Thursday 27 October 2011

Tiket Oh Tiket!

Se tidak akan mengulas perlawanan separuh akhir keduo menentang T-Team di Paroi memandangkan STAR of Paroi pado malam tersobut dibanjiri dongan warno kuning dan keputusan pado malam itu momihak kepado Nismilan dengan jaringan 2-1. Kito ko hal yang lobih ponting. Hal yang berjayo menggomparkan bolasepak Malaysia iaitu hargo tiket final Piala Malaysia 2011 di stadium Shah Alam.


Kain rentang di STAR of Paroi pada
25 Oktober 2011.

"Mahal!". Inilah reaksi yang diberikan rata-rata penyokong bolasepak Nismilan dan Terengganu apabila FAM memaklumkan bahawa tiket final Piala Malaysia 2011 dijual dengan harga RM50. Maka bermulalah rentetan peristiwa memboikot perlawanan tersebut oleh kelab penyokong dan ultras negeri kedua-dua pasukan. Mereka melabelkan FAM sebagai 'zalim', 'cekik darah' dan mengecam tindakan FAM yang meletakkan harga tiket sesuka hati ibarat meletakkan harga hantaran kahwin anak dara mereka. (Boleh jadi quote of the year ni.)

Suasana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah 
di Kuala Terengganu.

Apabila kempen boikot dimulakan, maka ramailah peminat setia dan peminat "setia" turut menyokong dan melibatkan diri dan berjaya membuatkan kelab penyokong dan ultras negeri mengukir senyuman. Panas yang disangka sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Kerajaan Terengganu memberikan subsidi sebanyak 50% kepada penyokongnya yang membeli tiket. Ibarat pisang goreng panas, maka terjuallah 30 000 tiket yang telah diagihkan kepada PBSNT.

Penyokong Nismilan mula tidak senang duduk dengan berita yang tersebar. Risau jika stadium Shah Alam hanya akan dibanjiri oleh penyokong Terengganu. Maka mereka cuba mencari "hero" yang dapat menyelamatkan tiket dan duit mereka. Kegusaran mereka hilang apabila MB pula mengisytiharkan PBNS akan menanggung 40% harga tiket final PM 2011 untuk penyokong setia Nismilan. Maka bertepuk soraklah penyokong Nismilan sambil mengucapkan terima kasih kepada MB mereka.

Stadium Shah alam juga tidak terlepas menjadi tempat
kain rentang dinaikkan tanda protes.

Maka terdetiklah di hati aku, adakah penyokong bolasepak Malaysia benar-benar mengecam FAM kerana menaikkan harga tiket ataupun mereka sekadar kedekut? Alasan penyokong adalah tidak berbaloi membayar tiket sehingga RM50! Aku setuju memang benar-benar ada golongan yang kurang upaya untuk mengeluarkan duit sebanyak itu dan sokongan mereka terhadap pasukan mereka amat hebat. Ada kenalanku yang tidak langsung mengikuti BPL,Serie A, Primera Liga atau mana-mana liga lain dan hanya mengikuti perkembangan Liga Super Malaysia. Namun, kemanakah hilangnya semangat memboikot perlawanan dan mengecam tindakan FAM?

Sedarkah penyokong jika diberikan subsidi, maka mereka tetap membayar RM50? Cuma tak nampak la macam diorang bayar. Dah duit tu kita tak pegang. Bukan duit tu diperuntukkan untuk kita ke? Maka bukankah kita masih dirompak oleh "mereka"?

Aku sokong tindakan kelab penyokong dan ultras untuk memboikot perlawanan tersebut. Niat mereka murni kerana tidak sanggup lagi ditindas golongan aristokrat. Alasan mereka, andai kita termakan dengan "taktik subsidi" ini, tidak mustahil untuk tahun-tahun akan datang, penyokong tetap akan memenuhi stadium walaupun harga tiket tatkala itu mencecah ratusan ringgit.

 Namun, aku tak sanggup untuk tidak ke stadium demi menyokong negeri aku beraksi. (RM50 ni pun aku rasa limit aku dah. Kalau harga dia RM60, aku pun tak nak pergi!)

Wakil FAM menjelaskan dalam berita bahawa mereka tidak ambil langsung duit dari hasil jualan tiket. Kata wakil berkenaan, duit tersebut akan dibahagi tiga iaitu kepada kedua-dua persatuan bola sepak yang bertanding dan kepada stadium (Sekuriti,sewa stadium dan sebagainya. aku malas nak dengar dia membebel tadi sebab susah aku nak percaya cakap dia!)

Kita fikirkan secara logik. Sewa sSadium Bukit Jalil lagi murah berbanding Stadium Shah Alam ke? Ataupun Stadium Bukit Jalil tak perlu disewa? Kalau dah bayar kepada pihak stadium, bukankah stadium tersebut diselenggarakan oleh FAS? Makanya,bukankah duit tersebut dapat kepada mereka? Betulkan aku kalau aku salah sebab aku langsung tak tahu menahu tentang sistem-sistem macam ni. Aku cuma berfikir menggunakan akal sendiri je ni. Tanpa dalil dan nas yang sah!

Adakah ini situasi kita?

Sebelum meninggalkan stadium, aku terdengar satu laungan daripada salah seorang penyokong :

"Boleh lah kitorang undi tahun depan. Boleh tambah lagi 5 tahun lagi!"

Apakah situasi ini sudah direncanakan dengan baik oleh pihak tertentu dengan melabelkan FAM sebagai kambing hitam? Apakah FAM rela di'kambinghitam'kan tanpa mendapat hatta sedikit pun ganjaran? Adakah ini semua propaganda demi memancing undi pada pilihan raya tahun hadapan? 

Walaupun kelihatan kepada banyak penyokong bahawa masalah harga tiket sudah selesai, namun jika direnungkan semula, semakin banyak persoalan yang timbul daripada "penyelesaian" ini. apakah kita semua masih tidak sedar? Jika semua yang aku karang ini tidak benar belaka, maka FAM sepatutnya bagi jawapan yang jujur! Bukannya sekadar cakap,

"Penyokong harus maju seiring dengan kemajuan bola sepak kita."

Maju ke kita ni? Renung betul-betul! Maju ke bola sepak kita ni? Mana bukti kemajuan kita? Ranking 140 lebih tu? Menang AFF Suzuki Cup itu maju? Menang emas Sukan Sea itu maju? Menang Pestabola Merdeka itu maju? Wakil liga kita yang kena kitai dekat AFC/ACL itu maju? Betul ke kita maju?

Sekali lagi aku tekankan bahawa aku bukan MENUDUH mana-mana pihak, aku cuma MENGAJUKAN SOALAN! Soalan yang pada pendapat aku memerlukan jawapan yang jujur!

Akhir kata, aku ucapkan tahniah,syabas dan semoga berjaya kepada kelab penyokong dan ultras negeri yang memboikot perlawanan final pada Sabtu ini. Aku tidak dapat bersama kamu pada perjuangan kali ini. Muungkin dalam perjuangan akan datang aku akan bersama kamu. Sekian.

TERIMA KASIH FAM! Kami memang suka harga tiket RM50! Murah sangat! 



4 comments:

  1. perancangan yang rapi kan????...
    hahahahhahaa
    masing2 ade berkemungkinan besar mempunyai agenda masing2....mungkin....;)

    ReplyDelete
  2. harap-harap kita tak diperbodohkan..

    ReplyDelete
  3. aku xcye ko xg klu harga naik rm60. sbb klu org cm ko x g, bole "mati" liga msia. just saying

    ReplyDelete
  4. aku tetap rasa aku tak pergi bro

    ReplyDelete