Saturday 10 May 2014

Felda Utd 1-0 Nismilan (Matchday 15)

Walaupun hujan lebat dan jalan sesak, namun masih ramai waghieh yang bertandang ke Stadium Selayang untuk memberi semangat termasuk sey.

Nismilan beraksi tanpa kelibat Kim yang digantung kerana terlebih mengutip kad kuning. King juga begitu. Eddy pula tidak disenaraikan dalam skuad. Mungkin kecederaan yang dialami dalam perlawanan lalu masih membelenggu beliau.

Justeru, Babic diletakkan sebagai lone striker sementara Halim di sayap kanan dan Shoufiq di sayap kiri. Nantha dan Sivakumar bergandingan di hadapan back line Nismilan dan Sivanesan sebagai attacking midfielder. Fauzi pula menggantikan Nizam.


FIRST HALF :

Felda memulakan perlawanan dengan agresif dan positif. Seawal minit ke-5 mereka berjaya mendapat peluang apabila Angah gagal menanduk bola dan Zah Rahan melepaskan rembatan kencang namun diselamatkan oleh Bad.

Felda berjaya menguasai sepenuhnya tempo perlawanan sepanjang separuh masa pertama. Nismilan pula sekadar 'mengacah' untuk melakukan serangan dan lebih banyak bertahan.

Setengah jam usia perlawanan, Irfan Bakti mengeluarkan Raimi dan memasukkan Haris Safwan. Felda kini menukar formasi kepada 4-4-2 untuk memecah kebuntuan.


SECOND HALF :

Harapan penyokong untuk menyaksikan perlawanan menarik terus terkubur apabila Nismilan masih lagi mengamalkan corak bertahan.

Oleh kerana terlalu bertahan dan sering diserang, natijahnya tiba pada minit ke-76 apabila Nismilan gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya sebelum bola jatuh ke kaki Indra Putra yang berada betul-betul di luar kotak penalti. Indra melepaskan rembatan kaki kiri yang berjaya menewaskan Bad sebelum bola menggegar jaring.


PERBINCANGAN :

Tactically, Coach VS got this one wrong. Setting his team trying to beat Felda through counter attack did not work. Walaupun beberapa kemenangan sebelum ini menggunakan taktikal yang sama, tetapi pada malam tadi, taktikal ini gagal.

Pemain sayap yang kurang pantas dan midfield yang kerap lewat memberikan sokongan ketika menyerang menyebabkan taktikal ini gagal. Shoufiq bermain jauh di bawah standard beliau. Halim pula bukanlah pemain sayap tulen. Overlapping daripada full back juga tidak kelihatan menyebabkan Babic kerap kali bersendirian di bahagian serangan kerap kehilangan bola.

Nismilan juga seolah-olah membenarkan Felda mendominasi perlawanan. Shukor, Zah Rahan dan Indra kerap kali diberi ruang dan masa untuk merencanakan serangan mereka. Tiada tekanan yang diberikan kepada mereka oleh barisan tengah Nismilan.

Manakala ketika Nismilan cuba merencanakan serangan, pasukan Felda tidak memberi ruang dan masa untuk pemain tengah Nismilan menggerakkan permainan. Malah Felda juga berjaya merampas bola dengan mudah untuk melancarkan counter attack.

Coach VS mungkin ada alasan tersendiri untuk mengekalkan taktikal sebegini walaupun bermain tanpa beberapa tonggak utama. Hal ini ternyata membingungkan SYS. Entah mengapa Nismilan seakan-akan tiada back up plan untuk mengubah cara bermain.


KESIMPULAN :

Pado pongamatan sey dalam ompek limo game Nismilan sobolum ni, corak permainan yang hambar adolah disobabkan arahan taktikal yang diboghi kepado pomain. Coach VS mungkin berjayo dongan taktik ni maso mongondalikan Lions XII sobab player deh laju musim lopeh. Kot Kocik, Nazrin dongan Kuna masih laie berkhidmat untuk Nismilan, mungkin situasi Nismilan musim ini jauh berbezo. 

Nismilan juga tidak menunjukkan keinginan untuk menyerang kubu Felda pada perlawanan malam tadi. Tempo perlawanan yang diamalkan terlalu perlahan. Walaupun setelah ketinggalan, Nismilan masih lagi tidak memberi tekanan kepada barisan tengah Felda yang mengawal bola. Sebaliknya mereka menanti Felda melancarkan serangan bertali arus. Perkagho ni la yg sey tak paham tadi. No sense of urgency. 

Setelah ketinggalan hasil jaringan Indra, Coach VS masih lagi tidak menukar corak permainan. Walaupun pertukaran pemain dibuat, namun ianya sekadar menggantikan pemain dan tiada perubahan taktikal yang dapat diperhatikan.

Ketika Irfan Bakti membuat pertukaran pemain yang pertama, beliau sedar bahawasanya Nismilan cuba mengacah untuk park the bus ala Mourinho. Justeru, beliau mengeluarkan pemain sayap kirinya dan memasukkan seorang penyerang dan meletakkan Indra di sayap kiri lantas mengubah formasi dan corak permainan Felda. Perkara ini yang tidak dapat kita lihat dalam pasukan Nismilan.

P/S : Sey rindu kek sontuhan Wan Jamak.

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!
SYS.








2 comments:

  1. good try... like it. Next time kena attached gambar pulak... keep a gd wirk.

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya ado gambar..tapi sobab ado masalah teknikal dan maso..tak sompek nak lotak..in shaa Allah coming games akan ada balik gamba

    ReplyDelete