digandingkan dengan Alex dan Gopi jika bukan Amirul Hadi? |
Amirul Hadi melengkapkan trio Pahang (musim lalu) dalam skuad sey. Beliau mungkin melakukan kesilapan apabila berhijrah ke JDT kerana kerap memanaskan bangku simpanan. Jika diberikan peluang untuk bermain, dengan form yang beliau tunjukkan musim lalu, tidak mustahil beliau mampu menjadi antara pemain terbaik Malaysia.
Beliau begitu menyerlah dalam sistem Dollah Salleh di Pahang. His agility and pace often left defenders in his wake. His creativity to deliver a pass and to make decoy runs which he often does last season was a joy to behold. Dengan melakukan dummy dan larian mengelirukan, kerap kali membuka peluang kepada Matias Conti, Alex dan Gopi peluang untuk menjaringkan gol.
Sey harap Amirul Hadi akan berjaya memasuki kesebelasan utama di JDT dan mendapatkan semula form beliau pada musim lalu.
Kalau Amri Yahya bermain simple dan tidak fancy, mungkin Amri boleh mengganti beliau dalam pasukan sey.
STRIKER :
Semenjak kemasukan pemain import, penyerang kebangsaan tidak lagi menonjol. Nama seperti Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, Hadi Yahya, Shakir Ali, dan Manaf Mamat sudah tidak lagi didengari. Err, Mat Yo ada la dengar kejap, masa kes dekat lapangan terbang tu. Keh keh keh.
Setelah dinilai, penyerang yang paling konsisten ialah Norfarhan Muhammad.
Norfarhan Muhammad antara penyerang yang konsisten. |
Walaupun kerap diturunkan sebagai winger di Kelantan musim lalu, Farhan masih mampu menggalas tugasnya dengan baik. Farhan masih mampu menjaringkan gol. Beghapo ontah gol deh sey tak tau. Tak sompek kiro.
He knows when to hold plays up. Knows when to beat his man. Knows when to run into channels. A decent crosser of the ball from wide positions. Fairly decent in the air. Clinical finisher and a team player.
Pado mato sey, Mat Yo dribble banyak bona. Safee pulak macam dah boghek yo. Shakir injured musim lopeh. Manaf dongan Hadi langsung sonyap. Farhan yo yang solalu main dan ado gak la score.
KESIMPULAN :
Pemilihan pemain-pemain ini bukan hanya berdasarkan individual skill mereka. Sey pilih lebih kepada cara mereka akan beroperasi sebagai satu pasukan.
Central midfield akan bertindak sebagai 'pengkarya'. Piya dan Shakir akan menetapkan tempo permainan. Manakala trio Pahang pula akan mencampurkan serangan dari sayap dan tengah. Tidak kira sama ada cross, thorugh ball, atau dribble terus ke dalam kotak penalti.
Jika setiap bahagian di dalam sesuatu pasukan menjalankan tugas masing-masing dan dalam masa yang sama saling membantu, maka akan cemerlanglah pasukan tersebut.
Pasti akan ada yang tidak berpuas hati dengan line-up sey ni. Dah namo pun line-up sey. Ikut sey la yo tak? Kok tak pueh hati, buek line-up sondighi, lopeh tu share dongan sey. Takpun tipon la sey. Kito lepak kodai kupi sambil bincang. Amacam?
P/S : Waghieh sumo jangan lupo 7hb Mac turun STAR of Paroi. Nismilan lawan poit. Punco entry ni sobab Nismilan lamo na tak lawan la ni. Hadoooii. Sangap tau tak?
Sekian,
MUSUHNYA HABIS BINASA!
SYS
Subscribe to:
Posts (Atom)